Assalamualaikum. Terdetik hati ni untuk dapatkan pandangan mahasiswa sekalian.
1.Isu pertama ialah privacy. Apa pendapat kalian kalau punyai kawan2 yg tak faham erti privacy. Curi2 buka phone org,baca message ws org,scroll social media org tanpa rasa bersalah pun :(. Macam mana nak tegur, macam mana nak nasihat tu?
2. Kedua ialah tentang perasaan kawan. Kadang2,pernah jugak lah alami terutamanya waktu2 getir tgh exam. Ada kawan mintak tolong ajar ataupun bantu dia dalam any topics. Okay tu takde masalah.. cumanya kadang2 saya dalam dilema utk ajar dia dulu atau saya nak study dulu sbb kadang2 kita sendiri tak cover betul2 lagi topics tu. Bukanlah nak berkira ilmu..tak sama sekali. Utk tolak drpd tolong ajar dia saya x sampai hati. Apa solusi nya ye kalau mahasiswa sekalian boleh bantu..
3.Boleh saya tanya jugak pandangan anda terhadap pergaulan?Adab dgn rakan2. Kadang2 mungkin terlepas pandang, kawan2 ada terasa hati tapi pendam. Jadi macam mana nak cam yg kawan kita ada terasa hati dgn kita…
4.itu sahaja tq :)
– Tt