Kehidupan Bersama Toxic Family

Assalamualaikum semua. Nama aku A bukan nama sebenar. Aku berumur 27 tahun dan bekerja makan gaji di sebuah syarikat swasta dan aku sudah berkahwin.

Aku ada 3 orang adik (2 adik lelaki seorang adik perempuan). Maafkan aku ya kalau aku tak pandai nak taip2 ni. Aku try ya.

Ceritanya bermula sejak 3 tahun lepas, dimana ibu aku disahkan ada sakit darah tinggi yang kronik dan sampai satu hari ibu aku pening2 sampai nak pergi ke tandas pun siap berpapah.

Pada hari kejadian ni ayah bawa ibu aku ke hospital dan aku tengok tekanan darah dia sampai 220 ke 230.

Aku try tahan air mata jantan aku dan kata pada ibu aku, ‘ibu, A minta maaf sebab banyak dosa pada ibu’. Time tu aku takut sangat tengok keadaan dia, pertama kali pula jadi macam ni.

Di hospital tu doktor suruh ibu aku balik sebab ward penuh dengan pesakit2 baru yang kena covid.lepas beberapa jam disana ibu aku balik ke rumah dan dapat ubat dari hospital.

Lepas balik dari hospital tu aku terpaksa pulang ke rumah sewa sebab kerja aku memerlukan aku untuk standby 24jam dan berdekatan dengan tempat kerja. So lebih mudah untuk aku pergi kerja jika diperlukan.

Selepas kejadian tersebut,2-3 hari jika aku berkelapangan mesti aku balik sebab aku risaukan ibu.

One day, adik aku cakap yang ibu aku start tak boleh bangun dan disahkan macam mild stroke. Bila aku balik waktu itu aku tengok ibu dalam keadaan yang sakit dan kurus.

Allahurabbi! Aku terus menjerit, aku tanya ibu aku ‘ibu tak makan ubat hospital ke?’ Ibu aku menjawab

‘Tak sebab ayah kau sorokkan ubat entah kemana’. Aku terus tanya ayah tapi dia tetap dengan pendirian dia kata dia tak tahu ubat itu ada dimana.

Last2 baru aku dapat tahu dari ibu yang ayah aku tak nak ibu aku sakit buah pinggang sebab makan ubat banyak sangat, tak terkata aku bila dengar dia cakap macam tu.

Selepas itu aku meminta ayah untuk membawa ibu pergi ke hospital untuk rawatan susulan tapi dia tetap degil tidak mahu bawak ibu ke hospital.

Katanya nak bawak ibu untuk rawatan tradisional sebab ayah aku lebih percaya yang ibu terkena sihir/santau sebab ibu selalu meracau malam2, katanya la. Aku pon malas bergaduh, berkata bawak la ayah yang mana terbaik untuk ibu.

Selepas hampir 6 bulan ibu terlantar di katil, macam2 tempat (serata semenanjung) aku dan adik2 aku bawa untuk berubat tradisional untuk membuang sihir dan santau tu. Tapi aku menjadi kesal dan marah bila tak ada langsung improvement pada ibu aku. Makin teruk adalah.

Aku pon mengajak ayah aku untuk membawa ibu untuk ke hospital tapi kali ini ayah aku memarahi aku sambil berkata yang aku ni bodoh sebab tak jaga ibu aku,

Walhal setiap kali 1 minggu atau 2 minggu sekali aku balik mesti wajib aku akan jaga ibu aku(dari segi mandi dia,makan dia,exercise dia,pakaian dia).

Di sebabkan kesihatan ibu semakin merosot, family aku, terutamanya adik aku yang nombor 2 bukan hanya menyuruh aku ambil cuti untuk menjaga ibu,

Malah menghasut family aku yang lain dengan menyuruh aku berhenti bekerja dan jaga ibu aku dan siap cakap pada aku, “berapa gaji kau?setakat rm2-3k aku boleh bayar lah bulan2”, aku masih bersabar ada adik yang mcm ni.

Untuk pengetahuan, adik2 aku semua tak hormat pada aku. Selalu sangat memaki dan asyik pentingkan diri sahaja. Lebih2 selepas ibu sakit, makin teruk adik2 aku, hilang hormat pada aku dan bercakap kurang ajar pada aku. Bercakap pon perkataan2 kesat, yang betul hanya mereka.

Bukan itu je, diorang selalu banding2kan gaji dan jawatan pekerjaan, sebabkn aku hanya berjawatan kontrak sahaja dan gaji lebih kecil dari adik yang no 2 tu. Selalu menghina aku mengatakan yang aku ni kerja kuli sahaja.

Dan setiap hal2 diorang even hal peribadi pon, aku yang kena settlekan, cari rumah sewa selepas intern, hantar pegi kerja, hatta nak servis kereta adik aku pon aku yang kena buat. Alasan diorang aku ni abang, kena tolong adik-beradik.

Selepas beberapa bulan dengan tekanan family, aku dah nekad untuk ambil cuti tanpa gaji selama 4 bulan dan aku dah inform boss aku mengenai hal ini. Tapi boss aku cakap pada aku, ‘betul ke you nak sacrifice position tetap you dalam company ini untuk menjaga ibu you?’

Dan aku menjawab, ‘dia syurga i, kebahagiaan i. I hope you understand’. Dan disamping itu ayah aku turut berjanji untuk membayar segala hutang aku selama 4 bulan tersebut disebabkan aku dah menjaga ibu aku. Itu janji yang dia buat pada aku sebab aku hilang mata pencarian aku.

Selama aku bercuti selama 4 bulan, aku sacrificekan masa aku dari pagi sampai malam untuk ibu aku(mandi, makan, termasuk kemas rumah, exercisekan dia, bawa dia bersiar2).

Bagi aku waktu mula2 dulu aku bahagia melihat ibu aku ceria, tertawa dan bahagia. Pada masa yang sama, di rumah aku memang tak sehaluan dengan ayah aku disebabkan aku selalu bergaduh dengan dia sampai aku rasa ayah aku ni kejam pada ibu aku.

Bagi aku,aku tak suka melihat dia tak bawa ibu ke hospital untuk dapatkan nasihat doktor dan bergantung harap semata mata pada perubatan tradisional(sihir dan santau).

Bukan itu sahaja aku turut bergaduh mulut dengan ayah aku disebabkan oleh ayah aku tidak tepat pada janjinya iaitu dia tidak mahu untuk membayar hutang2 dan komitmen aku (tidak sebanyak mana).

Oleh itu aku terpaksa menggunakan duit simpanan kawin aku untuk membayar hutang2 aku.

Setelah 2 bulan aku membayar hutang aku, kereta aku pulak membuat hal dengan tidak dapat start dan perlu tukar bateri, kali ini aku terpaksa meminta adik aku yang kedua untuk aku beli bateri kereta disebabkan katanya dia boleh sara aku. Last2 langsung satu sen pon aku tak dapat.

Setelah lama aku bertikam lidah dengan ayah aku, bulan ketiga dia akhirnya bagi aku guna duit dia untuk membayar hutang dan expenses aku.

Tapi kali ni ayah aku bising pada aku lain kali kau buatlah moratarium dan minta penangguhan pembayaran dan tak perlu bayar hutang kau lagi.

Disebabkan itu aku pon decide untuk bekerja balik dan aku bergadoh besar dengan ayah aku. Ayah aku tetap berkeras dan tidak bagi aku bekerja, sama dengan adik2 aku.

Tapi aku tetap dengan pendirian aku. Aku dah 3 bulan menjaga ibu aku langsung tidak dihargai sampai satu tahap aku ingat lagi yang adik aku cakap pada aku dengan nada mengejeknya,

‘Selama aku ada kat rumah ni aku tak pernah pon nampak kau jaga ibu’, bukan itu saja ayahku malah menyokong dia, tidak sekali pon dia tegur perbuatan kurang ajar adik aku tu.

Aku hanya mampu bersabar. Aku cakap pada ibu aku, ‘ibu,abang habis duit abang untuk ibu dan beli supplement ini semua untuk ibu (aku beli guna duit kawin aku) sebab ibu la ibu A dunia akhirat.

Setelah aku bekerja, desakan ayah aku dan adik aku untuk aku balik terus ada sampai tahap diorang suruh lagi aku berhenti kerja. Dan pada waktu itu aku sudah tak kesah sebab aku perlu bayar komitmen aku dan menjaga ibu aku pada masa yang sama.

Setelah beberapa bulan aku bekerja, aku dah bersedia untuk berkahwin. Aku ingatkan perkahwinan aku mudah mendapat restu tapi sebenarnya tidak.

Nasib baik ibu aku dah restu sebelum dia sakit, tapi ayah aku tidak disebabkan dia nak menantu yang bekerja golongan2 bangsawan.

Tapi ibu aku lain pula, dia lebih prefer orang2 kebanyakan. Bukan itu sahaja, aku nak berkahwin pun ayah aku menghina aku, dengan merendahkan pekerjaan aku dan bakal isteri aku.

Walaupon begitu, urusan pernikahan kami dipermudahkan, harapan aku dengan hadirnya isteri aku mampu membuatkn ayah aku suka.

Tapi hakikatnya ayah aku dan adik2 aku tidak suka. Disebabkan kekangan kerja dan family kecil aku, aku tidak dapat balik pada seminggu sekali hanya balik 2 minggu sekali dan ibu aku diurus oleh adik aku.

Aku dah explain pada mereka, tetapi diorang tak nak paham dan keep on repeting balik la setiap minggu.

Aku senyap disebabkan aku marah pada adik aku. Tambahan pula lupa aku nak cerita, rumah family aku sekarang penuh dengan barang2 dan sarat dengan kucing (lebih 20 ekor kucing) sampaikan aku tak dapat nak hirup udara segar dalam rumah.

Rumah itu kotor sangat disebabkan adik2 aku ni pemalas. Aku selalu balik rumah kadang2 kemas jugak rumah tapi lepas dari itu kotor balik sampaikan aku tak larat nak kemas.

Isteri aku ada alergic, so tak boleh la selalu balik rumah family aku. Even aku terangkan pada ayah dan adik2 aku pon mereka masih memerahi aku sebab apa aku balik sorang2.

Pada raya tahun lepas pulak, raya pertama aku dan isteri nak beraya dirumah family aku.

So kami pon balik la pada pagi raya pertama, tetapi hampa, ayah aku tidak membuka pintu, lebih 20 minit aku ketuk pintu dan tunggu di luar rumah. Aku ingat tak ada orang la kan,aku try call pon tak berjawab.

Segan aku dengan wife. Sakit hati punya pasal, aku pergi la beraya rumah pakcik sedara yang berdekatan. Masa tu aku still try call mereka, bnyk kali tapi meraka still tak jawab. Ngam2 dah balik dari rumah beraya tu tiba2 dapat call dari ayah aku suruh aku balik beraya sekarang.

Nasib la masih dekat nak patah balik ke rumah family. Aku rasa malu dan awkward nak explain pada wife aku.

Second year its more challenging. Aku dan adik aku yang kedua selalu gaduh mulut disebabkan aku bagi duit pada adik aku (200-300 every month without missed) yang perempuan untuk membeli makanan apa yang ibu aku suka dan beli keperluan harian ibuku dan adik perempuan aku.

Tapi adik aku marah2 aku sambil berkata kau bagi la duit pada ayah kau. Aku balas aku tak nak bagi sebab dia selalu habiskan duit untuk berubat tradisional tu.

Aku tak nampak apa2 kebaikan pada ibu pon selama ini. Disamping itu ayah aku masih bekerja dengan bergaji tinggi. Disebabkan hal ni aku terus block adik2 aku dan left group family.

Kesan dari pergaduhan itu, ayah aku berkata aku ni bodoh disebabkan aku bagi duit pada adik perempuan aku tu.

Serabut punya pasal bulan seterusnya aku terus bank in duit pada dia tapi dia still keep on repeating aku ni bodoh sebab mampu bagi bini sampai beribu ribu tapi bagi dia RM200.

Padahal belanja wife aku pon aku bagi semana mampu je, gaji aku berapa la sangat, duduk di bandar pulak. Aku menyirap je tapi aku terus senyap dan bersabar lagi.

Then next month tu aku bagi RM300. Kali ni baru dia nak cakap elok2 dengan aku suruh aku balik raya bawa wife aku waktu raya.

Raya pada tahun ini, aku balik, sedih ye, sama je macam kejadian tahun lepas. Ayah aku still tak bukak pintu rumah. Kali ni dari pagi call dia tak berangkat. Whatsapp dah panjang lebar aku taip but still tak reply.

Setibanya aku kat sana, time tu adik2 aku ada je, tapi since tahu wife aku pon ada sekali langsung diorang tak buka pintu.

Aku rasa frustrated dan geram sebab aku dah beli lemang utk ibu dan nak makan sekali. Aku pon tak nak buang masa, aku ikut pak cik mak cik aku beraya di rumah saudara mara. Semasa beraya baru la ayah aku call cakap dia baru balik dari berubat ibu.

Entah la macam dirancang pulak, dah tahu haritu aku nak balik dan2 la dia bawa ibu berubat hari tu jugak. Haihhhhh, aku tak tahu kenapa setiap kali aku balik rumah family aku aku rasa sakit kepala, stress bergadoh dengan ayah dan adik2 aku.

Sekarang aku dah tak balik since raya tu, sakit kepala dan stress memikir diorang hina kerja aku(kerja kontrak aku) dan isteri aku.

Sebenarnya apa yang patut aku buat? Sekadar luahan hati. Semoga pembaca dapat memberi kata2 semangat.

– Mr.A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *