Kehebatan Surah Al-Waqiah

Segala puji bagi Allah. Aku harap perkongsian ni boleh bagi manfaat untuk orang lain.

Dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang tengah tertekan dengan masalah kewangan. Ada yang cukup-cukup makan. Ada yang tahap nyawa-nyawa ikan.

Aku juga tak terkecuali. Tapi aku percaya, setiap masalah Allah memang dah bagi jalan penyelesaian dah.

Dalam Al-Quran, ada surah yang manfaatnya boleh buka pintu rezeki. Salah satunya ialah Surah Al-Waqiah – surah yang ada 96 ayat.

Aku tak sebaik dan sehebat orang lain yang sentiasa berdamping dengan Al-Quran. Ada masa aku terlalu sibuk dengan urusan dunia sampai tak ada masa nak mengaji.

Satu hari tu, aku terfikir, kalau aku boleh scroll phone berjam-jam takkan untuk baca Al-Quran 10 minit pun aku tak boleh buat.

Aku pun mula terdetik nak luangkan masa untuk baca Al-Quran. Dan aku selalu dengar ustaz ustazah pesan kalau nak murah rezeki, amalkan surah Al-Waqiah.

Ternyata, bila aku amalkan surah Al-Waqiah ni, banyak benda ajaib berlaku dalam hidup aku. Satu per satu rezeki tak terduga datang dari jalan yang tak disangka-sangka.

Dulu, sebelum amalkan surah ni, gaji aku tak pernah cukup. Sekarang, aku siap ada side income, aku jual waffle.

Bila aku fikir balik, macam mana la boleh datang idea nak jual waffle pagi-pagi? Sedangkan aku ni waktu pagi memang rushing nak pergi kerja.

Allah Maha Baik. Dia yang buka jalan untuk aku dapat side income ni. Hari-hari waffle yang aku jual tu laku. Siap tauke warung cakap waffle aku jual tu tak cukup.

Aku ingatkan orang tak makan sangat waffle kalau dah sejuk. Tapi ramai cakap waffle aku buat lembut dan sedap walaupun makan bukan waktu dia panas-panas.

Ada satu hari tu, aku pergi beli barang sikit dekat pasaraya. Aku ambil semua barang yang paling murah dan penting je sebab tak nak lari bajet.

Sampai dekat kaunter, orang depan aku minta cashier kirakan sekali barang aku. Nikmat mana yang aku perlu dustakan?

Syukur pada Allah Ya Wahab. Ya Wahab bermaksud Allah Maha Memberi Tanpa Batas.

Banyak lagi keajaiban yang terjadi lepas aku amalkan surah ni. Tak boleh nak tulis semua, sebab aku jadi sebak pula.

Sebak memikirkan kenapa sekarang aku baru sedar yang Allah dah sentiasa sediakan jalan untuk bantu hambaNya, hanya tinggal diri kita sendiri je sama ada sedar ataupun tidak.

Untuk baca 96 ayat dalam Surah Al-Waqiah ambil masa lebih kurang 20 minit je.

Sambil drive pergi kerja, boleh pasang dan dengar dalam kereta. Lama-lama, automatik kita hafal dan lagi mudahlah untuk kita baca.

Selain tu, jangan lupa benda penting – kena jaga solat. Ni paling utama.

Jangan semata-mata kejar dunia, kita lupa solat tu punca utama kejayaan kita. Kita baik atau jahat, kita tua atau muda, kita sihat atau sakit, tetap kena solat.

Bila kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita.

Sebelum tidur, niatkan dalam hati – aku nak jadi orang yang jaga solat awal waktu. Mesti Allah bantu.

Dunia dah tak lama dah, kita pun takkan hidup selamanya.

Duit yang kita sibuk cari sekarang, akan datang sendiri kalau kita utamakan suruhanNya. Percayalah :)

– A Survivor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit