Kehilangan

Nama aku B, wanita berumur 32 tahun belum berkahwin. Dalam hidup aku selalu kehilangan.

Ayah aku meninggal ketika aku usia belasan tahun, mak aku pun akhirnya pulang ke negeri abadi jugak baru-baru ni. Tinggallah aku hidup sorang kesepian.

Aku hidup dengan anak bulus je sekarang ni. Pergi kerja balik kerja. Terperuk kat rumah. Aku depression, hari2 nangis. Sebab? Aku pun tak tahu. Hidup rasa kosong. Sepi.

Masa arwah mak aku ada, aku tak rasa nak kahwin pun. Niat nak jaga mak aku sampai akhir hayat. Mak aku selalu doakan aku supaya ditemukan jodoh yang baik2. Tapi aku yang tak nak kahwin. Sebab? Aku pun tak tahu.

Ada yang nak berkawan, tapi aku tolak. Bagi aku, bila aku dah kahwin nanti siapa yang nak jagakan mak aku? Jadi aku tolak rasa tu jauh2. Fokus pada kerja dan family dulu.

Tak lama lepas tu, aku bosan jadi cuba buka hati untuk berkawan dengan ramai orang. Berkawan dulu, kalau ada rasa sayang tu nanti baru fikir.

Sampai la aku kenal dengan lelaki ni, namanya A. Aku kenal A dari online dating app. Saja je nak cari kawan. Mulanya takut jugak sebab skeptical dengan dating app ni.

End up seminggu lepas chat A ajak jumpa. Dia ajak aku temankan dia setel hal kerja sambil lepak makan. Terus terang rasa macam dah lama kenal walaupun baru jumpa. Nak balik tu, dia bawak aku singgah rumah parents dia.

Aku first time keluar dengan lelaki sebenarnya. Lagi pulak dibawak jumpa parents dia. Memang ketar lutut aku tapi alhamdulillah penerimaan mak ayah dia baik.

So dari situ aku cuba bersangka baik niat dia ikhlas nak kawan dengan aku. Dia cakap dia akan sentiasa ada dengan aku, jaga aku.

Bulan berganti bulan, aku dengan A makin rapat. Dah ada plan untuk kahwin. Semuanya indah je sampai la dia tetiba hilang tanpa khabar.

Aku rasa macam hati aku dihempas, hancur berkecai. Aku baru nak mulakan hidup baru dengan dia, tetiba diuji macam ni.

Aku take a step back, cuba bagi dia masa dan ruang. Mungkin kami terlalu gopoh nak amik keputusan ni. Berminggu aku tunggu dia, sampai la satu hari dia mesej – bila dia ready nanti dia call aku balik.

Dunia aku tetiba terasa gelap. Aku kena panic attack, anxiety. Jantung aku berdegup laju. Aku nangis semahu mahunya. Aku tak sanggup nak hilang orang yang aku sayang lagi.

Aku ingat aku dah boleh menumpang kasih sayang dari A, tapi rupanya pun separuh jalan. Aku buntu. Mana janji dia nak jaga aku?

Dia pergi hilang macam tu je. Sampai la sekarang ni. Aku penat. Aku buka hati untuk menumpang kasih rupanya aku kehilangan lagi.

Aku doa supaya Allah tarik rasa ni tapi aku tak tahu kenapa rasa kasih tu makin menggebu.

Lelaki pertama yang buat aku jatuh hati dan sayang sepenuh hati, tapi dia sanggup tinggalkan aku. Perlu ke aku tunggu dia lagi?

Aku cuba berdamai dengan takdir. Tapi aku tak kuat. Mungkin aku tak layak untuk rasa bahagia. Tolong doakan aku boleh?

– B (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Kesian you. I doa kan you cepat2 move on.. I pun sama mcm you.. 30.. Ayah baru meninggal. Now mak dengan I je ada.. I pun selalu fikir one day kalau mak pergi dulu, I tinggal sendiri2. Org lain dah ada hal dan family nak focus..

    I dari dulu sendiri dan kena jaga diri sendiri.. I selalu doa supaya Allah bg I jodoh yg baik, anak yg sihat, keluarga I sendiri.. Tapi Allah takde bagi lg.. Sama juga, susah sgt nak jumpa lelaki yg boleh buat suami. Yg hilang pun ada. Yang sibuk ajak kawin I tak berkenan perangai pulak. Sibuk ajak kawin duda and suami org pun ada.. sedih kan..

    Tp I tetap doa dan harap Allah akan makbulkan doa kita. Supaya you and I akan diberikan jodoh yg baik, menyenangkan hati dan betul2 sesuai dgn jiwa kita.. Bukan sekadar suami org dan boyfriend org yg sibuk singgah memberi harapan dan kata2 manis.. Semoga Allah permudahkan jalan, dan buka hati bakal jodoh kita dan hati kita juga.. Amin

    • Akak pn senasib dgn korang…tp akak nh dh msuk fasa *ndar*tu…dh 38 msh x jmpa gk jodoh…mcm² Cara dh akak usahakan..mtk kwn² carikan, knl kt lmn social n kenal sndiri…tp smuanya x menjadi…mgkn bkn rzki lgi…smpai 1 tahap terfikir gk, np Allah xbgi rzki jodoh nh?…nk gk merasai khdpn berkelrga mcm org lain .😢

  2. Dik, dah berapa lama dia hilang dari radar…
    camni la, kalau dah lebih sebulan u sedih camni je, u set time frame, u kena start susun balik emosi awak tu, sepertimana awak susun laci jiran sebelah yg berterabur.. susun slow2.. set time bila nak habis susun.. seminggu ke.. 2 minggu ke.. pastu jangan fikirkan sangat.. ya, tau susah.. tapi at least try la.. jangan lama sangat bersedihan.. banyakkan aktiviti yg perlukan extra fokus macam mengait crochet ke, jahit baju kebaya ke, sental kerak kuali ke, tanam pokok sukulen ke..

  3. Just move on, girl.. klau your bf bole contact, tnya dia what is ‘the end’ of all this, klau dia nk ‘come back’, so make sure it’s real, maybe jugak dia ada msalah yg lain, yg u pon x tahu.. klaw dia keep on quiet, u buat je hal u, maybe some volunteer works, to keep u busy n forget ur problems, if possible carilah org yg beragama ckit n serious to build a relationship.. tp zaman skrg ni, dgn siapa shj, kena ‘berhati-hati’.. so, take care n hope u’ll meet someone suitable to be your soulmate.. insha Allah..

  4. Salam,

    Orang alim dulu dulu ada pesan, jodoh nih ada tiga :

    1) Dari syaitan,
    kenal, obsess, maksiat, mengandung, nikah.
    Rumahtangga memang chaos, seumur hidup, tak pernah lagi jumpa girl boy berzina sebelum kahwin, extra ada anak luar nikah hidup bahagia, kacau bilau hidup, kesan dia memang dalam jangka panjang, berantakan 24 jam.

    2) Dari jean,
    Banyak lelaki atau perempuan yang terdesak guna benda bukan bukan untuk pikat crush dia, berjaya, kahwin.
    Rumahtangga mcm nih tak ada beza dengan yang atas, malah lebih teruk lagi sebab syirik, berantakan, ada jer masalah suami isteri.

    3) Jodoh dari Allah SWT
    Nih jodoh styles orang dulu dulu, lelaki berkenan dengan perempuan, teruz hantar pinang, wali perempuan akan checkedout lelaki, layak tak lelaki nih jadi suami, elok tak family dia, elok tak agama dia, elok tak perangai dia, kalau wali terima Alhamdulillah, kalau wali tolak K bye.
    Rumahtangga macam nih, kalau kau masuk rumah dia, sejuk, serius tak faham, padahal kat luar rumah berdentum panas, anak anak semua bijak bijak, suami muka mesti manis, disukai orang sekeliling, isteri pulak banyak skill, masak pandai, jahit pandai, bercucuk tanam pandai, berniaga pandai. Pembuka jodoh bersih, kahwin bersih, rumahtangga bersih.

    Nak dijadikan cerita, mana mana perempuan yang terdesak cari jodoh macam tak ada hari esok nih, banyak jatuh tersembam masuk dalam kategori 1. Akibat terlalu cinta pada manusia, dia rasa lelaki tuh macam oksigen, terlalu obsess, hilang kewarasan, sanggup self harm bagai, padahal sebelum nih dia elok jer. Gagal interview kerja yang dia impikan dari kecik, dia steady, tak ada rezeki dia fikir. Gagal buat roti crossaint, dia steady, pergi bakery beli, fikir kena belajar uli tepung lagi nih. Gagal masuk IPT, dia steady, mungkin itu rezeki orang lain dia fikir. Gagal kelas memandu, dia steady, tangan keras sangat pegang stereng, kena practise lagi fikir dia. Why dia gagal itu ini dia steady, semoga kegagalan dia berjaya ubah benda tuh jadi motivasi, dua sebab, dia waras dan guna akal. Nafsu dia switch off.

    Orang perempuan kalau doa ibu bapa dia tak kuat, lebih lebih lagi doa ibu, ibu dia jenis tak solat, tak doa kan anak, sibuk hal suami jer 24 jam, sekeliling dia memang tak ada shield, dia kosong dia tak ada pelindungan. Doa nih senjata orang mukmin. Jadi bila lelaki musibat tahu perempuan tuh kosong, macam mana dia tahu, bila perempuan tuh tak ada rasa malu, perempuan yang pemalu, tak keluar berduan dengan lelaki, bila nak keluar, biasa bawa orang lain, senang kata bertiga, nih perempuan yang memang doa ibu dia kuat, lelaki musibat tak akan cuba cuba nak lipat perempuan macam nih, dia faham dia yang kena lipat dulu. Semoden mana pun dia, hatta baru habis study London sekalipun, nope. Tak mudah lelaki angkut dia.

    Manakala perempuan kalau dah tak ada rasa malu, dia kosong, nih jenis perempuan yang mak ayah dia tak ada doa untuk dia. Dia mudah dibawa lelaki kemana mana sahaja, ke laut ke darat, ke hujung dunia sekalipun, lelaki ada kuasa penuh ke atas dia. Boleh kontrol fikiran dia, ubah cara dia berfikir, dari benci maksiat kepada suka maksiat, dari pada positif jadi negatif. Lastly lelaki akan kontrol tubuh dia, dari perempuan yang baik, dah pandai ringan ringan, paling ngeri berjaya dibawa naik katil. Kalau dah macam nih habis, tak boleh reverse. Boom masuk kategori 1. Good bye Elizabeth.

    Jadi anon, pahala anon menjaga ibu, serta doa ibu anon yang masih harum menghiasi hidup anon, tlah membantu anon, memberi perlindungan pada anon, menjauhi anon dari perkara yang lebih buruk lagi, musibah kecil diberi untuk mengelakkan musibah lebih besar berlaku. Apa yang terjadi dapat mengajar anon cara mendetect penipu. Ini skill yang anon perlu dalam hidup. Beribu kes wanita kesunyian, terdesak nak kahwin di scam sampai RM ratus ribu, scam love. Jadi be careful. Upgrade your skill. Selagi anon orang nya baik dan elok, jodoh anon pasti lelaki baik dan elok juga. Mana yang tak baik pasti Allah SWT jauhkan. Suka untuk saya ingatkan kepada anon. Rejection is protection. Pekara lepas biarkan lepas, benda tak elok jangan angkut sana sini, apatah lagi bawa ke masa depan, umpama bawa tahi. Fikiran busuk, mental fizikal busuk, semua busuk.

    Apa yang saya nak pesan pada semua perempuan, keje saya berpesan jer kan. Girls, focus on yourself, yang mana tak ada self love, mula bina self love, masa yang ada, gunakan sebaiknya, busykan treatment diri, jangan sembang mahal, banyak cara murah, guna cara yang mesra poket. Ingat yer lelaki jahat boleh tahu dalaman perempuan, kesihatan mental perempuan, hanya dari luaran, perempuan yang tak ada self love, muka kusam, badan lari shape, rambut macam mak lima, gigi penuh kaviti, dress up kepam, kasut berdaki, tak konfiden, hidup sunyi tak bersosial nih amat mudah ditipu yer. Be careful. Upgrade yourself. Perbanyakkan sifat malu bila dengan lelaki. Set your boundries.

    Perempuan Melayu yang cantik gebu gebas, badan persis model, selalu travel, healing dengan kengkawan, join zumba, join club buku, payah betul nak kena tipu yer, kenapa, sebab dia cantik, dia pretty privilege, dia modern girl. nope, sebab dia ada self love dan rasa malu, untuk stranger kenal mereka perlu banyak tapisan, perlu ada trusted perlu ada bukti dan resit yang buat mereka rasa selamat.

    Berbanding perempuan Melayu yang muka kusam, busuk, diri tak terjaga, mereka jarang dapat perhatian lelaki, atau langsung tak pernah dapat perhatian lelaki, bila dapat perhatian dia melompat sampai ke udara, terlalu excited, padahal lelaki hadir hanya nak gamekan dia. Lelaki musibat selalu test market yer, nak tengok skill ngorat dia power lagi atau tak. Anda cuma tikus makmal pada dia, bahan kajian. Kalau awak tertipu, maksudnya skill dia masih padu. Jadi hati hati yer lelaki faham kelemahan anda.

    Girls, always stay shy & love yourself, your effort will naturally bring you to the man who’s shy and love himself too. Just like mirror. You both reflex each others. You both will love each other very well. Kalau you ucuk, orang yang datang pada you pun ucuk juga. Lelaki buat kejahatan, you embrace kejahatan dia. Nak kata dia seorang jahat, you baik, nope. Dua dua ucuk. Umpama cermin. Orang yang you suka tuh adalah cerminan diri you. Semua perempuan ada fasa ucuk dia, bila dah masuk fasa wangi, semua lelaki ucuk menjauh. Jadi jangan berlama lama dalam fasa ucuk. Masalah lama tak selesai, masalah baru pulak bakal datang.

    Tutup salam.

    • Best ny baca komen mcmni, panjang tp penuh nasihat 🫶🏼.. Terima kasih atas komen ni, seolah2 nasihat utk sy juga, situasi sy sama macam anon, ayat yg agak sama juga digunakan konon mahu menjaga & xkan tinggalkan🤮 😂 ..Bezanya, Alhamdulillah mak masih ada, cuma Ayah yg xda.. baru meninggal sebelum jumpa llaki tersebut.. Jd mmg harapan kita akan tinggi thdap llaki tsebut once kita sudah khilangan sosok lelaki gagah(Ayah) dlm hidup 😭

      Apa2 pun, Terima Kasih orang baik.. Semoga Allah datangkan ketenangan kpd hidup kamu sperti mana kamu menenangkan hidup org lain dgn kata2 nasihat yg baik. Allahumma Aamiin. 🤲🏻🫶🏼

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *