Kekasih Seorang Duda An4k 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita saya yang hendak dikongsi ini.

Nama saya Anne. Saya berumur 31 tahun, masih belum berkahwin.

Dipendekkan cerita, saya baru berkenalan dengan seorang duda anak 3 yang kematian isteri. Jarak umur saya dan duda tersebut adalah 12 tahun.

Isterinya meninggal 2 tahun lepas. Anak-anaknya yang kesemuanya lelaki berumur 17, 15 dan 11 tahun. Saya dan duda tersebut sama pejabat tetapi berlainan unit.

Saya seorang pegawai dan duda tersebut seorang kerani biasa. Dia menyatakan hasratnya untuk bernikah dengan saya pada lebih kurang 2 bulan perkenalan dengan kami,

Dan saya nampak keseriusan dia untuk melangkah ke alam perkahwinan memandangkan umur kami semakin meningkat. Saya telah terbuka hati menerima diri dan anak-anaknya.

Dia ada membawa saya berjumpa anak-anaknya dan saya dapat lihat anak-anaknya juga menerima dengan gembira kehadiran saya.

Saya juga telah memberitahu ibu bapa saya akan hasratnya untuk membawa keluarganya berjumpa keluarga saya dan saya lihat ibu bapa saya mengizinkan kedatangan mereka.

Tetapi baru-baru ini, ada seseorang telah memberitahu ibu bapa saya bahawa duda tersebut pernah skandal dengan isteri orang selama bertahun-tahun iaitu sebelum isterinya meninggal lagi.

Selepas isterinya meninggal duda tersebut masih berhubung dengan isteri orang itu.

Hati saya sakit selepas ibu bapa saya memberitahu perkara tersebut dan ibu bapa saya terus tidak bersetuju saya meneruskan hubungan dengan duda itu.

Saya bertanyakan perkara sebenar dan mengharapkan perkara itu fitnah, malangnya rupanya perkara itu benar dan duda itu mengaku akan kesalahannya.

Tetapi dia benar-benar ingin berubah dan bertaubat.

Dia menangis semahu-mahunya supaya saya dapat menerimanya dan bersumpah telah memutuskan hubungan dengan isteri orang tersebut setelah mengenali saya.

Saya memaafkan dirinya dan percaya dia akan berubah.

Masalah saya sekarang saya telah menyayangi dirinya dan anak-anaknya dan bersedia untuk jadi isteri dan ibu tiri kepada anak-anaknya tetapi ibu bapa saya tidak bersetuju.

Mereka tak suka duda tersebut setelah mengetahui sejarahnya yang pernah berskandal dengan isteri orang.

Sementelahan itu, bapa saya tidak bersetuju kerana duda itu hanya berpendapatan sederhana, bimbang tidak dapat menanggung kehidupan saya dan anak-anaknya lagi.

Saya sehingga bermasam muka dan bergaduh dengan bapa saya kerana tidak setuju dengan pilihan saya.

Sehingga ke hari ini, kami masih menyemai cinta dan saya sangat menyayangi hubungan ini.

Beberapa kali dia cuba meyakinkan ibu bapa saya yang dia telah berubah tetapi bapa saya sengaja melengah-lengahkan waktu untuk merancang ke arah hubungan halal kami.

Bapa berkeras tidak mahu saya meneruskan hubungan ini.

Saya buntu. Adakah saya perempuan desperate?

Apa akibatnya kalau keluarga saya tak merestui hubungan kami.

– ANNE (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *