Keguguran – 7:53 PM

Keguguran – https://iiumc.com/forumv2/

Salam,
Aku saje nak meluahkan perasaan.aku tahu mungkin perkara ni tak sesuai tapi aku sekadar nak meluahkan lerasaan.terpulang pada admin sama ada nak post atau tidak. Aku baru sahaja keguguran anak pertama. Perasaan tu susah nak digambarkan dengan kata-kata.aku baru li,a bulan kahwin, tiga bulan kahwin alhamdulillah aku disahkan hamil.rasa seronok tu memang tak tahu nak cakap apa.sebab kitaran period aku tak tetap sejak dulu lagi dan aku selalu risau orang kata kalau period tak tetap susah mengandung.tp allah maha besar,tiga bulan kahwin terus pregnant.hari-hari aku rasa sangat bahagia.aku mula melihat dunia dari sudut berbeza.aku tidak lagi mudah stres untuk perkara remeh sampailah satu hari, aku dikejutkan dengan berita yang kandungan aku ada masalah dan rahem terpaksa dicuci.masa tu aku menangis bersungguh-sungguh.sudahlah suami jauh.namun akhirnya aku redha.suami banyak bagi kata-kata semangat.suami pun sanggup ambik flight on the spot.sekarang ni aku lebih tenang dan berehat sebelum bersedia mahu mencuba lagi.cuma kadangkala aku rasa sebab nak menangis bila bersendirian.terkenang kandungan tak jadi dan suami juga telah kembali bertugas nun jauh disana.aku risau kalau lepas ni susah nak mengandung lagi.umur pun dah nak masuk 30.ada sesiapayang pernah ada pengalaman?atau punya kenalan yang pernah mengalami situasi seperti aku?hope dapat kata-kata semangat dari warga iium.terima kasih

HambaNya

– Hamba Allah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *