kehidupan bersama abah dan suami
aku dilahirkan dalam keluarga org kata berada. Alhamdulillah abah dan mak sara kami anak-anak dengan cara mereka. abah tak bagi semua yang dipinta anak, dia tapis jugak mana yang perlu dan mana yg tidak. tapi bab makan memang abah bagi je nak makan apa. tu style abah. mak plak lain, anak-anak yang pandai main angin dia, senyum lebih sikit, tolong dia kat dapur dan siapkan kerja-kerja rumah, biasanya dia akan bagi upah.
walaupun keluarga berada tapi tak lah sampai melimpah-limpah abah bagi, walaupun hakikatnya dia mampu nak mewahkan anak.
bila aku dah berkahwin, ditakdirkan Allah jodohku dengan orang yang berasal dari keluarga susah. mak mertua surirumah, ayah mertua kerja tak menentu sebab sakit. si suami tulang belakang keluarga dia. banyak duit gaji atau bonus dia diberikan pada mak ayah dan adik beradik dia. suami juga tak abaikan aku. dia bagi nafkah yang termampu.
cuma mungkin tidak lagi seperti yang abah aku mampu berikan dulu.
bila mana aku mendapat tawaran menyambung ke peringkat sarjana, walaupun mendapat mybrain tapi itu tidaklah banyak membantu kerana mybrain hanya membayar yuran pengajianku. abah dan mak aku kadang-kadang akan bertanyakan, "awak ada duit tak?, awak cukup duit tak. mak abah ada untuk bantu." kata mereka. mak abah akan bertanya aku secara private sebab bimbang perasaan suamiku akan terguris.
aku selalu menjawab alhamdulillah ada walaupun terkadang tidaklah sebanyak mana duit di dompet suami apalagi aku.
sekarang, bila ada anak, keluarga aku, abah mak dan adik beradik bagi duit atas nama anak. "biarlah, rezeki anak" kata mereka.
suamiku tidak pernah berhenti berusaha untuk menambah pendapatan keluarga. untuk keluarga di kampung dan juga untuk keluarga kecilku.
walaupun kehidupan dengan abah dulu tidak sama dengan kehidupan sekarang, aku redha dan bahagia.
terima kasiah abah dan abg.
– surirumah + pelajar