Ni aku nak cerita pasal perkara yang menyesakkan diri sendiri. Tiada tujuan buka aib sesiapa mahupun buka aib sendiri. Maaf kalau ada yg terasa aku bt mcm tu. Aku masih kurang ilmu. Ambil iktibar supaya benda ni tak berlaku dekat korang.
Kisah bermula bila aku kenal seorang lelaki ni. Awalnya semua ok. Kami kenal bertahun tahun lama. Mmg lama. Sampai la satu hari kami terlanjur mencintai. Satu malam, punah semua yang aku punya. Lagi sedih, aku mengandung. Yea. Aku menyesal rasa bersalah, hina, kotor, jijik dan yang seangkatannya.
Aku bagitahu lelaki tu aku mengandung, dia janji kami akan nikah hujung tahun. Cuma biasa lah, tak boleh nak bernikah shgg baby tu lahir. Ada pilihan, samada buang atau simpan. Aku pilih nak simpan. Aku masih pegang janji dia. Nak halalkan kami. Tiba tiba dia diam. Sunyi sepi mcm nak lari dari tanggungjawab. Aku tetap cari dia. Aku buntu, faktor tekanan yang melampau dan kelasakkan tempat kerja aku, aku keguguran. Aku berhenti kerja. Sakit. Seminggu aku menangis tak berhenti sbb gugur. Aku rasa kehilangan. Aku pergi pusat perlindungan wanita. Dorg terima aku, rawat aku, aku lalui proses kaunseling. Gaji terakhir byk hbs utk ubt.
Lelaki tu muncul balik, lepas aku bagitahu aku gugur. Dia masih lagi dgn janji dia. Aku pun masih pegang janji dia, sampai satu hari dia pertikaikan cadangan pernikahan kami sbb aku desak dia. Dia kata dah betul sedia ke? Mmg mulut sedia, hati belum. Aku berubah, aku pergi kuliah agama, aku bertaubat, setiap hari aku menangis rasa menyesal dgn dosa besar yg aku buat. Lelaki tu masih berhubung dgn aku, tapi keadaan sedikit berbeza, dia mula ckp aku tipu dia, mula ckp tak faham aku dan byk kali sebut yg mungkin kami tiada jodoh. Sampai satu hari aku dpt tahu dia dah bertunang dgn perempuan lain dan bakal berkahwin tak lama lagi. Masa tu, aku rasa maruah aku macam hilang terus tak blh nak diselamatkan lagi. Aku terkejut sgt.
Aku buntu sgt waktu tu, jadi aku ambil keputusan utk bagithu keluarga dia dan keluarga aku. Mula tu jgn ckp la mcm mana kena kecam. Tuhan je yg tahu keadaan masa tu. Bila bagitahu sebelah lelaki, keluarga dia janji akn satukan kami walau aku terpaksa jadi yg kedua. Tp lama kelamaan sebelah lelaki diam bt tak tahu. Mcm lari. Yg lelaki tu, tak mengaku dia sentuh aku. Aku kena caci, maki, hina. Kata keluarga, demi jaga nama baik keluarga, lelaki tu akn tetap nikah dgn tunang dia yg sekarang, jadi aku kena tunggu sampai majlis mereka selesai.
Tp faktor keluarga belah aku keras nak jugak kami bernikah, sekarang pihak lelaki pulak buntu. Nak dilepaskan tunang, serba salah, nak nikahkan dgn aku pun serba salah. Bakal isteri dia tahu hal ni. Tp lelaki tu tak mengaku pun cerita ni betul. Mungkin takot kehilangan. Mereka teruskan juga perancangan mereka, dan lelaki tu mati mati tolak aku dan kata dia cuma anggap aku kawan. Aku tanggung seksa berbulan bulan dgn air mata. Aku cuma mampu mtk dia halalkan aku, tp dia diam buat takde rasa bersalah dan tanggungjawab. Aku difahamkan, keluarga bakal isteri kaya dan kalau perkahwinan mereka tak jadi, ayah bakal isteri nak saman.
Belah lelaki pulak mesti lah pertahankan anaknya dan pertikaikan hal aku dgn byk alasan. Sampai sekarang aku tak tahu nasib aku. Sejujurnya aku dah bertaubat, aku dah berubah, dah bertutup litup. Aku cuma mtk Allah ampukan dosa aku. Aku yakin Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat. Cuma, rasa bersalah yg masih mengekor buatkan aku mcm meratap. Mcm bayang yg tak pernah hilang. Sakit bila bertahun bercinta, tergadai maruah, berpayung janji, tiba tiba aku kena tinggal macam tu je tanpa kata. Kalau dia cakap ke dgn aku dia nak tunang mungkin aku blh terima. Dan mesti lah aku rela kalau lepas tu dia nak nikah dgn perempuan tu asalkan aku pun dia nikahi jgk. Tapi bulat bulat aku kena tipu dan kena buang macam sampah.
Cerita dia, jgn percaya lelaki walau sebaik mana pun dia. Lelaki ni dah dpt semua, dia tinggal je mcm sampah. Mmg tak semua mcm tu, tp kebanyakkan mcm tu, sbb masa aku dekat perlindungan, rata rata begitu lah kisah dia. Sekarang, aku dah xpercaya lagi dgn lelaki, aku takot. Aku hidup dalam ketakotan, penghinaan. Hilang kawan. Ramai mencaci. Takde sorang pun yg cuba pimpin aku. Aku dah berubah. Aku mohon Allah berikan aku kekuatan. Utk wanita, perempuan, gadis, tlg lah, aku merayu. Jgn jadi mcm aku. Dan yg lelaki, tlg la jgn buat mcm lelaki ni. Seksa dia tak tertanggung, itu baru dunia, dekat sana belum tentu.
Aku juga ada rujuk ustaz. Rata rata ustaz tdk puas hati dgn tindakan lelaki tu sbb tak bertanggungjawab. Tp aku tak mampu bt pape.
Maaf sekali lagi kalau ada yang terasa, terhina, terkecam, geram atau apa sahaja. Aku cuma meluahkan. Amik lah benda ni jadi iktibar. Maaf.
– Gadis ketakotan