Luahan Bekas Seorang Guru

Assalamualaikum, sebenarnya tak pasti nak letak tajuk atas ataupun “Ajaibnya Doa orang Terzalimi” hahaha.

Aku baru saja berhenti daripada berkhidmat sebagai guru Kafa. Sekolah tu swasta, yang kena bayar bulan-bulan.. Yang ada pakej transit & transport untuk ke sekolah kebangsaan. Ok tu sikit je pengenalan tentang sekolah.

Aku ni bukanlah berlatar belakangkan pendidikan/ agama.. Wallahua’lam, rezeki aku try interview atas cadangan kawan-kawan yang suruh aku try. Alhamdulillah, kiranya kalau ikutkan tempoh perkhidmatan baru setahun 3 bulan gitu la.

Tapi sebabkan pandemik yang melanda ni, sekolah kejap bukak kejap tutup, aku yang baru berjinak-jinak dengan industri ni rasa turn off.

Bukan masalah dengan pihak murid atau ibubapa. Tapi pengurusan, gaji yang dibayar tak setimpal dengan tenaga yang diusahakan. Kalau korang, agak-agak relevan tak dengan gaji yang diberi RM1100 pada tahun 2021 ni?

Sedangkan kami guru-guru perlu siap sedia dengan video/ bahan pdp beberapa jam sebelum kelas mula. Bayangkan kalau kelas start pukul 10 pagi? Aku sebelum subuh masih lagi mengedit video, kemudian upload dalam youtube..

Soal pembayaran macamana? Ok, kami guru-guru diminta untuk tulis waktu mula bekerja sehingga selesai bekerja pada setiap hari.

Ok, bila kami tulis kat punch card tu pukul 8.00 pagi, pihak pengurusan persoalkan pulak. “Budak-budak dah bangun ke 8 pagi tu”?

Padahal pada waktu tu, kami guru-guru sibuk membincangkan cadangan atau idea sebelum kelas bermula. Tapi pada mata pihak pengurusan? Pukul 10 pagi tu baru kami start bekerja.

Ok, lagi satu. Dorang ada buat servis mengaji online. Kadar yuran yang dikenakan adalah RM100 bagi seorang murid. Kelas diadakan 2 kali seminggu, so anggaran 8 kali la sebulan.

Bayangkan, kami guna internet sendiri, sebabkan unlimited data ni slow, terpaksa topup boost. Gaji yang dibayar pada kami separuh dari jumlah asal. Rasa-rasa adil ke? Elaun telefon yang kononnya nak diberi, hanya omong kosong. Fed up.

Serius, rasa dizalimi. Gaji terakhir yang diperolehi haritu separuh daripada gaji asal. Sudah banyak Ni belum masuk EIS/ PSU lagi. Tak telus.

Tapi, Alhamdulillah, sebahagian dari kami berjaya mendapatkan peluang kerjaya lebih baik. Aku gembira untuk rakan-rakan guru yang supportive. Sebabnya lingkungan umur kami adalah antara 23-28 tahun. Semua masih muda..

Sewaktu hati sedang berbolak- balik nak berhenti ke tidak Jujurnya, aku sayangkan anak-anak murid aku tu. Seronok tengok keletah masing.

Aku cuba scroll-scroll jawatan QAQC yang dah 2 tahun lebih aku tinggalkan. Haritu, ada iklan yang baru di-post untuk jawatan tersebut. Aku terus tekan button apply.

Tak lama kemudian, company tu terus mesej aku. Esoknya, dia interview melalui telefon. Dia mintak aku start kerja lepas CNY. Tapi aku mintak extend dulu, sebab banyak kerja kena uruskan dulu.

Aku willing untuk datang hand over dari staf lama yang akan resign tu sebelum bulan 3. Dalam tempoh 3 hari.. Lepastu dia mintak aku whatsapp bila aku akan datang untuk hand over haritu jugak. Tapi masa tu sibuk dengan kelas home tuition yang buat sendiri..

Disebabkan aku lupa, esoknya baru teringat untuk call. Bila call tu aku tanya pasal waktu bila aku boleh datang. Yang mengecewakan dia cakap “Sorry” Dah ada candidate lain.

Aku pun cam “Eh, Aku dah cakap dengan client yang bulan ni last aku buat kelas”. Pastu dia kata dia ingatkan aku tak nak datang. Sebab sebelum ni ada kata jadi, last-last tak appear. Frust jugak lah masa tu. Haritu dah happy.

Tapi aku tetap berdoa lepas solat. Sekali lagi aku doa yang sama. Aku cakap kalau betul aku layak untuk bekerja dalam bidang ni permudahkan lah. Sebab aku dah lebih 2 tahun tak masuk dalam bidang QAQC ni.

Selang esoknya, aku tengah tidur waktu tengahari. Tiba-tiba company tersebut call cakap candidate haritu dah declined. Sebab dia ada kat Melaka. Aku pulak dalam negeri yang sama. Ya Allah.. Aku dalam mamai-mamai tu terus nak nangis.

Semalam, dah selesai aku datang untuk hands over dari QA lama. Doakan aku boleh survive ya.

Pada korang, teruskan bersabar dan jangan lupa berdoa.

– Sebatang Tamar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *