kelas membaca utk dewasa

Assalamualaikum. aku nak mintak pendapat dan info kt korang pasal class membaca utk dewasa. aku dah cuba google tapi takde pulak jumpa.

aku cari ni utk adik aku. dia buta huruf, taktahu baca dan menulis. umur dia dah 20. kenapa tak pandai baca dan menulis? senang cerita adik aku tak sekolah sbb kitorang ada masalah family dulu. setakat ni je aku boleh bagitau.

dia normal, and i could say dia fast learner. buktinya dia boleh drive kereta kot, belajar berapa kali je. dia sangat power main game. ingatan dia kuat, and ada satu hari tu kitorang pegi karoke, dia boleh nyanyi lagu favorite dia ikut tempo bagai as if dia boleh baca lirik kt screen. padahal dia cuma hafal. aku tengah sebak ni bila ingat balik. aku bagitau ni semua sebab nk menggambarkan yg adik aku tu normal macam remaja biasa, cuma dia buta huruf.

aku rasa nak apply cara ajar budak kecik membaca menulis macam tak sesuai pulak utk remaja macam adik aku tu. pernah dulu aku try ajar jugak, tapi dia malas dan mungkin masa tu dia rasa tak perlu kot. tapi dgn dunia sekarang yg bergerak pantas, aku taknak adik aku ketinggalan. so aku nak bantu dia.

kalau korang ada info pasal class ke tusyen ke or sesiapa yg ada teaching method utk remaja macam adik aku, tolong kongsikan. aku sanggup ajar sendiri ikut module yg korang share, atau bayar cikgu yg ada experience dalam hal ni.

– a sister

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Belikan dia buku set kanak2 yg membaca tu.. Mula dr A B C.. InsyaAllah dia blh.. Bg dia kenal huruf dulu.. Pastu ejaan2.. Then peringkat suh dia baca surat khabar.. Slow2..

  2. Ada nenek jiran kita umur 60thn, baru abis belajar quran dan pandai baca yassen. Ustazah ajar guna buku Qiraati selama 2 thn. Alhamdulillah…cuba lah.

  3. Yang terbaik mungkin refer pada guru atau pihak yang berpengalaman untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat dan memuaskan. Boleh try rujuk pusat bahasa atau for the beginning guru-guru bahasa di local school arounds you. Sometimes their skills are hidden, but qualified teachers are the best for you to refer to. Good luck. Sweet sis. You remind me of my sister =)

  4. Adik, awak boleh ajar dulu secara asas bunyi huruf. And pasangkan lagu abu ada ayam fonic song utk membaca bm. Then hantar pada guru yg bertauliah. InshaAllah moga Allah mudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *