Salam,
Harap admin approve luahan hati aku. Terima Kasih.
Aku anak ke-3 dari 5 adik beradik. Along dengan angah dah kerja mak dan abah pon masih lagi bekerja. Aku pulak baru sahaja habis belajar struggle gila nak cari kerja ni, dah 4 kali interview aku pergi semua tiada rezeki lagi. Apa pun aku rasa kecewa sangat dengan akak-akak aku, kenapa sebab mereka semua selfish semua benda kena fikir hati mereka sahaja perasaan emak tiada siapa yang fikir along bercinta dengan orang bukan islam, angah pulak dengan suami orang bukan apa nak bercinta tidak kisah tapi fikir perasaan emak.
Ya mesti ada yang marah suka hatilah diorang nak bercinta dengan siapa but untuk aku tak sebab apa, meraka masih lagi duduk rumah mak abah. Benda ni dah berlaku lama dah masa aku study lagi kadang kadang adik aku telefon aku dia cakap mak asyik nangis je fikirkan akak akak aku, lagi pedih apabila saudara mara mula ambik tahu lagi lah mak aku menangis. Masa study aku lagi lah nak balik rumah tu macam berat je hati sebab mak mesti cerita benda yang sama then menangis mana boleh beb nak dekat 1 tahun aku rasa tertekan nak cerita kat kawan pun aku malu so simpan jelah.
Sekarang aku dah habis belajar tengah cari kerja, alhamdulillah selepas raya ni aku start kerja aku nak bantu mak abah. Abah pernah cerita kat aku dia sedih tengok anak dia tak nak tolong dia, bayangkan duit api sebulan dah cecah RM500 yelah sebab asyik tunggak. Akak aku tak nak hulurkan lagi, dah lah duduk umah mak abah hulur hulurlah sikit ingat ni hotel apa itu duit api, air tak payah cerita baju basuh sendiri tak nak campur sebab apa pun aku tak tahu pernah sekali aku tegur kena marah balik terus aku tak tanya lagi. Aku dan adik-adik pernah tegur terus dia marah aku dan adik-adik, aku menangis sumpah menyesal.
Aku dah buat keputusan aku akan kerja bersungguh-sungguh aku akan bayar bil-bil dan aku akan keluar dari rumah ni, aku taknak susah kan ibu bapa aku. Tapi kalau aku keluar macam mana dengan mak dan abah. Maafkan abang, mak abah.
Aku tak nak tanya mak aku kenapa dia buat semua ni, sebab dia sayangkan anak-anak dia tapi adakah anak-anak dia fikir macam itu?
-Zaini-
– Zaini
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Wayar short.
Try hempuk dgn kamus dewan yang tebal.
Baru datang akal.
yg amik laki org tu aku plg x setuju… apehal kau desperate sgt.. kesian kau zaini.. kesian mak ayah kau jugak… moga Allah bantu kau sekeluarga
Aku doakan kau dapat kerja cepat2 dan tolong mak ayah kau. takpe. Niat yg baik pasti Allah permudahkan jalan. Allah saja je tu nak kasi kau pahala banyakkkk sebab bersabar dan berusaha.
Pening aku baca