menjadi satu satu nya yang kurang cantik dalam keluarga memang agak menyedihkan.Kalau setakat kejian itu dah menjadi perkara biasa yang kena berdepan.Seolah olah menjadi gemuk itu satu dosa yang tak terampunkan.
Aku lah perempuan gemuk berwajah sederhana, kalau nak dibandingkan dengan adik beradik aku yanga lain, aku di kira failed.Sebab dari segi saiz badan aku , aku memang dikategorikan sebagai gemuk, muka pula biasa biasa , parut jerawat merata.Kalau setakat panggilan dugung, gajah hmmm benda biasa bagi aku.
kes 1.
Pernah suatu ketika aku nak sangat makan burger, masa tu aku naik motor dengan abang aku , aku lupa aku nak kemana, tapi dalam perjalanan nak balik ke rumah aku nak sangat makan burger tepi jalan, aku minta abang aku singgah, tapi dia berkeras tak nak, katanya malu sebab nanti orang jual burger tu ingat aku yang gemuk ni awek dia, malu katanya.
kes 2.
Abang aku pernah bergurau, dia cakap " eh hodoh nya kau ni, muka macam lelaki " sedih aku masa tu , tapi aku mampu diam je.Aku ni dikategorikan sebagai orang yang tak suka melawan.So terima je, dalam hati aku sedih sangat.
kes 3.
ni kecaman bukan datang dari family , tapi dari ayah member.Masa tu aku bercinta dengan sorang mamat yang boleh la dikategorikan ada rupa, aku pula masa tu berat dalam 65 kg dengan tinggi 155 .Kira agak berat juga la, ayah member boleh cakap " eh dia yang gemuk tu pun ada yang nak ?" pedih nya dengar.Menjadi gemuk ni satu dosa ke.Menjadi gemuk ni memang tak layak bahagia ke?.
kes 4.
Minta tolong adik hantar ke stesen bas, mati mati dia xnak hantar sebab dia kata aku ni gemuk sangat.Takut tayar pancit katanya.Allah. T.T.
kes 5.
Bertanding cantik, masing masing bangga diri kata " aku cantik dari kau " mentang mentang aku xreti pakai makeup pakai kening tebal tebal pakai kanta lekap, aku lah manusia paling hodoh di mata merekaT.T
Kalau stress aku betul betul down, aku menaip dengan air mata.Berdosa ke jadi yang kurang cantik , berdosa ke jadi orang gemuk.
Berdosa ke wahai masyarakat ?
– Si gemuk
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
same mcm ak dulu.. huhu.. sabar sis.. ad ganjaran yg mnanti
I feel u
Sape yg mul0t l0ngkang tuh meh haku pijak sket…gem0k,gemok gwm0k!
Kaki kn muke ko bru taw!….#EmokItuOmmey r!!!
ignore je ckp2 org
Dengan ketinggian 150 sy pernah berat 70kg.
Tp Gemuk boleh kurus… yang penting usaha… anggap tu semua pembakar semangat. Buktikan awak pun boleh berjaya… bg tutup mulut2 yang mengata tu. Lg satu kuruslah secara sihat untuk diri sendiri. Demi kesihatan. Kita jugak yg kena jaga diri kita. Bukan orang lain
obes tapi jaga penampilan,wajah biar cantik,pakaian sesuai,sy pasti yg obese tu akan tenggelam.anyhow please do something to yr self!
Alya Fatiah Zawawi
Saya pernah gemuk juga satu ketika dulu, dan faham perasaan tu. Macam2 buat , macam2 product try tp susah betul nak turunkan berat badan. Ingat dah nk redha tapi sy sentap dgn komen butik pengantin, ketika saya nk kahwin.
Lepas kena komen panas tu, terus cari idea mcm mna nk kurus dlm tempoh 6 bulan nak kahwin, alhamdulillah diketemukan dgn diet atkins. Dengan diet tu, dpt lah turunkan 13kg.
Cubalah diet tu, alhamdulillah, lepas turun berat badan, mmg rasa lebih confident, lebih bertenaga dan rasa lebih sihat. Medical check up result pun makin baik. Cubalah diet tu secara konsisten, insyaAllah berkesan.
Hahaha konghajo betul adik beradik ko. Aku pon penah je kena carut mcm tu. Tp adik beradik kan tak amek hati pon. Gemok boleh kurus. Jgn risau. Usahakan utk dptkan badan yg sihat tu penting.
Suka hati lahhh kalau gemuk pun. Dunia ni bukan untuk orng kurus je.
Hi confessor. Saya pun plus sized juga. Pendapat saya jangan ambil peduli apa orang kata. Ya, memang pedih, memang sakit bila orang cakap macam tu. Trust me, I have been there. People can judge us. Its their rights to do so. Tapi judgement mereka bukan masalah kita. Kita yang letak nilai judgement orang itu. Dont let them bring you down. Boleh guna sebagai motivasi kalau nak. Tapi jangan biar kata-kata mereka makan kita dari dalam. Kita tak kaya dengan pujian orang lain. Tapi kita hina bila kita menghina orang lain. Yang sabar adalah yang kuat. Keep on going strong and hope you will be able to achieve whatever you want!!
Hdup kte lbih kurg je sis..huhu..tpi ape bleh buat..than dn sabar je la dgn kate ii org sekeliling…hmmm ..pape pn sabar ye sis, ade hikmah smua ni..abaikn kata ii yg tk guna tu…diorng bkn fhm pn perasaan kte mcm mne…
Jom2 diet atkins jom… nak ubah mentaliti manusia mmg susah tp ubah diri in shaa Allah boleh
Well, kita ade case same.. But skrg ni Alhamdulillah dah getting ok. Ank2 dato’ dah start terpikat.. Nnti pm i, i kasi tips! Jom kita bgun same2..:) ni bukan mlm ke agency pape ye..:) anggap je saye mahu bantu utk people understand inner beauty tu ape.. Huhi..
65kg 155cm tak lah gemuk mana. Tp kalau keliling still kata kau gemuk dan beriya kata kau gemuk mcm takda manusia lagi gemuk dr kau. Mmg sadis lah. Aku dapat rasa. Sebab kita senasib je.
i feel ya… dont feel bad.u dont do anything wrong pun.. kalau gemok hati baik tak rugi apa… dorang yang mengata2 kau tu kumpul dosa sakitkan hati org.. pastu hati busuk persenda fizikal orang..what goes around comes around.takpe Allah sees everything..
Allahu.. dik, klu adik wase dri tu dh gmuk -> 65kg 155cm <- akk ni mcm mne? 110kg 164cm.. Just think positive je lah.. ade lagi yg bergnda3 saiznyer.. ktukan dri famili tu bese lah.. dh nme famili kan,klu xsling ktuk mngutuk tu bkn famili lah. Mslah skg ni,gemok tu xberdosa pown. Org nk kate ape katelah, as long as you love yourself #gftu la sume kate3 negative tu mcm angin lalu je. Keep love yourself. Akk pown dlu mcm adik jugak, kne ktuk kne kate mcm3 tpi skg lntaklah nk ckp ape sbb lemak akk xmnyusahkan hidup sesape.
Sy dgn ketinggian 148 lagilah keobesan, memahami situasi anda :'(
Kes 3: mmg kuangassam Pakcik tu
Aku dipanggil andartu di hari raya, kalau dipanggil gemuk tu, aku kira okey lagi…