keikhlasan? aku tak jumpa lagi.

Assalamualaikum and hi! Terima kasih admin sebab aprroved cerita aku. ok camni, aku ni perempuan. perempuan gemuk. start aku umur 9 tahun, aku makin berisi. kawan kawan aku? cantik, kurus! diorang tukar bf macam tukar dp facebook je (time tu layan facebook je). aku? bercinta? teringin tapi tak pernah.

aku masuk sekolah agama masa aku umur 9 tahun. well budak budak kan, suka sangat mengejek. aku tertekan. “gemuk, gemuk, gemuk” dan aku pun berhenti sekolah agama tu hanya disebabkan diorang. Ibu abah tanya, kenapa nak berhenti? aku cakap aku tak larat nak pi. letih. sekali pun aku tak pernah cerita semua benda yang buat aku rasa terhina dekat ibu abah.

aku makin kurus (but still kategori gemuk). masuk sekolah menengah, diorang yang ejek aku jadi classmates aku pulak. ya Allah, time tu aku cam nak pindah sekolah la. aku kena ejek lagi dan lagi sampaikan aku keluar sekolah menengah. bukan dengan diorang je, ramai lagi haaa. RAMAI! even kawan perempuan aku pun kekadang cam perli aku ni besar lah apa lah. aku senyum je mampu. kekadang aku ye ye kan je apa yang dia cakap. nak balas? aku tak sampai hati. diorang kawan aku. aku pernah kena hina dengan macam macam ayat. ada yang cakap “kalau kawan aku jatuh, dia boleh sambut. kalau aku jatuh, dia sambut dan dia akan mati terhempap”. ya Allah pedih sangat hati aku time tu. ada je budak budak perempuan yang lain panggil aku “kakak sado”. cikgu aku pun bila nak suruh angkat barang berat ke apa ke mesti cakap kat kawan aku “suruh la kawan hg tu, dia kan sado”. then boyfriend kawan kawan aku pun ya allah jahat gila mulut tu ha. bila aku pandang diorang, diorang cam “ko pehal? nak goda aku ke? sorry la ko tak layak” or ada je cam “eh ko gemuk pun teringin nak bercinta ke?”

one day, time sekolah menengah la. aku kenal sorang lelak ni from bbm (blackberry messenger) lama dah cerita ni ha. tapi aku ingat lagi hehe. dia baik sangat dengan aku. berkali kali aku cakap, aku gemuk. gemuk. gemuk. dia cakap “alaaa takpe. tak kisah pun”. ada time tu, dia ajak jumpa. aku pun okay je lah kan. nak sorok diri kenapa lak. hahaha aku ajak la kawan aku teman. lelaki tu siap pakai yang macam hoodie tu (apatah nama dia, lupa. tahun 2012 popular la natang tu hahaha) dengan ada huruf F. dia cakap dekat aku sehari sebelum keluar tu yang dia pakai baju tu berhurufkan F sebab nama aku mula dengan huruf F. bila time hari jumpa dia, dia terkejut sangat jumpa aku. bila duduk sekali, dia tak cakap langsung dengan aku tapi dia pandang pandang kawan aku ni. kawan aku ni cantik, kurus. hot lah ceritanya. balik tu terus jarang contact. sebelum ni panggilan kami just panggil nama, lepas jumpa tu dia panggil aku gemuk. kekadang panggil aku patrick. kekadang panggil aku jerawat 4 gunung. langsung tak panggil aku macam dulu dah. cara dia layan aku? marah marah. nak tak nak je. aku tau, dia suka kawan aku. selalu contact kawan aku. tanpa aku sedar, kami lost contact. and as apa yang aku syak, dia couple dengan kawan aku weh!!!

aku move on. sepanjang tu, aku selalu kena ejek/kutuk/perli dengan lelaki! sebab aku gemuk. dari aku 9 tahun sampai la aku 17 tahun, aku hanya ada family & kawan perempuan je. umur 17 tahun, aku nekad nak kurus and alhamdulillah, aku kurus. sepanjang proses tu, ibu lah paling hebat bagi support kat aku. kawan kawan? gelakkan je.

bila dah kurus, ramai pulak haa yang nak dekat dengan aku. aku? aku jauhkan diri dari orang orang tu. bukan niat aku nak sombong, tapi aku sedih. sedih dengan manusia yang pentingkan rupa paras. bila aku balik kampung, ramai je pakcik makcik yang konon nak kenalkan aku dengan anak diorang. senyum senyum pandang aku. aku pun tak selesa bila aku pergi kenduri je mesti ramai yang pandang pandang. aku tak tahu motifnya pandang pandang tu tapi aku tak selesa. boyfriend? sampai sekarang aku takdak boyfriend. sebab aku tak percaya lelaki. aku akan benci lelaki yang cakap dia suka aku. entah kenapa. aku benci. dan aku juga benci lelaki/perempuan yang hina orang lain or judge “eh dia ni tak cantik la.” “hodoh” “gemok dia ni”.

aku rasa jugak apa yang dia rasa.

abah aku je lelaki yang boleh terima aku. abah tak pernah kisah pun aku gemuk camne pun janji aku sihat. tapi aku kehilangan abah time aku umur 13 tahun. sampai sekarang, hidup aku tak pernah hadir lelaki yang bermakna dalam hidup aku. kecuali abah. abah akan sentiasa bertakhta dalam hati aku. sebabtu juga aku awkward dengan lelaki. aku tak boleh nak dekat dengan lelaki. cuba bayangkan la, aku kena hina 8 tahun tanpa henti. aku punya sifat insecure? nah memang tinggi menggunung la. aku rasa cam aku takde kelebihan langsung. kekadang aku persoalkan kat Allah kenapa aku jadi camni (JANGAN BUAT CAMNI)!!!! aku rasa semua orang benci aku sebab aku gemuk.

aku tengok sekeliling aku. kawan aku semua cantik cantik. apa diorang buat kira tak salah pun. nampak baik je everything diorang buat. bila turn aku? banyak je lelaki yang kutuk aku. gelakkan aku. hina aku.

aku tak menghukum semua lelaki. tak, aku cuma kecewa dengan sikap segelintir lelaki yang memilih paras rupa berbanding hati (highlight: segelintir) . masih ada yang baik di luar sana, tapi aku yang tak jumpa lagi. aku cuma nak someone yang suka aku tapi tak cakap terus kat aku yang dia suka aku tapi dia ada effort nak kahwin dengan aku. (masuk meminang ke? hehe) aku still ada perasaan okay. aku nak kahwin la jugak kan cuma nak cari someone yang terima aku seadanya tu memang tak jumpa lagi la.

untuk lelaki di luar sana, jangan cari perempuan yang cantik je. sebab kecantikkan boleh hilang tiba tiba. carilah yang ada ilmu agama, nescaya kecantikkannya juga akan terzahir! :)

yang perempuan pun sama okay, jangan nak cari yang handsome je. tak guna pun rupa paras tu ha. tua kedut jugak.

aku kurus untuk mencari keikhlasan berkawan & ketenteraman jiwa, bukan pujiaan. BUKAN. bila dah kurus ni, kau akan nampak siapa yang ikhlas or tak. sebab ada jenis orang yang suka kawan dengan orang gemuk just sebab nak main main or nak ambik kesempatan but still ada yang ikhlas!

rambut sama hitam, hati lain lain.

maaf andai cerita aku mengguris hati sesetengah pihak. aku cuma luah apa yang aku rasa. jangan marah, aku juga manusia. sampai sini je la aku ceita. if nak cerita semua, panjang berjela la. 8 tahun kot kena hina hahahahaha.

doakan aku mendapat apa yang aku nak. may Allah bless us. ha, kalau orang orang yang tu baca confess ni and dia tahu siapa aku, aku nak cakap yang aku dah maafkan pun korang. cuma bagi aku masa untuk aku lupakan semua kenangan pahit ni. jangan buat kat orang lain pulak okay? cukup aku sorang je rasa.

Assalamualaikum! :)

– Si Gemuk

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Semoga sis berjaya jumpa dgn org yg btul2 syg sis bukan sebab paras rupa..tapi krna dia syg sis seadanya..go sis..semoga sihat selalu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *