Kehidupan Dalam Drama dan Novel

Saya akan kongsikan kisah seseorang yang saya kenal, tapi maaf penulisan saya tidak baik. Saya cuma ingin mendapat pendapat bagi menolong seseorang agar kehidupannya lebih baik. Kerana emosi dia sekarang sangat tidak teratur, dan mengalami masalah kemurungan.

saya nak kongsikan cerita seseorg yang bernama Dira bukan nama sebenar. Jika diberi pilihan pada dia untuk hidup atau mati. Dia akan pilih untuk mati. Setiap hari dia berdoa untuk dia mati, tapi dengan cara tuhan mengambil dia, dan dia tidak mahu bunuh diri. Tapi sampai sekarang tuhan, tidak menunaikn hajat dia. Dira ini selalu sembahyang, selalu berdoa dan ingat pada tuhan. Tapi tuhan selalu memberi ujian pada dia sampai satu masa dia dah tak kuat dan merasakan diri dia tidak layak untuk hidup dan tidak adil untuk diri dia.

Kehidupan dia sangat berbeza, luaran dia seorang periang, peramah, kelakar dan suka senyum tetapi dalaman dia seperti org mati yang sedih selalu. Pelbagai rintangan hidup dia alami, masalah family, masalah business dan Dira tidak ramai kawan selain daru saya.

Pada usia Dira umur 6 hingga 7 tahun dia menjadi hamba dan mangsa seks oleh abang kandung dia. Abangnya no 3 bernama Mail bukan nama sebenar. Apabila dia memberitahu kepada kedua ibu bapa dia. Ibu bapa dia tidak mengambil tindakan kepada abang dia atau menghantar anaknya itu ke polis. Kerana kedua ibu bapa Dira bekerja dalam bidang ternama, jadi akan mencemarkan nama keluarga. Dira hidup dalam keadaan trauma yang teruk sehingga umurnya mencecah 26 tahun. Bayang la, Dira tudak pernah couple pun dan tak pernah nak pasang niat untuk kahwin. Dira ini anak bongsu,dan mempunyai 8 orang adik beradik. Dalam adik beradiknya Dira ada 5 abang dan 2 orang kakak.

Bila umur si Dira meningkat remaja pada umur 17 tahun. Si abangnya Mail tadi menghinanya. Kerana Dira agak gemuk, tinggi, dan berkulit hitam manis. “kau ni dah la tak lawa, macam bini orang pun ya, muka tua badan gemuk hitam pulak tu, ish tak ada orang selera lah tengok kau ni. Patutla tak ada boyfriend” abang dia selalu menghina dia di depan kawan-kawannya atau di depan orang lain.

Ada satu hari, si Dira lalu di hadapan abangnya, abangnya kata “eh bukan kau ke Dira yang duduk dekat lorong semalam???” dia sama kan Dira sama macam pelacur yang menungu di lorong untuk dapatkan pelanggan. Tapi apabila Dira mengadu pada ayahnya, ayahnya langsung tak marah pada abangnya Mail. Itu membuatkan Dira rasa sedih, sebab ayahnya langsung tak hairan maruah Dira yang tercalar dan dengan sikap abangnya suka memalukan dia. Cuma ibunya yang marah dan mengugut anaknya Mail, kalau kau buat lagi malukan adik kau. Aku sumbat kau dalam penjara.

Mail ni selalu cari pasal dengan dira, sedangkan dira tidak pernah kacau kehidupan abangnya itu. Abangnya sudah berkhawin dan mempunyai 5 orang anak. Isterinya sangat cantik dan anak-anaknya yang comel-comel semua. Mail ni anak kesayangan ayah Dira. Jadi kalau apa-apa ayah dia selalu menangkan si Mail ni dalam segala hal. Sehingga si Mail ni berkerja dengan syarikat ayahnya. Jadi si Mail tak pernah susah, kalau nak apa-apa ayah dia akan tolong dapatkan.

Dira ni seorang yang sangat baik, tidak cara hal orang, ringan tulang selalu membantu ahli keluarganya walaupun sering dilupakan dan tak dihargai. Dan Dira paling rapat dengan ibunya. Walaupun Dira ni bukan anak yang cerdik, tapi dia selalu mengambil berat tentang ibu dan ayahnya. Setiap kali ayah dan ibu pulang ke rumah selepas habis kerja, mesti makanan siap terhidang, rumah kemas, pakaian di jemur dan dilipat. Kedua-dua kakaknya selalu kianat ke Dira, bila habis kelas tak balik rumah pergi melepak sana sini. Pukul 5 lebih baru balik.

Dengan alasan dia sibuk dengan kolej dan universiti. Dira ni ambil alih kerja dalam rumah start kakak-kakak nya pmr, spm sampai la ke kolej dan universiti. Dira ni seorang yang sangat baik dan memahami ibunya, ibunya ada penyakit kencing manis dan darah tinggi jadi selalu sakit dan tak sihat mana, jadi dia selalu cakap dekat ibu, tak apa la ibu Dira tolong ibu masak ya dan kemas rumah. Ibunya seorang pegawai kerajaan jadi selalu sibuk. Kadang-kadang sahaja ibunya akan memasak, mengemas rumah dan buatkan untuk Dira bila Dira sibuk dengan belajar atau tak sihat.

Sikap Ayah Dira yang suka membeza-bezakan anak membuatkan Dira terluka. Ayahnya selalu membezakan dirinya dengan kakaknya atau abang-abangnya. Kerana kakaknya lagi cantik, cerdik dalam akademik.. Membuatkan Dira rasa tersisih dan tak rapat dengan ayahnya. Ayah dia beli motor dan laptop pada setiap adik beradik dia bila masuk kolej dan universiti. Dira tak dapat itu semua. Laptop pun dia beli sendiri zaman universiti, tu pun selepas ayahnya tak nak belikan untuk dia.

Tempat dia selalu mengadu nasib, bermanja, dan nak minta apa-apa dengan ibunya sahaja. Ayahnya selalu tidak mendengar apa luahan hati si Dira, bila Dira nak juga meja belajar atau apa-apa barang berkaitan dengan pelajaran. Ayah akan kata kau bukan belajar pun, membazir ayah beli. Kakak kau ni cerdik, bukan macam kau bodoha membazir duit ayah je. Dira bukan tidak cerdik, balik dari sekolah pukul 2 petang setiap hari..

Sampai je rumah, terus masuk dapur keluarkan ikan atau ayam dalam peti sejuk untuk masak. Selepas tu Dira akan mandi, kemas rumah, basuh baju jika ada atau lipat kain. Pukul 4.30 petang dia akan start masak untuk ibu dan ayah dan adik beradiknya yang lain. Dan dia pun penat. Balik je sekolah dia dah buat kerja rumah, jadi waktu malam dia akan siapkan kerja sekolah dan buat review sikit je di bilik dia dan terus tidur. Dira ni seorang yang baik balik je sekolah tak keluar rumah dah, duduk je rumah sampai dapat gelaran anak manja.. Dira ni seorang yang lemah untuk kuasai subjek. Mengambil masa untuk cepat faham. Sebab tu prestasi dia tak se gah abang dan kakak dia.

Bila Dira sakit pun, yang banyak cara ke Dira ialah ibunya. Ibu lah selalu menjaga Dira. Bila berkaitan dengan sekolah, sign report card ke apa ke ibunya yang selalu ke sekolah. Ayahnya langsung tak cara. Kesian ke Dira, kadang-kadang dia selalu tanya ke ibunya kenapa dia selalu dilayan macam tu dengan ayah. Adakah dia anak angkat??

Dira bukan tak rapat dengan adik beradiknya, tapi dia selalu kena buli dengan adik beradiknya. Kakak dia lagilah, asal nak buat kerja rumah cari pasal nak gaduh supaya ayah marah Dira dan tak perlu buat kerja rumah.

Bayangkanlah, adik beradik dia suka guna ayat macam ni, aku lahir dulu dan selalu buat kerja rumah masa kau tak ada sampai la kau lahir, jadi adil la kan. Mana adil, kesian ke Dira, abang dia atau kakak dia bukan buat kerja beterusan pun. Dira ni selalu buat kerja rumah sampai umur 26 tahun tak pernah pun complain. Pandai masak pada umur 11 tahun dan pandai mengemas rumah lagi..Kakak ipar pun pemalas, bila time family berkumpul hanya kakak ipar yang sulong dan kedua je datang tolong masak kat dapur. Yang lain buat-buat busy. Time makan laju je datang dapur. Sikap ni belarutan dari ibu Dira ada sampailah ibu Dira meninggal dunia. Dira ni macam kakak pula dan yang lain adik-adik dia, yg masak untuk ayah dan untuk abang, abang ipar, kakak dan kakak ipar.

Nasib malang selalu kena pada Dira, apabila abang dan kakak dia meniaga tak ada staff Dira la yang selalu jadi peganti tapi abang dan kakak dia tak pernah hargai dia. Bagi gaji rendah, dekat staff lain bagi gaji tinggi. Kerja lebih masa dari staff. Malah, berkira lagi apabila Dira minta nak makan sikit mesti akan kena marah dan maki hamun pada Dira ni. Sebab cakap kau ni duduk dengan aku, kau ingat kau makan free. Bil api, bil air sewa ni kau tak bayar pun Dira. Jadi kau kerja lebih masa. Paling sedih bila Dira nak minta tolong pada abang-abangnya dan kakaknya selalu tak ambil peduli dan tak tolong la. Menangis dia mengadu pada ibunya.

Kehidupan Dira kalau orang luar tengok, bagusnya keluarga dia bersatu hati, semua anak-anak berdikari, tak terlibat dengan dadah, judi atau araj dan ada akhlak yang baik. Ramai yang cakap, yang adik beradik Dira semua berjaya ada business sendiri dan ada juga yang bekerja jadi pegawai kerajaan.

Tapi hakikat sebenarnya semua indah khabar dari rupa.. Pada pandangan masyarakat keluarga Dira sangat bagus. Tapi disebalik itu penuh kedukaan. Siapa sangkakan, realitinya ibu bapa menyorok anak merogol adik.. Paling Dira sedih, semasa Dira di Universiti, Ibunya pergi mengadap illahi. Tempat dia mangadu nasib, tempat bermanja, dan selalu meluangkan masa bersama dengan ibunya, telah pergi buat selamanya. Dahla Dira tidak rapat dengan ayahnya, atau adik beradiknya.

Selepas pemergian ibunya, Dira dah habis belajar dan tengah practical. Apabila pulang dari tempat kerja practical, Kakak dia selalu tak puas hati dengan Dira, dan selalu dengki sebab Dira tak buat kerja rumah dah, tak masak dah. Kakak dia duduk sekali dengan ayah dan dira. Ayahnya pula selalu marah ke Dira tanpa sebab. Kerana dengar cakap kakak Dira.. Dan apabila Dira dan kakaknya gaduh, menyebabkan ayah Dira selalu menangis dan mengugut untuk dirinya mati dengan cepat. Dira berasa diri dia tak berguna, dan selalu merasa diri dia penyebab perbalahan dan dia rasa bersalah sebab ayahnya menangis sebab dia. Dira selalu minta maaf pada ayahnya, tapi masih ayahnya rasa Dira tidak ikhlas dan selalu salah faham apabila Dira cakap sesuatu. Seakan-akan ayahnya tidak percaya pada dia.

Selepas kematian ibunya, Dira jatuh sakit dan 2 minggu di hospital. Dira masuk wad hospital swasta, tapi malangnya tak ada langsung ahli keluarganya menawarkan diri untuk menjaganya di hospital. Padahal hospital swasta boleh minta extra bed untuk penjaga. Ahli keluarga hanya datang pada hari yang pertama sahaja selepas tu tak datang-datang dah melawat. Ayahnya datang petang sahaja selepas habis kerja, selepas tu balik. Sampai nurse yang duduk situ tanya, mana ahli keluarga awak?? Tak ada orang ke teman awak?? Biasa ibu awak jaga awak, mana ibu awak??

Lagi laju air mata Dira mengalir, masa nurse tanya pasal arwah ibunya. Pada satu masa, Dira sesak nafas pada pukul 3 pagi dan sukar bernafas. Tapi tak ada orang pun tahu keadaan dia seseorang dalam bilik. Nurse pun duduk di luar, tak dengar apa yang berlaku dekat dalam bilik.. nama pun hospital swasta kan bilik macam hotel duduk seorang-seorang. Tapi Allah maha kuasa, ada seorang nurse masuk, dan perasan keadaan Dira. Nasib baik Dira sempat diselamatkan.

Abang Dira yang sulong paling rapat dengan Dira. Abangnya yang sulong setiap hari tanya khabar Dira di Whatsapp. Sebab abangnya yang sulong menetap di sarawak. Pada ketika itu jugalah Dira ambil keputusan untuk bekerja dan tak nak sambung belajar, sebab dia berfikir” apabila aku sakit, tak ada seorang pun ahli keluarga aku menawarkan diri untuk menjaga aku di hospital, sampai aku sesak nafas, nak minum air pun aku tak mampu nak capai sebab dalam keadaan sakit yang teramat dan lain-lain. Dan abang dan kakakku pun pernah cakap kalau kau sakit Dira aku tak boleh menjaga mu kerana aku ada keluarga aku sendiri jadi cepat la kau kahwin” Dira dari zaman belajarnya selalu berusaha sendiri untuk cari duit poket, tak nak menyusahkan ibu dan ayah. Dira jadi dropship jual barang dan bekerja part time untuk beli barangan seperti gadget dan lain-lain. Ibu dan ayah ada memberi duit belanja. Tapi kerana perangai Dira ni yang suka berdikari untuk cari duit poket.

Apa yang paling menyayat hati Dira, bila Dira memulakan perniagaannya selalu ada dugaan dan rintangan. Dira berhasrat bila dia mulakan business akan dapat membantu nasibnya apabila ayahnya tiada nanti untuk tempat berlindung. Modal dia dapat dari hasil simpanan dan hasil duit arwah ibunya yang bahagian wasiat untuk diri dia. Macam-macam berlaku pada diri dia, apabila customer dah order produk dan dah memang nak beli last minute cancell, macam kena pukau pula, baik online dan offline sama je. Staff buat hal, tak masuk kerja. Agen dan dropship dah tak buat jualan dengan bermacam alasan. Dira sangat menjaga kebajikan pekerja dan sangat telus dalam meniaga.

Tapi paling Dira rasa sedih dia dah melabur banyak duit dalam perniagaan dia. Tapi untung tak ada banyak rugi ada lah. Nak bayar sewa kedai, nak maintain stok peroduk dan lain-lain. Ramai yang judge dia macam-macam tak pandai handle la apa la, tapi bila orang kata macam-macam pada dia, hakikatnya orang tak tahu situasi dia. Dia dah buat macam-macam, pergi kursus berniaga online, offline, marketing dan lain2 la nak naikkan sales dan masih lagi di stage yang sama, berniaga rugi. Dira ambil jurusan business time dia belajar, dan menjadi pelajar dekan. Allah bagi ujian dan dugaan pada dia yang sangat luar biasa.. Sampai dia rasa give up, kenapa abang dan kakakku sangat mudah je rezeki nak masuk. Buat sambil lewa tapi menjadi. Orang lain pun macam tu..

Dengan ayahnya buat perangai, selepas 4 bulan arwah ibu Dira pergi. Ayahnya sudah cari pegganti, membuatkan Dira rasa lagi tersisih. Bila masa terluang, Dira cuba nak rapat dengan ayahnya dengan ajak keluar pada hari minggu. Tapi ayah nya selalu cakap ayah busy dengan kerja, busy ke dating dengan awek?? Paling sedih, bila Dira nak bermanja dan begurau dengan ayahnya, ayah nya selalu salah faham. Pernah satu ketika, ayah dia pernah cakap kau nak aku mati cepat ke hah Dira. Tergamam Dira dan Sedih dia, ayah Dira selalu tak bersefahaman dengan Dira. Bayangkanla, dah la ayah Dira bagi tahu dia last minute untuk pergi merisik, anak-anak yang lain dia bagi tahu awal-awal lagi. Dan paling sedih, ayahnya nak kahwin pada bulan 10. Bulan yang sama arwah ibunya meninggal, membuatkan hati Dira luluh dan berkecai. Dira dapat 3 orang adik tiri yang masih belajar. Umur ayah Dira 69 tahun.

Dira ni tak ramai kawan baik yang masih duduk dekat dengan dia, sebab ramai yang dah merantau. bila dia keluar pun nak tengok wayang ke atau nak cari barang-barang ke selalu dia keluar seorang-seorang. Bila ayah dia dah kahwin bukan layan pun pada Dira, al maklum la dapat isteri dan anak-anak baru. Nak kata ada pakwe tu jauh sekalilah.. Dalam aduk beradik kandung Dira, semua dah kahwin kecuali Dira yanb single. Yang si abang-abang ni langsung tak nak keluar sekali sebab si isteri marah dan selalu buat hal tan nak keluar sekali sebab takut duit mengalir ke Dira. Padahal Dira tidak pernah minta duit langsung pada mereka apatah lagi nak suruh belanja apa-apa. Sama naik dengan kakak-kakak dia..

Dira tak ada tempat mengadu selain saya kawan baiknya, dia cerita pun selepas saya paksa dia untuk dia bercerita pada saya apa yang berlaku. Saya selalu ada dengan dia time dia rasa down, dan time dia happy. Dira ni seorang yang pemurah, selalu bersedekah, tak kedekut dengan duit, sayangkan keluarga dia, dia selalu utamakan keluarga dia dalam apa-apa pun. Tapi layanan yang dia dapat sangat mengecewakan.

Walaupun macam-macam keluarga dia buat dekat dia, dia selalu cakap, biar orang buat kita jangan kita buat orang. Tapi sekarang ni keadaan dia makin teruk, dan saya tak tahu nak buat apa, saya dah nasihatkan dia dan beri dia semangat. Setiap kali saya jumpa dia, keadaan dia dah berubah. Badan dia dah kurus bukan sebab diet tapi sebab dia sakit. Pandangan mata dia sayu sahaja. Bila saya pandang dia, dia senyum tapi hakikatnya dalam hati dia menangis.

Dia selalu pesan pada saya, nanti bila aku tak ada kau doakan aku ya, dan kau datang ya melawat aku taw masa aku tengah dikafankan tak pun kau ziarah la aku ya, sebab kau je yang ada dengan aku bila aku sedih, gembira. Kau pun kenal keluarga aku kan, aku anggap kau macam keluarga aku dah.

Dira dia pernah luahkan perasaannya yang sangat sedih sampai dia menangis dan dia cakap “kenapa Allah bagi ujian dan dugaan macam ni pada aku, apa salah aku, aku tak pernah pun minta nak lahir dalam keadaan nasib macam ni. Apa lagi yang aku perlu buat?? Tanggungjawab aku sebagai anak tak pernah aku abaikan. Tapi kenapa nasib aku macam ni, lamanya ibu pergi kenapa ibu pergi tak ajak aku, sepatutnya biar aku yang ganti tempat ibu pun aku masih sanggup. Aku nak mati, aku dah tak kuat, sampai bila aku harus hidup macam ni, setiap hari aku rasa kosong.. Aku tak pernah berhenti sembahyang, berdoa agar aku diberikan kehidupan yang baik, tapi ada sahaja yang tak kena dan buatkan aku rasa sedih.. Setiap hari aku berdoa semoga aku meninggal dengan cepat, supaya rasa sedih ini hilang..”

Ya Allah sebaknya rasa masa dia cakap macam tu. Sedih saya rasa. Dira masih lagi dalam keadaan yang baik tapi saya masih risau dengan diri dia. Semoga anda semua boleh bagi cadangan dan pendapat pada saya untuk tolong kawan saya ini.

– Shira ( bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *