Kerana Kehadirannya Begitu Bermakna

Kerana Kehadirannya Begitu Bermakna

Assalamualaikum. Aku dah pernah menulis sebelum ni. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, aku nak tulis benda yang baik-baik sahaja.

Sebelum tu, aku nak cakap sesuatu. Nak buat justifikasi mengenai orang yang persoalkan kenapa aku guna suka ‘weh’ dalam penulisan aku. Walaupun aku ni pegawai pendidikan tapi tetap manusia biasa.

1. Aku ada cara aku menulis. Aku bukan menulis benda yang formal untuk aku terikat dengan penggunaan bahasa.

2. Aku menulis untuk ibu dan bapa yang aku rasa kita boleh sekepala.

Habis takat tu. Kali ni, aku nak tulis pasal kehadiran anak-anak yang ke sekolah. Hmmmm kalau ikut hati aku yang pemalas sebagai manusia biasa, aku pun tak mahu pergi kerja. Tapi, atas dasar tanggungjawab yang berat di pundak, aku kena pergi sekolah. Aku kena ajar anak-anak di sekolah. Aku kena buat kerja sampingan di sekolah. Semua atas dasar TANGGUNGJAWAB.

Masalahnya sekarang, bila kau, sebagai ibu dan bapa pandang sebelah mata, tak titikberatkan tentang kehadiran anak-anak kau ke sekolah. Ini aku cakap untuk ibu dan bapa yang tak cakna tentang kehadiran anak-anak ya. Mana yang cakna janganlah sentap. Aku cakap sebab perkara ni dah semakin menjadi-jadi. Dah macam jadi satu budaya.

‘Anak saya sakit perut.’

‘Anak saya demam hari ni.’ – Setiap minggu ada sehari yang demam.

‘Baru sampai dari ****** pagi tadi, demam pula anak saya.’ – Dah tahu anak tu lemah dah kenapa nak balik lewat?

‘Anak saya ikut sepupu balik kampung.’ – Habis tu kenapa bagi ikut balik walaupun tahu esok tu sekolah?

Semua di atas adalah antara alasan yang aku terima. Selalu. Kau rasa tak logik kan, tapi itulah realiti yang aku hadap.

Aku nak tanya, mana pergi rasa TANGGUNGJAWAB kau untuk didik anak supaya datang ke sekolah setiap hari? Mana TANGGUNGJAWAB kau untuk beri anak-anak pendidikan yang sempurna? Mana TANGGUNGJAWAB kau untuk hantar anak-anak ke sekolah setiap hari?

Kau bagi alasan yang lebih kurang je setiap tak hadir, kau rasa cikgu tu percaya tak? Kau sertakan surat tulis tangan bila anak demam, kau rasa cikgu terima? Sedangkan kau tahu, kau demam, kau kena pergi klinik untuk dapat surat MC (digunapakai bila kau berkerja).

Kalau dah selalu bagi alasan demam dan sakit perut, kau tak rasa kau patut bawa anak pergi hospital ke untuk check? Kau nak tunggu cikgu suruh bawak pergi hospital ke macam mana?

Satu lagi yang aku sangat sangat sangat tak sampai hati. Bila kau ada masalah dengan pasangan, tolong tolong tolong tolong jangan libatkan anak-anak. Kau gaduh dengan isteri, kau gaduh dengan suami, anak tak pergi sekolah. Anak-anak tu jadi mangsa kau tahu.

Bila kau nak berpisah dengan pasangan, anak-anak kau libatkan dengan tak hantar pergi sekolah. Dah tak sekolah anak-anak tu. Dah rugi tentang pelajaran. Bila cakap tentang proses buang sekolah sebab kerap tak datang, elok pula datang sekolah.

Kau tahu, aku ada anak-anak yang jalan kaki dari rumah ke sekolah pagi-pagi buta. Jaraknya hampir 3km. Semata-mata nak datang sekolah. Kau mana, mak? Kau mana, ayah? Kenapalah kau sanggup buat macam tu kat anak-anak. Aku kagum dengan anak-anak macam ni. Demi sesuap ilmu.

Habis bab tu. Aku cerita implikasi sekiranya anak kau kerap tak hadir.

1. Kemungkinan besar di buang sekolah. Ada perkiraan dan proses untuk buang sekolah. Kau kena tanya pihak sekolah perkiraan dan proses macam mana.

2. Anak-anak kau ketinggalan pembelajaran. Sehari ada 4 atau 5 subjek. Tu baru sehari. Kau bayangkan kalau dalam seminggu berkali-kali tak datang. Kalau berkala dia datang, ilmu dia pasal subjek pun berkala je lah. Orang lain dah ke depan, dia kat tengah-tengah. Bila orang lain dapat TP tinggi atau markah peperiksaan tinggi, anak kau sedang-sedang je. Lepas tu, datang sekolah, tanya cikgu tak ajar ke.

3. Masalah perkembangan sosial. Bila anak-anak kau jarang datang sekolah, interaksi dengan cikgu kurang. Interaksi dengan kawan kurang. Kau boleh tengok tahap keyakinan diri dia kurang.

Konklusinya aku harap, kau sebagai ibu dan bapa ni peka ;

1. Tahap kesihatan anak-anak. Kalau dah selalu sangat demam. Seminggu sehari demam, pergilah check. Sama juga kalau sakit perut. Setiap pagi je sakit perut, kau sebagai ibu dam bapa tak risau ke? Pergilah bawa klinik.

2. Kalau korang gaduh, tolong jangan libatkan anak-anak. Hak dia untuk bersekolah tetap ada. Dia tak perlu fikir tentang korang. Tolonglah.

3. Tolong jadi seorang ibu dan bapa yanh bertanggungjawab. Kalau kau malas nak hantar, bas sekolah banyak. Bas sekolah percuma pun ada. Antara nak dengan taknak je.

Tapi, ni sekadar nasihat aku untuk ibu dan bapa. Mana mana yang sentap aku mohon maaf. Aku harap dengan penulisan tak seberapa aku ni, korang berubahlah jadi lebih baik. Hantar anak-anak ke sekolah SETIAP HARI.

Bagi anak-anak yang memang selalu hadir, aku ucapkan tahniah untuk kau. Bagi yang tak hadir bila kecemasan yang memang cemas, aku bertoleransi. Bagi yang selalu tak hadir, aku harapkan perubahan positif.

Nota bawah : Aku tulis ni, semasa waktu senggang aku, tatkala bbm aku dah siap, rph dah tampal dan buku tulis dah tanda. Kang kata aku ngulor lak.

– Cikgu Anak Awak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit