Kegemukan dan…..

menjadi satu satu nya yang kurang cantik dalam keluarga memang agak menyedihkan.Kalau setakat kejian itu dah menjadi perkara biasa yang kena berdepan.Seolah olah menjadi gemuk itu satu dosa yang tak terampunkan.

Aku lah perempuan gemuk berwajah sederhana, kalau nak dibandingkan dengan adik beradik aku yanga lain, aku di kira failed.Sebab dari segi saiz badan aku , aku memang dikategorikan sebagai gemuk, muka pula biasa biasa , parut jerawat merata.Kalau setakat panggilan dugung, gajah hmmm benda biasa bagi aku.

kes 1.
Pernah suatu ketika aku nak sangat makan burger, masa tu aku naik motor dengan abang aku , aku lupa aku nak kemana, tapi dalam perjalanan nak balik ke rumah aku nak sangat makan burger tepi jalan, aku minta abang aku singgah, tapi dia berkeras tak nak, katanya malu sebab nanti orang jual burger tu ingat aku yang gemuk ni awek dia, malu katanya.

kes 2.
Abang aku pernah bergurau, dia cakap " eh hodoh nya kau ni, muka macam lelaki " sedih aku masa tu , tapi aku mampu diam je.Aku ni dikategorikan sebagai orang yang tak suka melawan.So terima je, dalam hati aku sedih sangat.

kes 3.
ni kecaman bukan datang dari family , tapi dari ayah member.Masa tu aku bercinta dengan sorang mamat yang boleh la dikategorikan ada rupa, aku pula masa tu berat dalam 65 kg dengan tinggi 155 .Kira agak berat juga la, ayah member boleh cakap " eh dia yang gemuk tu pun ada yang nak ?" pedih nya dengar.Menjadi gemuk ni satu dosa ke.Menjadi gemuk ni memang tak layak bahagia ke?.

kes 4.
Minta tolong adik hantar ke stesen bas, mati mati dia xnak hantar sebab dia kata aku ni gemuk sangat.Takut tayar pancit katanya.Allah. T.T.

kes 5.
Bertanding cantik, masing masing bangga diri kata " aku cantik dari kau " mentang mentang aku xreti pakai makeup pakai kening tebal tebal pakai kanta lekap, aku lah manusia paling hodoh di mata merekaT.T

Kalau stress aku betul betul down, aku menaip dengan air mata.Berdosa ke jadi yang kurang cantik , berdosa ke jadi orang gemuk.

Berdosa ke wahai masyarakat ?

– Si gemuk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

100 Comments

  1. pernah jugak rasa ..abg2 sendiri bergurau camtu, org luar lagi mengata, time dulu ada pakwe pon org gelak ckp jgn main2 dia nie ada pakwe kot.. lps tu sy diet, minum air kosong byk kulit otometik jd cerah, parut dan jerawat kurang.. jgn asyik mengeluh, take action, usaha kuruskan badan.. try masuk mana2 grup diet atkins malaysia kt fb, ambik tips diorang.. bljr utk kurus

  2. 65kg gemuk?? Hakak ketinggian 150 dgn berat 78kg.definiately obes.nak cari baju mmg susah.lg plak spesis pakistan mix melayu. Saiz ikut pakistan, jenis big size. Tp ketinggian ikut melayu.rendah.kulit gelap.slalu kalau pg jalan tu org akan ckp tamil ngn hakak sb org ingt hakak india. kena kutuk tu dah biasa. Apa yg akak buat ialah IDGAD about what people said.learn to love yourself. I dont wear makeup as well sb suffer sensitive skin.start small.mmg nk mula diet susah. Mula tnggalkan benda manis.consume plain water bnyk2. InsyaAllah skin condition akan improve.bab nk diet try join group2 diet dlm fb ni.mcm hakak join atkins diet.tp tak buat pun fully.just try resepi diorg sume. Kesimpulan, if you dont like yourself now, you the only one have to change. Kitaorg bg nasihat berbuih pon kalau diri sendiri taknak, mmg tak boleh nk buat apa.

  3. Dik 65 tu okey2 lagi dik.. akak tak galakkan kau jd lagi gemok, tp akak berketinggian yang sama dengan kau, tp berat lebihhhhhhhhh drpd kau.. ahahahahha nk buat mcm mana kan.. okay to make it short, kalau kau rasa kau ni dah gemok ya amat, kau nk kurus, kau kena la bersenam dan jaga diet kau… tapi utk kemaslahatan emosi kau, ade baiknye kau pekakkan saja telinga.. jangan ambil hati.. kau tenang2 je.. surround yourself dengan orang yang respect kau, kurang mengejek kau, jika masih diejek, kau belajar untuk pujuk diri kau dengan cari kelebihan diri kau.. mungkin fizikal kau tak menepati piawaian masyarakat sejagat, tapi sapa tahu, kau mungkin seorang yang baik akhlak.. tenang2 je dik ye.. jangan termakan sangat dengan kejian orang.. akak dah lama sangat berada dalam arena kegemukan ni.. nasihat akak, live life to the fullest.. good luck ;)

  4. 1st terima diri sendiri,
    Ya kau gemuk, aku gemuk, dan ramai lagi yabg gemuk. Most important, jangan menangkan gemuk dan kalahkan yang lain, as etc, orang gemuk ni bla bla bla. Orang tak gemuk ni bla bla bla.

    Adakah kau rasa rendah diri dengan kegemukan? Kalau ya, buang perasaan tu.

    Kalau kau pun xnak terima diri kau, mcm mana orang nak terima diri kau seadanya. Jangan malu dengan diri, bila diorang kata kau gemuk, anggap tu sebagai describing ur self. Bukan memalukan or yada yada.

    Said by person whom have 130kg ayte now

  5. Nasihat saya, cuba kuruskan badan. Jadikan ejekan mereka (lagi berdosa orang yg suka mengejek ni) sebagai pemangkin untuk kurus. Berusaha kurus untuk kesihatan.
    Bila dah gemuk sangat senang untuk jadi obese, kawal diri jgn makin gemuk.

    Saya pun pernah gemuk, waktu tu asyik rasa yg saya ni takde la gemuk sangat. Tapi tu semua mainan mata dan minda, hakikatnya mmg gemuk dan lemak tu bahaya untuk badan.

  6. Hakak berat 98 dik dr kecik dh gemuk yg pnting ko hati baik ko konfident ngan diri ko jgn rendah diri ko kena kuat. Pembawakan diri kt pnting sgt2 in sha Allah ramai je org suka…klu org x suka xyah kwn…org bodoh je yg pandang rupa paras ni…akk pn biasa je org pgl gajah klu jatuh kena angkt guna crane 80ton la..kena pakai forklift la…so what?? Do i care?? No i dont care!!!!

  7. 65kg tu kategori chubby.. Bkn gmuk… Still cute apa.. N 155cm tu tggi la tu.. Sye ni haa 70kg n tggi 152cm… Rilex jee.. Chubby but not gemuk… N chubby is cute and the real beauty…. So abaikan kata2 nista tu.. Mcm laa diowg daa xkan gemuk badan tu… Ckp jee lbih.. Cett… Menyampah… Ingt taw ur r chubby not a fatso and chubby is cute..

  8. Saya laki. Dulu saya gemuk gila. Tinggi 170..berat 120kg. Tapi, manusia ni taste lain2, ada yang suka hensem, ada yang suka kurus lidi, ada yang suka hitam manis dan cayala.. Ada yang suka laki gemuk. Jadi, nak risau buat apa? Kalau ada orang ejek tu memang la terasa hati. Tapi mulut orang, mana bole sekat. Tampar la mulut dorang berpuluh kali pun. Kalau dorang rasa nak cakap ko gemuk, dorang cakap gak. Jangan melawan arus weh, nanti ko yang lemas. If you cant defeat the crowd, join them. Gelak sekali

    Hasilnya pada masa tu. Saya takde masalah kalau sapa2 kata saya gemuk. Kawan pun ramai. Gurl pun ramai minat bukan sebab saya saya hensem, tapi sebab saya kelako agaknya.

    Sekarang. Saya dah kurus, bukan sebab down kerana gemuk. Tapi umur mcm ni senang kene penyakit kalau tak susut, jadi terpaksa kurus. Bini pun lawa dan paling penting dia suka saya masa saya gemuk. Apa masalah saya dgn status gemuk? Langsung takde masalah :)

  9. Keciam kow diq… xyah sdy la hakak pom gemok diq.. gemok dari adiq lagi…. bert thn lepas 120kg dia… n Alhmdulillah kemarin ckp satu thun akk diet Alhmdulillah akk berjaya turunkan bert badan dalm 30kg… Alhamdulillah allah permudahkan urusan akk…. adiq mmg org gemok caci maki tu dah biase… dah jdi makanan kita org gemok …. jom la diq kite kene berubah… akk boleh kurus xkan Adiq xle… xyah sedy2 jdikan ari nie permulaan utk adiq baruboh….

  10. U baru overweight sis, not obese. U just need to lose some kilograms je maybe 5-10kg to make sure your bmi,weight in normal categories. Gemuk tak salah but think about your health. Jadikan kutukan org2 sekeliling sbg motivasi u untuk dptkan berat ideal, hidup yg sihat.

  11. Klu gemuk berusahalah utk kurus sihat. Klu x cntik blaja2 pbaiki penampilan. Ngn kata2 org tu amik yg positif. Kebahgiaan jiwa tu tpancar di wajah.

  12. Gemuk x salah kerna itu kekurangan diri. Kesalahan kau yg besar adalah kerana kau dok peduli apa org cakap. Itu saja masalah kau. Lantaklah org nak cakap apa. Yg penting kau adalah kau. Dia adalah dia.

  13. Normal org gemuk termasuk aku,mesti jenis tak melawan sgt. Tapi bila aku fikir2 balik,sampai bila depa nak kutuk kita. So nasihat aku,lawan je kata2 diorng tu balik. Bukan kita minta utk jadi gemuk. Dah mak masak sedap sgt, mau tak gemuk aku.kahkahhh!

  14. Sy 152 cm. Berat 72 kg dik. Adik2 semua panggil mok. Abah kalau nampak org gemuk tepi jalan ke atau nampak kt mana2, mesti ingat saya lah org gemuk tu… Sadisss tak?
    Lama2 pikir… whatever lah… Mulut org mana boleh tutup. Nak larik x bley, diam lelama makan diri… Takkan ko nak berubah sebab org disekeliling ko kan? Aku pun bkn jenis mcm tu. Ko kena appreciate diri sndiri dik…
    Ko kena psycho la balik adik beradik dan org2 di sekeliling ko dik… Takpe mulut mcm lancau ke apa, at least org tgk ko x berani nk diperkotak katikkan… Bagi sedas dua das, baru mereka tau beauty comes with the brain, bukan bcoz of the appearence semata.. Chill..

  15. Gemuk tu ohsem..tak baik hina orang..manusia yg kurang iman n tidak percaya dengan anugerah allah akan selalu ckp mcm tu..banyakkan bersabar dan istiqfar

  16. Boleh tak kita ubah org yg pandang rendah pada org gemuk? Tak boleh. Kita x boleh ubah org dan jangan harap org org nak berubah. So nak buat apa? Kita la kena berubah. Ubah penampilan dari gemuk kpd kurang gemuk, selekeh kpd kurang selekeh etc. Hopefully, keyakinan diri meningkat. Pastu jgn la senyap sgt asik mengalah je. Dan jangan biasakan dgn victim mentaliti. Tapi kalau diri sendiri pun kita x boleh ubah, jgn heran la kalau org lain x berubah. Lebih kurang gitu la. OK adik. Selamat hari raya, jgn sedih2 sgt ye.

  17. Aku tgah merasa la jugak skrg ni.. sakit hati takyah cakapla, masa kurus keding dlu smpai baju pun size xs, org mengata mak bapak tak bg makanla apalah. skrg ni aku makin naik bdan, pelan gemok.. Dia punya hina tu takyah ckpla, mmg aku nanges lah jugak kalau menusuk hati tu.. smalam ehh semalam raya pertama, aku p umah sana minum air, p umah sini minum air, baru nak makan laksa, tu pun ambil skit sbb taknak mkn byk tkut kenyang sbb byk mnum air, sedare aku smua mengata, aku mkn kerepek pun dorg suruh bhenti.. dhtu panggil nk mntak sesuatu panggil ‘ gemok, nak air ! ‘ . Aku mmg tak layan, tp aku tgok yg mngata pun sama je bdan besar, lg besar dr aku, makan macam takde limit.. weyy dorg makan dua tiga pinggan aku tak bising pun. aku bru cedok sbb adik kecik nk makan pun ada yg cakap ‘ sudah sudahla tu makan ‘ .. padahal aku cedokkan je.. sumpah sedih weyy jd gemok.. adik bradik takyah ckpla, smua mulut mcm longkang.. kdg tu aku yg sulung ni rasa dorg dh jd kurang ajar. aku diam je kalau terasa, kdg tu aku balas.. entahla, skrg ni nk mkn pun aku jd takut..

  18. tgk bmi… berat ikut ketinggian dok.. kalo lam range normal. maintain.. kalo lebih.. try kurangkan nasi byk mkn sayur.. bab jerawat jenis kulit berbeza.. ada kenalan memang berat lebih dr bmi normal dia ada mkn apa ntah. lupa plak… nanti sy check… rasa mcm set radiance beauty care kot.. huhu.. sy dulu berat kurang bmi 40kg tinggi 151… skang berat dah normal maintain 47-50kg

  19. Dulu berat sy 55kg je tinggi 155cm sama mcm awk. Then since 5 tahun lepas tiba2 berat naik mendadak jd 65kg. Kaki kecik, bdn yg besar. Kalau berjalan tu mcm penguin dah. Ramainorg perli, ramai org bertanya “knp dah gemuk?” “Ehhh apa dah jd?” Mula mula tu tipulah kata tak sedih. Siap nangis lg. Tp makin lama telinga ni dah naik jemu. Sekarang, berat turun 5kg. Maybe sbb puasa kot. Haha. Psl family awk tu, awk anggap jela diorg tu bergurau Nasihat sy, pedulikan ckp ckp org. Kalau kita hidup dgn kejian org, sampai bila2 kita sendiri tak maju. Selamat Hari Raya Aidilfitri syg.

  20. Arghhhh….pedulikn ape org kata…xyh amik pedulik….klu asik dgr n simpan ape org kata, silap2 blh refer psy nanti…
    Jgn sedih2….biasa la mulut org

  21. What I can say is that we can’t change how others think about you, but you, my dear, can change your thinking that will influence others to change theirs. People will talk and you can’t change that. If you self-loathe yourself too often, it will show on the outside and it won’t look good. Have a positive mind, respect your body and soul by eating healthily. Start slow by reducing sugar and salt intake in your diet. Try not to eat rice at night. That’s what I do lah. You’ll see the difference around a month or so. It’s difficult but it’s definitely worth it, trust me. The glow that will make you more beautiful will show Oh and by the way, the only way you can shut their mouths is by working your way to success. That’s what I did and it felt soooo good. Do your best and keep holding on hun!

  22. Sepatutnya dari kes2 ni awak boleh jadikan pembakar semangat untuk kurangkan berat badan.Jngn fikir nk kurus bdn mcm jam pasir tapi just set dlm minda aku nak kurangkan berat bdn dan ubah perspektif diri.Saya syorkan kalau nk diet tapi x larat just buat diet atkin.Boleh search dkt fb”Kelab Diet Atkin”.Saya pun join kelab tu.Baca lah segala informasi dlm pinned post dlm group tu.Try la tngok menu diet atkin confirm x percaya kalau ckp dngn orng aku mkn ni ni ni msti kata dia no nk diet ke nk tmbh lagi lemak.Diet atkin xda la berlapar sngt dan diet ni ambik masa lama jugak.Walaupun lama tapi berbaloi sbb diet ni x terlalu ketat dan x berlapar sngt
    Edited:Btw dlm group tu ramai jugak yg post gmbr sebelum dan selepas.Tu juga boleh jadikan pembakar semangat sbb ada yg badan +++ dh kecik dh sekarang.

  23. Akak. Start sywl ni strt diet atkin n please kurg kn sgt air mnis. Mnum sgls shri je. Then apply losyn pns kt bhgian lmks tu. Snmn lhaa sesikit. Dload 30 day fitness challenge , it helps u keep in track =) untuk wajah plk , akak consult trus frmsi atau skin expert. Mcm sy hritu cnsult frmsi n alhamdulillah , pharmacist cdgkn cosmoderm utx baiki kulit , n my skin getting better , tp kne sbr bebanyak sbb sume ni kne istiqomah oke <3 stu lg tips , jgn bgtw sespe plan akak , nnti boooom org akn spoilkan impian akak. I feel u akak. Jgn sdih oke , sy prnh jd cm akak. I luv u n all the bestttt

  24. Alahaiiii makin ramai yg komen pasal gemuk. Gemuk tu dikira sebagai pilihan, bukan benda yg mandatori. Kalau tak suka gemuk, kalau tak boleh terima, usaha la untuk kurus.

  25. Aku xleh comment lebih nnti ada org baca. Mcm bro2 dlm ni ada bilang mmg sume org taste lain2. Tp nk bantu ko lg aku suggest misai kasi buang then u should be fine. Jln2 strolling pn helps. Bagi berpeluh sikit. Bg yg keding pn kne senam takut diebetese.

  26. Its not fat. But chubby. Cute okayy. Hahahaha. Sabar je la akak. Sebahagian manusia mmg sifat macam tu. Cakap pasal rupa ni.. Allah yg kurniakan kita akak. Orang cakap kita hitam ke,ape ke. Thats Allah yg bg. Sometimes,saya pon rasa macam akak rasa. Penat dah menangis.lama2 dah malas nak ambil port. Cantik tu subjektif. Ada org cakap kita ni tak cantik dan ada orang cakap kita cantik. So,just smile. Kalau ada orang cakap akak macam2,akak campak je dia dalam gaung sana. biaq pi laa depa tuh. Hahaha. Just maafkan je depa.

  27. Jadikan la kutukan tu cabaran… kau mampoo kurus baru 65 beb sempat lg nak cpt kurus… dulu ak gmok jgk sbb org suke kutuk ak sbb tu ak berjaya kurus ak pon boleh jd lawa… jgn la bile org kutuk ko terime je bodoh2 pastu trus kn mkn lg dan lg… sahut la cabaran tu… klu mls sgt nk diet ko detox je bdn ko pki teh org kg …

  28. Ooo adik..65 tu x kira gemuk dik. Akak ni lagi gemok. Overweight. Pertama sekali, adik terime diri adik. Tengok cermin, cakap selalu “kau cantik sebab kau ciptaan Allah.”Lepas tu baca doa cermin tu. Akak dah x peduli orang kutuk sbb orang yang kutuk ni selalu tak yakin dengan diri sendiri.Once adik terime diri, orang cakap ape2 pun adik tak terasa in shaa Allah. Percayalah diorang takkan puas. Kalau abg adik kutuk adik,adik cakap,”Eh x baik kutuk ciptaan Tuhan.” Kalau rasa x yakin, bersenam.Bersenam bukan kerana nak kurus sebab sihat.Akak lepas exercise mesti rasa happy sebab exercise blh buat kita happy.Jangan focus kurus.Focus nak sihat.Sbb orang kurus pun ada penyakit.Kisah benar.Dan adik kena bersyukur, tahap adik tu bukan obese.

  29. Sy pon gemok tinggi 154 berat 63 . Paham sgt perasaan tu . Nak nak time raya ni . Org tegur je manjang siap ada yg kata macam dah kwin je . Kdg kdg ase baik duk dlm bilik je .

  30. Macam cerita tipu kan tapi aku pernah rasa. So masa last sem at college aku berubah sungguh2. From 78kg and height 147cm, aku diet sampai 45kg ☺️ aku minum detox and exercise and kurang kan tidur juga. tapi yang sebenarnya aku sendiri nak rasa cantik, bukan sebab mulut diorang nak kutuk tu. Do what u wants beb

  31. Bukan gemuk tp chubby k . Aku pun geng kau gak . Kata mcm mcm tu biasa ahh mlut org . Tp stiap org ad kelebihan kan ? Kau guna ah klebihan yg kau ad tuu utk ttup mlutt org yg mgata kau tuu . Takpun , kau jdikan cacian org tuu sbg insipirasi utk trus majuu . Aku prnah kna caci & brjaya atasi dgn kelebihn yg Allah bg . Jgn ahh sedih stress mroyan . Tkguna myakiti diri sndiri babe . Pekakkan tlinga , butakan mata . Takpyh duk fkir sgt kata org , buang masa . Baik fkir mcm mana nk kurus / prbaiki diri sndiri . Chubby oky apa ? Nnti kahwin dpt cincin mhl , gelang mhl , rantai mhl sbb kita kan saiz yg special drp org . Hahahaha so chillexxx

  32. Ko tak boleh ubah persepsi orang ramai. Sekarang ni ko sendiri yang kena usaha, ikhtiar dulu (jaga makan ke, exercise ke, mkn jamu bagi kulit cantik ke, pe2 je lah). Selepas ada kesan positif, diorang masih nak mengeji, lantak kat diorang. Kita tak mampu ubah 1 dunia, tapi kita mampu ubah/majukan diri.

  33. Saya happy w/pun sy gemok.. bila kita xrasa rendah diri, bersyukur dan terima siapa diri kita seadanya org sekeliling dpt rasa aura positif tu dan xkn berani nk merendah2 kn kita… klu deorg berani hentak kan aje..huhuhuhuhu… Allah da cipta kita ckup sempurna..tp jaga diri… jgn menyusahkn diri..xsemua org gemuk kuat mkn… kita slalunya mkn lbh sikit dr org kurus… yg pentibg kita tau kita da usaha …

  34. Rilexx..saya ni rupa pun takde..gemuk pulak..tapi..alhamdulillah..saya bahagia..think positive..jangan hirau kata2 orang..takde kawan..just friend with Quran..

  35. gemuk tu xdela salah cik.cuma x berapa menyihatkan.tak salah mencuba untuk 1 benda yg baik.Kurus pn x menjanjikam sihat.tapi ad rate utk stg.cukup dapat jadi ideal.x kurus sangat x gemok sangat.Start bersenam konsisten.bukan kena buat tiap2 hari

  36. Bila kau sebut berat dan tinggi tu aku rasa baik aku pecahkan lagi muka kau tu…btw, sila naikkan keyakinan anda bila berada dalam masyarakat…pedulik la apa orang nak kata…kita yang rasa berat kita sendiri…nak fikir orang yang tak fikirkan kita, pergi meninggal…

    Sekadar duakadar…

  37. Umo ko bper dik???
    Sian kt ko kan hidup dlm famili mcm tu…
    Hakak y obesity thp giga ni (130kg) bersyukur je dik.xrs mcm ko rs. I just live. Bkn akk bangga ngan keobesitian akak..nnt kne kecam lak kan…hahahah..pedulik la..ko masih jln guna kaki ko,mkn guna tgn ko, jd ape mslh org lain…cantik??? Klau tepek bedak sekilo bole la dik…muka belubang pun bole tampal…confident with urself..just live!

  38. Bile bc confess ni…aq rase sngt² bersyukur…sbb abg n adik bongsu aq yg boleh di katakan ade rupe tu x prnh segan dgn aq…aq ni berat 100kg/ tinggi 153…sngtt obese. Pling pnting, aq bangga n yakin dgn diri aq…pastu kluarga sngt² respect. Nk tau sbbnye ape?? Sbb aq akn hormat orh lain n aq x prnh ambik hati ape org ckp pd aq…smpi org, akhirnye…xde nk ckp ape² psl aq sbb aq ade kelebihan lain yg lebih menonjolkan diri aq. Alhamdulillah. Nk pesan 1, buat sesuatu jgn krn org lain. Diri akn tenang.

  39. Kurangkan makan, and start exercise regularly. Confess dkt sini kalau tak ada action tak guna jugak. Just ingat ni, Allah akan bagi result based on usaha kita. Kalau sikit ja usaha, sikit lah result yg kita dapat. Faham apa yang saya cuba sampaikan nie?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *