kebersihan separuh daripada iman

kisahnya macam ni. universiti saya tak ada page confession bagai ni.. so nak confess di sini ajelah.

saya ni pelajar di ******. Serumah dengan golongan bertudung labuh berpurdah. pakaian cantik kemas wangi bila nak keluar ke kelas.

Tapi tu luaran je, sebenarnya kebersihan bilik sangatlah zero. Bilik bersepah, selimut bantal atas katil tak tersusun, sejadah telekung dah macam ular sawa melingkar atas tanah…tak pernah berlipat or digantung lepas solat..main tinggal macam tu aje..takpelah sekurangnya solatkan…

pinggan mangkuk lepas makan lepas dua tiga hari baru basuh..diaorang simpan buat pusaka kot dalam bilik..sampaikan kat dapur tu dah tak ada pinggan yang boleh pakai. Kalau saya nak guna kena p kutip dan minta dari diaorang dulu.

bila diaorang masak kat dapur, tunggulah apa jadi lepas tu. dengan lantai berminyak tak di lap. meja makan bersepah. periuk nasi berhari hari tak dibasuh.main tinggal macam tu aje.
Diaorang ni jenis suka beli makanan dari luar, so polisterin bekas makan tu suka sangat longgok dekat meja di tepi ruang tamu.. nak kumpul buat kenangan ke apa?

sekali dua memang la saya tolong buangkan..tambah lagi bila dah sampai tahap bila buka je pintu rumah lepas balik dari kelas, bau rumah tu dah macam tempat pelupusan sampah!!!

Allah…seksanya hidup dengan orang yang macam ni.

dah banyak confession yang sebelum ni bercerita pasal ni kan. mostly berkaitan dengan geng tudung labuh berpurdah ni. kena dekat saya rasa macam mana duduk dengan mereka. hahaha…

sembang bab kebersihan memang kencang, kat rumah mak ayah tak suka sepah sepah..kat rumah semua cantik kemas..kat rumah itu kat rumah ini..tapi bila kat rumah sewa ni semuanya haprak. cakap je lebih, buatnya tidak.

ramai je kawan saya yang bertudung labuh dan berpurdah sangat bagus dalam menjaga kebersihan diri dan rumah. tapi majoriti yang saya kenal adalah macam ni. peseng perangai diaorang macam ni lah kot.

nak ditegur berulang kali, dah tegur. lepas saya tegur tu buat balik. faham ke tidak sebenarnya apa yang saya cakap tu. entahlah.

– minyakmestika

CREATE A POST