Kecelaruan – 2:22 AM

Kecelaruan

Aku rasa aku ditahap wajib kawin dah sekarang ni.Aku dah tak dapat berfikir dengan waras dah sekarang ni.Aku asyik fikir pasal kawin ja,sampai aku tak ada hati untuk semua benda.Aku rasa kosong ja hati aku ni.Tapi sekarang ni aku tak ada calon lagi dan aku seorang perempuan.Dan aku tak tahu macam mana nak cerita masalah aku ni kat kedua orang tua aku.Sebab aku dari kecik tak pernah cerita pasal masalah aku kepada kedua ibu bapa aku.Aku sebenarnya tak suka nak menyusahkan diorang.Tapi aku punya masalah ni dah rasa macam budak physco kemaruk kawin tau..Hahaha..Tapi aku rasa aku taklah sampai jadi budak physco.Cuma aku rasa aku memang perlukan seseorang untuk support dan bersama-sama dengan aku dalam mencari redha Allah.Aku ni jenis orang yang kena selalu ada orang ingatkan dan tunjuk perhatian dia kat aku baru aku boleh berada dalam kondisi yang terbaik.Ini fakta!Mak aku dah meninggal sebenarnya.Jadi aku ni,kira macam kurang kasih sayang jugaklah sebab tiada tempat nak kongsi cerita dan masalah.Kasih mak tiri dengan mak sendiri lain.Perhatian yang dia berikan pun lain walaupun mak tiri aku ni baik.Kalau dulu kat sekolah aku ada cikgu dengan matrik aku ada cikgu yang bagi perhatian dan selalu bagi kata-kata semangat kat aku.Tapi bila masuk universiti ni aku kena survive sorang-sorang.Sebab universiti katanya dunia untuk berdikari.Semua orang mempunyai matlamat untuk dikejar.Jadi tiada orang peduli kau nak terbalik ke tertonggeng ke.Dan aku sedang menghadapi situasi tu.Ramai orang kata aku perlukan kaunselor.Tapi entah aku tak rasa jumpa kaunselor mampu bantu aku dalam masalah tak ada semangat dan rasa kosong tu.Sebab aku sekarang ni bukan perlukan seorang untuk mendengar dan bantu aku cari jalan penyelesaian.Tapi aku perlukan seorang yang mahu berjalan bersama-sama aku lalui hidup aku.Erghhh aku pun dah tak tahu apa benda aku nak buat.Pening rasa nak tidur.Kadang-kadang rasa nak couple tak couple pun at least ada kawan yang kamcing dengan aku.Kalau bab belajar ni sebenarnya aku paling suka kalau ada orang mintak tolong aku kalau dia tak faham ke apa ke.Tapi bila masuk U tak de orang nak tanya aku,sebab pointer aku semester pertama dah teruk.Semua orang anggap aku tak berapa cerdik dan aku pun biarkan diorang anggap aku kurang cerdik.Aku jenis orang yang ikut apa orang cop aku.Kalau dia cop aku rajin aku akan jadi rajin,kalau orang cop aku pemalas aku akan jadi pemalas,kalau orang cop aku peramah maka aku akan jadi peramah….dan lepas aku tulis luahan ni panjang-panjang tiba-tiba aku rasa macam bercelaru sampai aku tak tahu apa benda aku nak sebenarnya….Mungkin aku dah gila…korang pun mesti pening dengan luahan aku…ermmm aku pun keliru…mungkin aku hanya nak orang tahu apa yang bermain dalam otak dan hati aku ketika ini…sebab aku nak tengok pendapat korang tentang diri aku.Aku dah tanya kat banyak orang apa pendapat diorang dengan masalah aku..Tapi jawapan diorang mengikut diri aku waktu diorang kenal aku.Kalau kenal dekat U,nasihat diorang mesti kata aku kena berdikari bla bla bla tak boleh bergantung pada orang bla bla bla..bila mintak nasihat kawan matrik mesti diorang kata kau boleh bla bla bla,kau budak kuat bla bla bla,ko pandai bla bla bla….bila tanya parent aku mesti kata ikut awaklah…ya Allah kadang-kadang aku terfikir wujud ke parent yang macam dalam TV tu yang bila anak dia nak keluar rumah,parent dia pun buat pesanan khidmat masyarakat yang dia punya pesanan boleh buat hidung berair sebab parent aku selalu cakap "ikut awaklah"…tapi aku tak salah ayah aku sebab aku tahu ayah aku seorang yang introvert dan aku tak jugak salahkan mak tiri aku sebab aku faham situasi menjadi tiri itu.

– Cik Bunga tahi Ayam

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *