Suatu ketika dahulu aku merupakan seorang pelajar di sebuah maktab rendah sains mara, semasa di tingkatan empat aku mengambil keputusan untuk berhenti dan bersekolah di sekolah biasa, pada mulanya aku berasa aku telah membuat satu tindakan yang sangat salah. Tapi pada penghujung tahun aku tingkatan empat, emak aku menghidap lumpuh setengah badan (pinggang ke bawah) yang disebabkan oleh kanser. Oleh itu, hampir setiap perkara harian tidak dapat lagi mak aku buat. Emak cuma boleh makan dan minum sendiri sahaja, tetapi hal-hal lain seperti mandi dan buang air memerlukan pertolongan. Sewaktu inilah aku diuji apabila ayah dan satu-satunya adik aku tidak mengambil hirau tentang mak aku. Kebetulan waktu tersebut cuti sekolah, jadi dapatlah aku membantu mak aku. Aku risau bila tiba hari persekolahan nanti bagaimana nasib mak aku. Ayah aku selalu pulang lewat, adik pula keluar pergi rumah kawan tak balik-balik, kalau balik pun hanya untuk mandi dan tukar baju. Keadaan ini buat aku bertambah risau jadi aku cuba mengajar mak aku untuk melakukan beberapa perkara dengan sendiri. Agak sukar pada mulanya tapi sekurangnya mak aku sudah boleh tukar pampers dengan sendirinya dan bersihkan dirinya. Aku berasa gembira mungkin mak akan beransur pulih. Tapi harapan itu hanyalah sia-sia kerana pada suatu hari, aku terima panggilan daripada seorang doktor pakar yang ingin berjumpa aku. Aku berasa hairan kenapa doktor tu call aku sedangkan dia boleh call ayah aku je. Dah la aku budak sekolah lagi. Keesokkannya aku berjumpa dengan doktor tu, doktor tu kenalkan diri dia and dia ckp yang dia pakar yang uruskan mak aku. Dia cakap yang mak aku suruh bagitahu benda yg dia nk bagitahu nie kat aku. Jadi aku pasang telinga mendengar. Dia pesan kat aku awal-awal supaya tabah. Dia cakap akt aku yang mak aku sudah tak boleh bertahan lama, kanser dia dah last stage. Paling lama dia boleh bertahan adalah 3 bulan. Aku diam terkelu tak tahu nak respon apa. Aku bangun lepastu terus balik. Dalam otak aku berlegar-legar ayat doktor tu. Aku tak ceritakan kat sapa-sapa pun sebab aku percaya mak aku boleh sembuh. Mulalah kembali waktu persekolahan aku tingkatan 5. Aku pergi ke sekolah seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Lepas habis sekolah ja terus aku balik rumah nak duduk dengan mak aku. Mak ceria walaupun dia sedang sakit. Dia tak pernah bersedih ataupun menangis. Selepas tiga bulan berlalu ternyata ramalan doktor itu salah, emak aku masih seperti biasa, Mak dimasukkan ke hospital sebab perlu menerima rawatan susulan. Dia perlu melakukan terapi di hospital. Aku selalu bawa telefon bimbit ke sekolah sebab takut ada hal-hal kecemasan. Tetapi pada suatu hari, member aku seorang pengawas cakap ada spotcheck esok, aku takut fon kena rampas jadi aku tinggal kat rumah. hari tersebut ada percubaan spm sejarah kertas 3, habis sekolah aku pulang seperti biasa. Jarak rumah dan sekolah aku agak jauh dan harus naik dua bas. Aku naik bas seperti biasa. Tetapi semasa nak bertukar bas, adik aku on phone dia yang di off sepanjang sekolah, dia menunjukkan telefonnya yang mempunyai lebih 20 misscall drpd makcik aku, aku call makcik aku balik dan makcik aku dengan nada yang tercunggap-cunggap menyuruh kami ke hospital. Aku dan adik terus berlari mendapatkan bas untuk ke hospital. Setelah bas berhenti, aku berlari masuk ke dalam wad mak aku, aku tengok kawasan katil mak aku dipenuhi dengan jururawat dan makcik aku. Makcik aku memeluk aku sambil menangis. Aku menyelak langsir yang menutupi sekitar katil mak aku. Aku lihat tubuh mak aku kaku, wajanya sudah pucat, aku mengejut mak aku supaya bangun tetapi ternyata mak aku sudah tiada. Perasaan aku hanya tuhan yang tahu, hanya 6 hari lagi untuk menyambut hari raya puasa tetapi ternyata aku sudah tidak lagi berpeluang menyambut bersama mak aku. Cikgu-cikgu aku menasihati aku agar fokus dengan peperiksaan SPM yang beberapa bulan sahaja menanti. Aku cuba terus bersemangat untuk menempuh dugaan yang diberikan oleh Allah swt, namun ternyata aku diuji skali lagi. Dua bulan selepas kematian emakku, ayahku berkahwin baru, aku langsung tidak kisah tentang perkahwinannya dan hanya fokus belajar. Suatu hari, sepucuk surat sampai di rumah atas nama mak aku. Ia merupakan penyata akaun daripada bank mak aku. Segala simpanan dan wang KWSP yang diterima mak aku yang diterima sebelum dia meninggal telah digunakan habis, baki yang bermula daripada 6 angka kini hanya tinggal 2 angka, aku menyangkakan simpanan itu mungkin akan digunakan nanti untuk sambung belajar tetapi ayahku telah membelanjakan habis, aku cuba bertanya tentang hal itu kepada ayah tetapi hanya alasan marah yang diterima. Semangat aku untuk belajar menurun, aku seperti hilang arah tujuan tetapi atas pertolongan Allah swt dan sokongan daripada guru serta keluarga, aku kini sedang menuntut di sebuah IPTA , aku tahu walaupun dugaan yang aku terima adalah berat tetapi pasti ada orang yang lebih tidak bernasib baik. Semoga Allah membantu kita di dalam kesusahan.
– Mr. Mister
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Adik, Allah ambil nikmat kasih syang seorang emak..tapi awak masih juga tidak kehilangan…. Sebab awk ada Allah yg sgt sygkn awak. Kasih syg yg abadi… Semoga Allah merahmati awak dik.
sedihnye..keep strong bro.stay health.(T.T)
Ya Allah sedihnya..ni baru umo mak maseh muda2 tp tk berdaya, dahhh tkde yg nk beri perhatian kecuali encik confessor. Mcm mane agaknye nt mereka dh tua2 dan tak berdaya, lumpuh, tkleh buat apa dah? Sanggup ke kita tumpahkan kaseh syg sesungguhnya2 kat parents kita?
Ada org baik dgn kucing snggup bwk p berubat merata beribu riban bila kucing sakit, pampered kucing like own child tp tk semestinya org tu sanggup layan ahli fmli dia yg tak berdaya buat apa dah mcm dia treat kucing kesayangan dia tu. Iskk
Lelaki sejati yg ada kini terlalu sedikit. 1 dlm 1k. U’re 1 of them.
Sedihnya. Sakit ati aku kt bapak kau tu. Ko tabahlah utk habiskan degree for ur future demi arwah mak kau n adik kau.
Ya Allah permudahkan dan berilah kejayaan dunia akhirat untuk adik ni
Aamin.
dugaan utk kau . walaupon perit, tp bnde ni akn mengajar kau tentang sebuah kehidupan. pd aku la, sorry to say this if anyone not agree with me . pd aku yaa everything happen for a reason. cuma mgkin skrg ni hikmah nye blom smp n blom nmpk lg. just pd aku hikmah nye is kau dah lalui ssh nye kehidupan. it might be useful for u in the future. so lps ni mgkin kau akn lbih tbh dan kuat dgn ujian hidup. cuma jgn bnti bedoa. satu hr nnt allah akn bg nikmat nye. pcya pd allah . ujian tu allah bg sbb dia thu kau mmpu. nnt kau akn dpt hikmah nye. keep praying brother sorry if anyone would not agree with my opinion.
kuatlah sahabat…syurga utk orang2 yg kuat…allah sentiasa tahu….
Semoga confessor tabah :'(,Allah bg ujian ney sbb Allah tau kau kuat taw……
Sekarang ni kau je yang bole tolong diri kau dengan usaha sungguh sungguh hingga capai cita cita yang kau nak. Jangan mudah mengaku kalah dalam hidup ni. Dan ketahui lah Allah sentiasa menolong hamba-Nya. In shaa allah , perjalanan hidup kau akan di permudahkan Allah s.w.t.
Untung awak, Allah bagi awak pahala jaga mak, besar tau pahala tu, Allah pilih awak utk jaga mak brbanding adik dn ayah awak, itu tanda Allah Sayang Awak, cemburu…