Salam sejahtera. Aku harap confession aku ni disiarkan juga oleh admin sebab dah lama aku pendam. Firstly, aku nak terangkan sikit lah pasal aku. Aku sekarang tinggal dengan keluarga mertua aku. Aku dah nak setahun kahwin dan tinggal dengan mereka. Kalau ikutkan hati aku, memang aku nak cari rumah sendiri selepas kahwin tapi belum ada rezeki. Kalau nak sewa je memang suami aku tak nak. Tempat kerja aku sekarang jauh daripada tempat asal aku, which is aku berasal daripada pedalaman lah juga sebab jauh dari bandar kan (kira-kira 2 jam kalau nak balik kampung). Adik-beradik suami aku ada 4 orang termasuk dia. Dia seorang je yang lelaki dan dia anak sulung. Mak mertua aku housewife, bapa mertua aku pulak kerja sebagai pegawai Polis.
Apa yang aku nak confess dekat sini ialah habit atau perangai adik-beradik suami aku ni. Adik dia yang selepas dia ni, aku panggil dia Aini (bukan nama sebenar), umur 22 tahun jenis yang suka melaram. Dia ni jenis yang kat rumah pun nak bermake-up bagai, lepas tu selfie banyak-banyak. Kalau melaram tapi tahu nak tolong buat kerja dekat rumah tak apa juga, ni kalau pakaian dari ampaian dah letak atas katil dia pun dia tengok je. Aku dulu dekat rumah sendiri pun taklah rajin sangat tapi kalau dah nama tanggungjawab, malas pun jadi tak malas sebab kerja rumah tu dah memang patut kita buat kan. Aini ni kalau mak dia suruh dia buat kerja dia buat-buat tak dengar je. Bukan tak pernah marah dia, kalau dimarah nanti mereka boleh bergaduh. Boleh dikira guna jari berapa banyak dia buat kerja dekat rumah. So sekarang mak mertua aku biarkan je perangai dia macam tu. Sebab tu sekarang aku tengok dia makin naik lemak.
Adik suami aku yang seorang lagi, Alia (15 tahun) pulak tak tahu nak buat kerja-kerja rumah. Cuci pinggan dia sendiri pun tak pernah. Yang ni, Aini pun sama buat macam ni juga. Dok main letak dalam singki je. Cuci kasut dia sendiri lagi tak pernah aku tengok. Aku tengok memang mak mertua aku manjakan dia ni sangat lah. Sampai prepare buku sekolah dia dari homework lah mak dia nak kena tanya dulu baru dia nak buat.
So yang buat kerja-kerja rumah dari dulu sampai sekarang siapa lagi kalau bukan aku dan mak mertua aku tu. Aku tak kisah sangatlah kalau nak buat kerja tu kan sebab dah memang benda tu kerja perempuan. Tapi yang aku tak tahan kalau mereka tak nak tolong tu. Aini sekarang diam dekat rumah je. Kalau aku balik kerja, aku tengok pakaian pun masih tak terlipat lagi. Mak mertua aku plak memang sibuk memasak. Lepas makan nanti aku dengan mak mertua aku je yang kemas, then aku sambung lipat kain lagi. Kalau dah setiap hari macam tu, memang menjengkelkan lah bagi aku. Kalau kami lipat pakaian depan dia pun dia tak nak tolong punya. Asyik main handphone je. Untung kan budak zaman sekarang? Hahahaha!
Selama ni aku perhatikan je perangai mereka. Observe and learn kata orang. Aku rasa dari kecil mereka memang tak dibiasakan buat kerja rumah ni. Mak mertua aku ni selalu suruh orang lain pergi kedai belikan dia barang sebab alasannya kalau suruh anak dia sendiri yang beli, memang susahlah. Aku tengok budak tu pun dah tak rajin dah pergi lepak dengan Alia tu. Kalau tak disuruh jangan haraplah nak buat kerja sebab bagi mereka, akan ada orang lain yang buat kerja tu nanti. Contohnya kalau pinggan mangkuk dekat singki tu tak dicuci oleh aku dengan mak mertua, memang bertimbun lah pinggan mangkuk tu nanti. Kalau minum, cawan pun tak nak cuci. Nak minum lagi nanti, ambil balik cawan baru. Setiap kali memang macam tu lah.
Di kesempatan ini aku nak tanya lah, apa pendapat korang yang supaya anak kita nanti boleh buat kerja-kerja rumah tanpa berat hati macam tu. Lama-lama boleh tak tahan wei kalau setiap hari aku dengan mak mertua aku je yang buat semua kerja. Sekian, terima kasih.
– Mrs K
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit