Kehidupan 30s

Aku wanita yang kerja di sektor perkhidmatan dan berusia pertengahan 30.

Orang kata usia ni la ada midlife crisis. Mungkin aku antara orang yang baru nak masuk era mid life crisis ni kot.

Aku mempunyai seorang anak. Asal nya aku dari negeri PP. Setelah berkahwin aku mohon pertukaran mengikut suami,

Dan kini aku menetap di sebuah kawasan agak jauh dari bandar besar, agak pedalaman, tiada shopping complex, tiada jem, hanya hutan sawit kelilingku.

Aku pada mula memang terkejut beruk jugak lah, berubah 360 dari kehidupan asal, namun setelah 8 tahun aku dah biasa tinggal di tempat aman damai sepi tanpa asap dan hiruk pikuk kota.

Aku mempunyai sebuah keluarga yang cukup sempurna di mata orang, punya kerjaya, punya seorang anak, suami kerja government, tapi di mata ku, semua ni kosong.

Seawal 5 pagi aku bangun, menyidai kain baju, menyiapkan keperluan anak, menghantar anak ke tadika, bergegas ke tempat kerja.

Pulang dari kerja, tugasku memasak, lipat kain, bersihkan rumah, ajar anak ku sedikit revision dan tidur.

Aku ni seorang yang sangat cerewet dalam kebersihan. Aku pastikan tahap bersih tu sampai rumahku tiada cicak, tiada lipas dan semut even seekor.

Cukup 2 tahun hidup ku dengan aktiviti sebegini saban hari, aku berasa hidup sangat membosankan.

Kadang2 aku memerhati rakan sekerja, masing masing punya kelebihan sendiri, ada yang pandai bercakap, disukai ramai,

Ada yang pandai memasak pasti dia bawak bekal yang sedap2, ada yang pandai deko bunga, ada yang pandai bercucuk tanam, tapi aku, aku tiada apa apa bidang khusus yang aku pandai.

Aku boleh je buat semua tapi tidak pakar. Aku tiada sesuatu yang khusus yang aku minat.

Contoh nye, aku boleh memasak, sekadar memasak biasa biasa sahaja, bukan lah yang boleh buat benda tu jadi tarikan.

Rumah aku biasa sahaja tiada deko tiada karpet sebab aku tak pandai mix match barang. Asal bersih tiada habuk cukup memadai bagi ku.

Aku tidak pandai menjahit sebab aku tak minat mengadap benda kecil kecik dan rumit.

Aku cuba berniaga, akhirnya kelaut juga. Aku penat nak kemas barang niaga. Risau semut lipas datang. Jadi kadang kadang aku berfikir, ape je kelebihan yang aku ada.

Aku tak punya apa apa minat yang boleh buat diri ini growth. Semua sekadar biasa biasa.

Hidupku sekadar rutin ku, bangun pagi, kerja, uruskan rumah dan tidur. Tiada hobi tiada cita cita.

Bukan ku tidak bersyukur, tapi jiwaku kosong.

Scroll media sosial, lihat kawan kawan sebaya semua berjaya, ada dah berkerjaya, mewah, ada yang dah bukak kedai, masing masing pamerkan bahagia dalam hidup, jadi aku lagi down.

Aku ni macam ini je, tiada apa apa yang menarik. Macam hidup ku sekedar hidup untuk mati.

Korang yang 30s ni, ape ye korang dah buat n tolong la bagi aku kata semangat.

– Bunga Yang Kian Layu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. baca buku jadikan dia habit

    kalau baca buku tak best berhenti je baca

    cari buku lain

    amalakan pasti ada perbezaan nanti

    hidup akan lebih semangat

    kurangkan atau puasa 30 hari tanpa melihat social media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *