Kecewa – 11:49 AM

Kecewa – https://iiumc.com/forumv2/

Adab.

Kadang kala usia yang lanjut membuatkan kita ego. Kita ingat kita dah "makan garam banyak", kita tahu semua benda. Setiap gerak geri, setiap tutur kata, setiap hembusan nafas anak muda kita fikir mereka jahil. bebal, dan sesat.

Aku student direct intake, baru sahaja masuk uia ni tidak sampai sebulan pun. Namun aku kecewa. Straight to the point, aku marah dan bengang.

Sebagai student direct intake, kami kena buat TPT yang sepatutnya berlangsung pada 26 January 2016, 2.30 peang di Shah's Mosque. Dari sebelum zohor dah terpacak dalam masjid tu, namun tiada sorang pun pihak pengurusan mahupun mereka daripada TAWE committee yang datang menghampiri KAMI (notice the plurality here) . Jadi kesudahannya, KAMI tidak buat pun TPT tu. Aku teraniaya, lagi sekali (again, notice the PLURALITY here. But lets not talk about them or else this will be 2 pages long) .Tapi kejadian ni masih belum cukup untuk menggelodakkan jiwa darah muda aku.

Jadi setelah merujuk kepada pihak CELPAD, satu lagi ujian TPT akan diadakan pada 26 February, sebulan selepas kejadian. Aku datang dengan senyuman, salam aku tutur dengan penuh kelembutan. Text bacaan dah disediakan. Dengan lafaz bismillah aku mulakan bacaan.

Tapi anda sebagai pegawai/pensyarah/ I dont know who the hell you are, apa yang anda buat?

Anda berborak. Dan terus berborak

Sebagai seorang yang berjanggut putih, berkedut seribu, berkopiah kemas di kepala, saya rasa anda dah lama hidup di muka bumi ni. Maknanya, saya yakin anda seorang yang berpengalaman jauh. Namun saya musykil, tak kah anda tahu apa itu adab? Atau dalam UIA ni saya kena sentiasa guna term arabic dia which is "akhlak" baru anda faham? Ye lah bahasa syurga kan, mana class pakai bahasa ibunda. Tiga kali saya berhentikan bacaan, saya beri peluang kepada anda untuk menghabiskan dulu perbualan anda, mana lah tau isu penting, soal keselamatan negara ke apa. Anda minta saya teruskan. Dan bila saya teruskan, anda terus kembali berborak.

MasyaAllah brother tua, mana akhlak anta? Saya yakin anda bukan sebarangan orang, takkan lah pihak UIA kutip orang tepi jalan untuk tasmik bacaan saya. Namun saya kecewa. Disebabkan perasaan tidak senang ini, banyak kali saya tersalah baca, sebab anda. Tindakan anda. Anda mencabuli hak saya. Saya tak minta banyak, saya hanya nak anda hormat hak saya sebagai seorang pelajar di sini. Dari kecil aku dicanangkan dengan adab berguru, adab menuntut ilmu. Tapi tidak sekali pun aku dengar akan kewujudan adab guru kepada muridnya. Jadi bermakna seorang guru tak payah langsung lah jaga adab dengan murid nya? Adab dan hormat are only a one way relationship, portrays by the student ONLY towards the teacher? Macam tu? Oh thank you. First lesson learnt from Universiti Islam Antarabangsa.

Universiti ISLAM antarabangsa. Islam lah sangat

*Jangan pakai argument "nobody is perfect" di sini. Problems arise yes, inevitable. But do we even make a slightest effort to rectify them ? If not, then shame on you. Mereput lah dikau di takuk lama berpaksikan frasa "tiada yang sempurna".

– Asyraf

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *