Aku Yang Demotivated

Assalamualaikum semua. Nama aku DE, aku tak berapa pandai nak menulis cerita, jadi mungkin penulisan aku agak berterabur.

Aku menulis kat sini sebab nak meluah perasaan, dan maaf sekali lagi kalau penulisan aku agak berterabur.

Aku merupakan ‘fresh grad’ lepasan ijazah sarjanamuda, baru habis belajar pada bulan Ogos 2020 dan mendapat kerja pertama pada awal bulan September 2020 sebagai ‘Quantity Surveyor (QS)’.

Gaji bersih RM1200, kerja 6 hari seminggu.

Masa aku jadi QS ni aku rasa tak bahagia sebab aku tak suka ‘job scope’ aku, jadi aku mohon kerja di tempat lain yang menawarkan ‘job scope’ sesuai dengan minat aku.

Ditakdirkan pada akhir Oktober 2020, aku dapat tawaran sebagai ‘Design Engineer’ di syarikat lain.

Aku memang target nak kerja sebagai ‘Design Engineer’ sebab minat aku kat situ, jadi tanpa fikir panjang aku terima tawaran kerja yang baru.

Pada November 2020, bermula la kerjaya aku sebagai ‘Design Engineer’.

Pada mulanya aku sangat bersemangat nak pegi kerja sebab aku rasa bahagia dapat buat ‘design’. Aku memang dari zaman belajar lagi suka subjek ‘design’.

Orang cakap, kita akan bahagia kalau kita buat benda yang kita suka. Ya, aku bahagia dengan ‘job scope’ aku yang sekarang, bos dan kawan sekerja pun semua baik.

Cuma ada satu yang aku tidak puas hati dan buat aku rasa ‘demotivated’, iaitu GAJI. Gaji bersih aku adalah RM900 sebulan.

Dengan gaji RM900 sebulan tula aku nak buat makan minum, isi minyak kereta, hulur kat mak ayah, nak bayar PTPTN, nak menyimpan. Aku ‘demotivated’ sebab rasa tak berbaloi.

Lagi bertambah demotivated bila orang sekeliling cakap “lebih baik kau kerja jadi cashier, tak payah jadi Engineer.” , “Wey gaji cleaner pun lagi banyak” , “Wey pegi keje jadi dispatcher la”.

Sangat sedih ya bila ayat2 macam tu asyik lalu kat telinga. Rasa demotivated sangat.

Aku tiap2 hari fikir nak resign sebab stress, rasa tak berbaloi. Waktu kerja, aku rasa bahagia. Tapi waktu gaji, aku rasa sangat demotivated. Tiap2 hari fikir nak resign.

Aku nak dapatkan pandangan daripada anda semua, sebab fikiran aku agak bercelaru sekarang ni. Aku takboleh fikir sekarang ni mana yang baik untuk aku :

1) Stay dulu kat tempat kerja sekarang lepastu minta kerja di tempat lain yang gaji lagi tinggi.

(Aku fresh grad kan, pengalaman tak banyak. Jadi stay dulu untuk timba pengalaman & ilmu. Tapi aku taktahu la macam mana nak motivate diri sendiri untuk bertahan dengan gaji yang aku rasa tak berbaloi)

Atau

2) sambung masters & PhD dan target jadi lecturer.

Atau

3) Kalau anda ada apa2 cadangan boleh tulis di komen, saya akan baca.

Kemusykilan: tahun 2021 pun gaji bersih engineer RM900 ke?

Terima kasih.

– DE (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *