KECEMERLANGAN

Assalamualaikum wbt dan Hi.

Beberapa hari ni kerap jugak ye orang confess pasal split personality dan stress disorder. Elok lah siket daripada cerita cinta, nak kawen muda, future husband takde masa depan. hehehe *gelak sinis*

So sudah terang lagi bersuluh saya bukan nak confess pasal cinta, bukan juga tentang hantu dan jelas sekali bukan pasal keretakan rumah tangga. saya hanya ingin berkongsi cerita saya.

Langit tak selalu cerah, ya itu kata pepatah yang amat sesuai buat masa sekarang. Cerita bermula daripada saya sekolah rendah. Saya merupakan salah seorang pelajar target 5A, saya bijak, dikenali ramai, ketua pengawas, ketua Kelab Catur dan Persatuan Bahasa Inggeris. Kalau dalam konteks lain, saya pelajar yang amat berdedikasi. UPSR saya sangat cemerlang dan semestinya 5A. Oleh hal yang demikian, saya berpeluang menjejakkan kaki ke Sekolah Berasrama Penuh.

Maka, hidup saya di SBP bermula di tingkatan 1 Neptune. Kalau mengikut kelasan yang diberikan saya merupakan pelajar jurusan bahasa perancis. J'apprend le francais. Saya jugak seorang murid yang pandai. Tergolong dalam kalangan pelajar kegemaran guru dan juga senior (walaupun tak ada rupa). Indah sungguh zaman "lower form" tersebut. Untuk PMR saya mendapat 9A termasuk A untuk peperiksaan Bahasa Perancis yang dipanggil Delf A1 dan A2. Kira nya saya cemerlang sekali lagi.

Tingkatan 4, saya memilih teras kejuruteraan. SBP memang mewujudkan aliran tersebut. Oleh kerana, tingkatan 4 merupakan "honey moon" year. Saya kurang belajar, lebih-lebih lagi bila saya terlibat dengan unit beruniform yang sangat aktif. Sedar tak sedar, saya telah pun menghabiskan masa setahun dengan begitu saja. Saya hanya ada masa beberapa bulan untuk selamatkan SPM saya. Walaupun, berusaha dengan gigih, keputusan SPM saya kurang memberansangkan. Saya hanya mendapat 5A 5B+ , rezeki saya mulai kurang. Namun saya redha.

Disebabkan keputusan saya "sangat" cantik, saya memilih untuk melanjutkan pelajaran saya ke Kolej Matrikulasi. Saya masih berusaha seperti biasa dan saya telah jadikan SPM sebagai pengajaran. Saya usaha, saya belajar dan saya tawakal. CGPA Matrikulasi saya, 3.4. Bukan 4.0. Saya agak sedih kerana target saya adalah 4.0 memandangkan selama ni apa yang saya inginkan, saya dapat.

Berbekalkan "pointer" 3.4 saya menjejakkan kaki IPTA. Semester 1, dengan markah keseluruhan 3.6 saya sangat bangga. Kembang kempis hidung ini kerana berjaya mendapat dekan. Semester 2, hidup saya sudah tidak secerah semester 1 lagi. Saya mendapat CPA 3.0. dan semester-semester berikutnya saya tidak mencapai 3.0 lagi. Untuk pengetahuan semua saya merupakan pelajar aliran kejuruteraan dan saya sangat "noob".

LANGIT TAK SELALU CERAH. Ya, ini benar. Sebagai pengajaran daripada cerita saya. Jadilah bodoh sewaktu kecil. Jangan jadi bodoh semasa belajar ni universiti. Okay saya hanya bergurau, sebenarnya semua ini adalah rezeki. Kalau Allah swt sudah menetapkan rezeki kita hanya setakat itu. Maka kita kena redha. Jangan merungut. Jangan berhenti berusaha. Walaupun saya kurang pintar sekarang, saya masih berusaha dan bertawakal.

Akhir kata, "i know, i am not alone" . Ramai saja yang mengalami pengalaman seperti ini.

– Maria bukan nama sebenar

CREATE A POST