Assalamualaikum semua. Aku nak ceritakan kisah aku. Kisah hati aku. Korang tolong bagi aku pendapat dan kata-kata positif.
Tahun ni tahun ke 10 perkahwinan aku. Kalau kira dari kami bercinta sampai ke sekarang dah 15 tahun aku dengan suami. Alhamdulillah kami okay dan kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang sihat sempurna.
Aku dan suami bekerjaya. Kami berpendapatan tetap dan serba serbi cukup untuk kehidupan yang selesa. Suami aku baik, semua benda aku nak dia usahakan. Bila aku takde kat rumah, suami aku handle anak-anak. Sama aku pun, selalu berusaha untuk jadi yang terbaik buat keluarga kecil ku.
Aku kerja shift, sebelum pergi kerja aku pastikan ada makanan untuk suami dan anak-anak, rumah kemas dan baju berlipat. Weekend, sesibuk apa pun aku, aku akan cari masa untuk spent dengan keluarga. Walaupun lemau balik kerja malam, tetap aku gagahkan mata dan fizikal untuk mereka.
Pada pandangan mata kasar, kami sebuah keluarga bahagia. Perfect mungkin. Financial kami stable, ada assets yang lebih dari selesa, anak-anak pandai, dan dari segi rupa juga bagi aku lah, kami sedap mata memandang.
Aku ni jenis happy go lucky, bagi orang tak lawak pun aku boleh ketawa. Baca komen facebook ke tiktok je pun aku bantai gelak sampai merah muka. Punyalah mudah terhibur aku ni.
Suami aku pulak jenis serious. Tengok muka dia pun buat orang takut nak tegur. Serious manjang.. tapi dia baik. Pemurah dan very helpful person. Happy je kan baca ni. Tapi… Aku sebenarnya rasa kosong. Aku sukakan orang lain.
Jangan judge aku lagi korang. Tawar hati aku ni ada sebab. Meh aku ceritakan kenapa..
Aku kan ceria punya orang, malas aku nak marah-marah atau beria. Orang tak beria aku pun seadanya je lah. So kisah ni start dari awal kahwin, tengah pregnant anak pertama laki aku kantoi ada minah lain. Kantoi whatsapp, whatsapp diorang pun bukan besher-besher dah.
Aku terus confront laki aku, berlaku lah drama ngamuk mengamuk dengan air mata pastu diam seminggu, then back to normal. Kantoi tu bukan sekali. Berkali-kali dalam masa 5 tahun kahwin.
Aku ni macam-macam usaha dah buat untuk pertahankan rumah tangga aku dari kena sondol tapi dibelakangku kamu semua seperti apa ya.
Last aku nak give up dah, aku cakap kat husband, aku penat dah pertahankan semua ni cukuplah curang, kalau nak pergi, pergi. Kalau sayang keluarga please stay and lets start a new chapter. So dia janji tu last.
Aku pun malas fikir dah aku serah semua kat Allah. Kalau dia buat lagi biar Allah tunjuk bukti jelas. Dan memang ada lagi lepastu, kantoi yang ni lagi luar biasa.
Aku masa tu kan tak tau nak cakap apa dah. Hancur hati ni sampai takde air mata pun keluar. Anak kedua aku baru 8 bulan masa tu. Dalam dilema, antara maruah, sakit hati dan anak-anak. Aku memang nak angkat kaki dah, aku ikhlas lepaskan suami dan fikir aku yang patut keluar dari hidup diorang.
Tapi time kemuncak tu jugak la suami aku macam kena rasuk, minta maaf, peluk kaki aku merayu, menangis fuhh seram pulak bila ingat balik. Aku minta tempoh bertenang, aku pergi bercuti dengan anak-anak.
Few days yang aku spent tu, aku doa minta Allah berikan pertunjuk, gerakkan hati aku untuk buat keputusan yang terbaik buat semua pihak.
Lepas solat tu anak-anak aku mengigau panggil ayah dia. 2 kali dia mengigau, dan sepanjang beberapa malam duk macamtu. So aku anggap, ni lah jawapan untuk doa aku tu.
Aku balik, aku cakap kita teruskan macam biasa tapi kali ni aku tak dapat jadi aku yang dulu dah, hanya jasad tanpa jiwa. Senyum tanpa perasaan. Aku tak seceria dulu.
Selepas kejadian tu, serious aku macam orang gila. Depression weh. Bukan tak boleh terima kenyataan dicurangi tapi jiwa ni sakit sebab terpaksa hadap muka yang lunyaikan hati dan perasaan ni berkali-kali. Aku maki anak, aku maki suami. Berubah wakta terus.
Aku punya self confidence drop terus. Rasa betul gagal sampai suami sanggup buat aku macam ni. Dalam toilet menangis bawah shower, soal diri kenapa bodoh sangat stay lagi, tak serik ke dipermainkan, diperbodohkan.
Depan anak, i pretend to be ok, depan family kena act like everything goes smoothly. In reality, im dying. Jadi pelakon tak bertauliah ni sumpah kaku.
Dalam duk down tu, aku yakin mesti ada sinar dihadapan dan kesakitan ni takkan lama. And time heals wounds. Lepas dari tu, tenang lah hidup aku dari si pelakor.
Kalau tanya aku kenapa tak bermadu, minah tu siap suruh suami tinggal aku, apa dia ingat aku hingin bermadu dengan dia ke. Haha.
Okay kita back to the main point, start dari situ aku dah tawar hati. Kadang rasa terpaksa tapi hidup ni tetap kena teruskan so teruskan je lah bersama doa dan harapan.
Oh ye, laki aku ni satu je dia tak okay, dia ni pendiam so we lack good communication. And dia ni apa-apa memang aku kena buat, kena decide. Aku jadi sangat berdikari disebabkan perangai dia yang ni.
Benda macam ni buat aku lagi rasa kosong. Rasa aku boleh je teruskan hidup tanpa dia haa tak baik kan. So lalui lah aku dengan rasa kosong ini.
Sampai satu masa, aku di uji dengan perasaan pada lelaki lain. Aku jumpa dia ni masa nak deal apa ntah aku pun lupa. Lepastu ada la jumpa lagi tapi bukan berdua, contoh macam kenduri kawan kami ke. Tak pernah tegur pun tapi isyarat dari jauh tu buat aku rasa bukan aku je ada perasaan tu.
Tapi tu lah, telahan sendiri je bukan ada confession ke apa. This feeling comforts me so much, aku sendiri tak dapat nak ungkap. Rasa rindu yang tak terucap. Rasa tenang bila tengok muka dia, walaupun hanya sekadar gambar. Sumpah, rasa ni betul ganggu ketenteraman jiwa aku.
And paling syok kan, dah 2 tahun aku simpan perasaan ni. Lelaki yang aku suka tu pun tak tahu aku suka dia, aku tak pernah contact or follow dia at any social platform.
Walaupun fb dia duk appear dekat fb aku, tak pernah aku add. Walaupun kadang rasa nak je cross border hehe tapi alhamdulillah aku masih waras.
Dia single and available, aku pulak a wife and a mom. Dia kenal husband aku, husband aku pun kenal dia. So as prevention from another kecurangan, aku pendam je rasa ni. Biar lah duk dalam hati je. Aku okay je macam ni. Aku harap dia kahwin cepat.
Bila dah tawar hati dengan suami ni, apa pun dia buat dah tak impress aku. Aku layan je apa pun asal suami tak kecil hati.
Aku nak anak-anak rasa ada happy family so tu tugas aku untuk didik dan bahagiakan amanah dari Allah ni. Aku taknak jadi isteri derhaka, aku layan suami aku macam biasa dan sepatutnya.
Aku berdoa dihapuskan perasaan ni, tapi aku tak mampu berdoa untuk kembalikan rasa cinta pada suami. Punya aku tawar hati sampai aku dah rasa takpelah hidup tanpa cinta suami.
Selepas kejadian ni kan, aku rasa satu-satu benda yang aku impi dulu tercapai. Sungguh Allah perkenankan semua doa hambanya at the right time at the right place. So bertawakkal dan bersangka baiklah selalu dengan Allah.
So readers, advice me on how to get rid of this feeling and hadirkan balik rasa cinta tu.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
selalu istigfar, insya Allah, Allah akan bagi jalan keluar dr semua permasalahan
no komen
I feel u.
Berdoa sahaja lah. Berdoa agar rasa cinta itu hadir kembali dan mekar sebaiknya.
Laluilah hari hari anda dengan yakin dan sekiranya perlu, menangislah sekali sekala untuk lepaskan perasaan.
Like i did.
1 je nak ckp..u takde self love.Tu je…sebab tu u sanggup stay dlm perkhwinan toksik.Maaf ckp ya puan ini hakikat.Sebab sy nmpk puan punya derita bersuamikan lelaki pencurang.
Konon suami pendiam tp boleh pula pasang skandal 5x..u tertipu puan dgn lelaki narsistik mcm ni.U cuba google apa itu lelaki narsistik u akan dpt jawapan.Mereka akan dera mental u dgn mcm2..kemudian salahkan pihak lawan kemudian sanggup buat drama air mata..sujud..peluk..tu semua part of lakonan.
Kalau u smart..u tinggalkan dia..fokus anak2 je sebab u hidup bekerjaya puan.
Knp u nak hancurkan mental emosi u stay dlm perkahwinan mcm ni.
Tepuk dada tanya hati.Yg sakit u yg merana jiwa u…move la sis.i doakan u dpt berfikir dgn jelas hala tuju hidup.Self love tu lg utama..kita hdp nak happy bukan menderita…
Ttg lelaki yg u suka tu..itu cuma crush.
Curang je sis…. buat happy2 sekejap je. Sementara cantik lagi ni. Itulah karma untuk lelaki awak. Lelaki awak tu curang berkali2 sbb dia x pernah rasa sakitnya kena curang.
Dia stay dgn awak pun sbb anak, bukan sayang dgn awak. Kalau sayang, kenapa curang kan. Banyak kali pulak tu. Kalau kantoi, ungkit la balik apa yg dia buat selama ni.
Mana lah tau lepas ni dia rasa tercabar, so dia upgrade jadi a better husband ke. Cukupla jadi isteri solehah, laki awak bukan soleh mana pun.