Kekok Dengan Supervisor

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin IIUM yang sudi menyiarkan post saya ini. Aku salah seorang pelajar IPTA selain UIAM dan sedang menjalani latihan industri di salah sebuah badan kerajaan di kota yang tak pernah tidur di Malaysia. Ya, seperti yang tertulis di atas, topik aku ini agak membosankan. Masuk hari ini, sudah 5 hari aku memulakan latihan praktikal. Orientasi diadakan selama 2 hari dan sudah 3 hari aku berada di department aku.

Okey, masalah pertama aku adalah kekok dengan supervisor. Supervisor aku sangat muda dan good looking. Kadang-kadang aku rasa macam kekok dengan dia, mungkin sebab dia muda dan lelaki. Tambahan pula, dia belum kahwin. Korang jangan pandai-pandai buat kesimpulan bahawa aku menaruh perasaan pada supervisor aku okey. Sebenarnya, aku lebih selesa dengan supervisor lelaki yang lebih berusia kerana aku akan anggap mereka macam ayah dan boleh bercakap serta laksanakan tugas macam anak dengan ayah. Lagipun, lelaki yang lebih berusia lebih banyak pengalaman dan nasihat untuk anak-anak muda. Untuk pengetahuan, aku juga kurang kawan lelaki. Sepanjang 23 tahun hidup ini, aku hanya mempunyai seorang sahabat lelaki. Sebenarnya aku agak picky bila berkawan dengan lelaki. Aku hanya akan berkawan dengan lelaki yang banyak cakap dan kepala masuk air macam aku. Bila lelaki tu agak gentleman dan layan aku macam kekok, aku pun akan jadi kekok.

Kedua, aku agak introvert. Introvert aku lain. Aku bergaul, tetapi tidak banyak bercakap. Aku takkan bercakap kalau tiada benda untuk dibualkan dan kalau tiada alasan untuk menyampuk. Memang sejak kecil aku macam ni. Kadang-kadang kakak aku sendiri cakap yang aku ni bukan pendiam, tapi kurang bercakap. Dia tanya kenapa aku jadi macam tu. Dengan mak ayah pun aku tak banyak cerita pasal tempat belajar aku dan tempat aku buat latihan praktikal. Ya, aku lebih banyak bercerita pasal perkara lain dengan mak ayah aku. Tentang kawan-kawan aku pun aku jarang bercerita, kecuali jika mereka minta aku cerita dan tunjukkan gambar kawan-kawan. Perangai aku ni terbawa-bawa sampai ke tempat latihan praktikal. Aku nak ubah, tapi korang ada tips?

Ketiga, disebabkan sikap introvert aku ni, aku jadi segan dengan staff pejabat. Aku tahu aku perlukan masa untuk menyesuaikan diri, tapi aku rasa macam selama 4 bulan aku akan terus jadi segan dengan staff kalau aku terus pegang kata-kata aku perlukan masa untuk sesuaikan diri. Aku perlukan beberapa cadangan untuk membantu aku jadi manusia yang boleh mesra dengan semua orang. Aku pelik kenapa diri aku makin teruk. Di sekolah dan universiti dulu aku sangat peramah. Aku yang sapa orang terlebih dahulu. Tapi bila menghampiri ke alam pekerjaan, sikap introvert aku semakin menjadi-jadi.

Aku nak ubah sikap aku. Cadangan-cadangan dan tips-tips daripada korang sangat membantu aku untuk menghadapi situasi aku ini. Terima kasih.

– Lia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit