Hi! Nama aku Ara. Aku berusia 23 tahun dan baru menamatkan pengajian di sebuah institut perguruan di ibu Kota.
Jujur aku cakap aku tak pernah bercinta, so aku tak tahu macam mana perasaan mencintai dan dicintai.
Dan aku jenis yang tak rapat dengan lelaki kecuali kawan- kawan sekelas dan yang satu batch dengan aku. Tu pun bercakap kalau Ada benda penting je.
Kisah aku bermula apabila waktu aku pertama kali kenal dengan senior aku, seorang lelaki Chinese. Dia senior dua tahun daripada aku.
Aku sebenarnya tak kenal pun senior aku ni sebab aku bukan jenis yang bergaul sangat dengan orang. Maklumlah, aku ni introvert.
So pada suatu hari, aku stayback kat library ngan roommate aku sebab nk cari rujukan untuk assignment. Library aku ni sebelah Dewan kuliah.
Otw balik dari library, kitorang jumpa classmate roommate aku. Dia tengah berdiri tepi Dewan sambil mundar-mandir. Perempuan. And dia nampak macam gelisah. Pastu roommate aku tanya kenapa nampak macam gelisah?
Dia cakap dia tertinggal purse dalam Dewan kuliah and now Dewan tu kunci. Dia nk amik purse tu untuk beli makanan untuk dinner nanti. Btw, Dewan tu agak tinggi sedikit sebab macam berbukit kat tepi tu.
And then, tengah kitorang berbual tu, senior lelaki Chinese tu lalu and tegur classmate roommate aku. Tanya kenapa mundar- mandir kat tepi Dewan tu. Dia pun explain la mcm dia explain kat kitorang tadi.
Pastu senior tu terus pergi kat tingkap tepi Dewan kuliah tu. Tingkap belakang Dewan sedikit pecah tapi still boleh masuk. cuma kena panjat sebab tingkap Tu agak tinggi.
Senior tu tanpa teragak-agak terus panjat and masuk ke Dewan melalui tingkap pecah tu. So dia berjaya dapatkan balik purse classmate kawan kitorang tu. Aku ni perhati je dia panjat tingkap tu.
Yelah, tingkap tu dahlah Ada sisa kaca pecah pastu tinggi plak tu tapi mamat Cina ni selamba je panjat. Makk aiii. Baik betull.
Aku rasa orang lain belum tentu boleh buat macam dia. Pastu kawan kitorang tak henti² ucap terima kasih sebab dah tolong dia.
Yang bagusnya senior aku ni siap pesan next time make sure tak tinggal barang merata lagi-lagi barang yang penting. Susah kalau hilang nanti. Aku macam amazed jap ngan tindakan pantas senior aku tu.
Like, dia tak teragak-agak langsung untuk tolong kawan kitorang tu. Bagi aku, dia sangatlah gentleman.
Since that day, aku perasan yang kawan kitorang tu makin rapat dengan senior tu sebab kadang-kadang nampak diorang borak sambil gelak sama-sama. Dalam diam, aku crush kat senior aku. Tapi aku tak pernah bertegur sapa dengan dia.
Aku selalu fikir Kan best dapat kawan dengan senior Chinese tu sebab dia nampak sangat friendly. Lama lepastu, baru aku tahu aku satu rumah sukan dengan crush aku. Dia rupanya atlet larian yang mewakili rumah sukan aku.
Haihhh, dah la handsome, gentleman, atlet plak tu. Aku semakin mengagumi peribadi beliau.
Tahun berganti tahun. Untuk kejohanan olahraga tahun berikutnya, dia masuk bertanding untuk acara larian. Aku ni memang taklah nak jadi atlet.
So aku jadi ajk persegaran jelah. Tu je mampu. Hahaha.
So habis KOT tu, aku pass la makanan ngan air kat semua ahli rumah sukan. So senior aku ni datang kat aku untuk ambil air. Aku nervous la jugak masatu tapi aku cuba control.
Dia tanya aku ni sem berapa sebab dia tk pernah nampak aku pun. Nampak sangat Aku ni tak pernah wujud pada pandangan dia. Aku pun jawab jelah soalan dia.
Pastu dia puji air aku buat tu sedap. Senyum jelah. Dah orang puji kann.
Sampai situ jelah conversation aku ngan dia. And aku teruskan hidup macam biasa. Tahun 2021, aku add dia kat FB and IG.
Dia approve. Aku rasa dia approve je semua orang. In fact, walaupun dia tak kenal orang tu.
Suatu Hari aku post story, and dia reply story aku. Aku masatu happy gila walaupun dia hanya reply QnA aku. Bermula daripada reply story tu, aku dengan senior Chinese ni jadi makin rapat.
Aku pun tak tahu macam mana aku boleh berkawan dengan dia sedangkan Aku ni introvert and dia sangatlah extrovert. Kadang² dia belanja aku makan, aku belanja dia.
Pernah suatu hari kitorang sembang, tiba² dia Tanya aku dah berpunya ke?
Aku cakap belum. Aku tak bersedia lagi untuk buka hati aku untuk mana-mana lelaki. Aku tanya dia soalan yang sama.
Dan jawapannya dia pun belum berpunya. Aku hairan kerana melihatkan penampilannya, mustahil dia single.
Dia cakap ramai je yang confess kat dia even Malay sekalipun tapi dia tak nak sebab dia tak bersedia untuk komitmen.
Aku pun iye kan jelah. After that, masing-masing bwk haluan sendiri sebab dia pun dh tamat belajar. Tinggal aku je lagi untuk meneruskan pengajian.
Aku ingatkan bila dah habis belajar and kitorang dah tak jumpa, aku akan lost contact dengan dia. Yelah. Mestilah dia pun busy dengan kerja.
Aku plak busy dengan belajar. Tapi sangkaan aku meleset. Dia masih keep in touch dengan aku and follow perkembangan aku dari semasa ke semasa.
Aku sedikit terharu dengan setiap tindakan dia. Dia juga seorang yang soft spoken. Lembut je bila bercakap dengan aku. Layan je apa aku cakap walaupun kadang² agak merepek.
Semakin lama aku kenal dia, semakin aku rasa selesa dan serasi. Dia juga seorang yang berfikiran terbuka.
Dia tahu sedikit sebanyak tentang agama Islam. Kadang-kadang dia suka bertanyakan soalan berkaitan agama yang membuatkan aku terpana untuk menjawab. Soalan di luar kotak pemikiran aku pun Ada.
Tapi aku cuba menjawab setiap soalan dia sebaik mungkin supaya dia tidak salah faham dengan ajaran Islam.
Tanpa aku sedar, aku mula menitipkan nama dia dalam doa-doaku, dalam sujud-sujudku. Aku rasa dia sangatlah baik dan rugi kalau dia tidak memeluk Islam.
Aku pernah bertanyakan dia Ada kemungkinan ke dia akan memeluk Islam tetapi dia menjawab tidak atas beberapa faktor.
Dia juga pernah bagitau aku kalau bukan sebab agama, hubungan kitorang boleh pergi lebih jauh sebab dia juga selesa berkawan denganku.
Aku hanya diam. Tiada jawapan untuk setiap pernyataan dia. Mungkin diam ialah jawapan yang terbaik. Walaupun di sudut hati aku, aku inginkan dia untuk memeluk agama Islam.
Bukan untuk mengahwini aku, tapi untuk lebih dekat dengan PenciptaNya.
aku dan dia selalu berkongsi cerita. Kami secara tak langsung telah menjadi sahabat baik.
Cumanya aku perasan tiap Kali aku bercerita pasal lelaki lain dengan senior aku ni, dia akan dengar acuh tak acuh je. Lepastu dia akan judge aku. Cakap aku gatal la apa lah.
Ada nada cemburu dalam percakapannya. Aku tak tahulah dia perasan ke tak. Tapi bagi aku memang obvious.
Aku tak faham kenapa dia perlu rasa cemburu. Padahal awal perkenalan aku dengan dia, dia yang bagi warning kat aku kitorang hanya kekal sebagai kawan, tak boleh lebih.
Aku tak boleh jatuh cinta kat dia, and dia takkan sesekali jatuh cinta ngan aku. Aku sahut cabaran dia.
Tapi ni macam dah terbalikkk. Hinggalah pertengahan tahun haritu. Aku bergaduh teruk dengan dia.
Kami tak bercakap selama beberapa bulan. Aku senyap. Dia menyepi.
Last sekali, aku bagitau dia apa aku rasa. Aku cakap dengan jujur apa yang aku rasa terhadap dia. Aku minta undur diri daripada friendship ni sebab aku rasa aku tak sanggup.
Makin lama aku dalam friendship ni, makin aku terseksa sebab aku dah jatuh sayang kat dia. Gila ahhh. Siapa je yang tak jatuh sayang kalau lelaki tu almost perfect di mata kau.
Layan kau dengan baik. Sangat menghargai kau. Terima baik buruk kau.
Lagi-lagi kalau layanan dia tak macam kawan biasa. Layanan dia tu kadang² membuatkan aku tak perlu lelaki lain dalam hidup aku. Sebab ada dia dah cukup untuk aku.
Tapi sampai bila aku nak berharap kat dia? Dia ada kehidupannya sendiri. Aku dan dia pun.
Perbezaan kami bagai langit dengan bumi. Tapi sejauh mana aku cuba menjauhkan diri, dia akan cari aku sebab dia cakap dia tak sanggup kehilangan aku. Dia rela buat apa sahaja asalkan aku tetap di sisinya.
Aku jadi makin keliru. Siapa aku sebenarnya di hati dia? Dia nakkan girlfriend and pada masa yang sama, dia nak aku berada terus di sisinya.
Dia tak fikir ke perasaan aku? Apa yang aku akan rasa? So kitorang buat satu perjanjian.
In case one of us dh jumpa our own life partner, we will stop befriending each other to respect the other side’s feeling.
Sebab bagi aku, aku percaya seorang lelaki dan seorang perempuan memang tak boleh berkawan baik sebab antara mereka, akan ada yang memendam perasaan.
Tu jelah confession aku kalini. Nanti aku update kalau ada part 2.
Terima kasih yang sudi meluangkan masa untuk membaca. Jumpa lagi di sesi akan datang.
– Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suka la baca kisah awak.. nnti sambung tau hehe
Suka la baca kisah awk, nnti sambung tau hehe
Macam ni jer lah dik. Bayangkan kamu punya boyfriend ada kawan baik Perempuan. Sama dalam situasi kamu sekarang. Kau selesa tak kalau boyfriend kau rapat dengan perempuan lain selain rapat dengan kau??? Ingat saja pepatah ini “We get what we give”.
Please jaga perasaan pasangan masing – masing. Jangan ‘normalize’ kan CINTA TIGA SEGI. Biar dia seorang yang TAK NORMAL FIKIRAN, kau jangan libatkan diri dengan orang tak TAK NORMAL FIKIRAN. Jangan buat banyak sangat masalah. MENYESAL TAK SUDAH NANTI!!!
Dik, hati manusia ni Allah S.W.T yang pegang. Kalau adik betul2 sayangkan dia, berdoalah kepada Allah supaya hati dia terbuka untuk memeluk agama Islam dan bertemu jodoh dengan adik..
Hi Ara, sama situasi macam yg sy tengah lalui skrg. That guy is my ex manager, and he is Chinese. Cara dia layan memang lebih dari kawan. Ayat yg my ex manager bagi pun lebih kurang sama. We both hanya sebagai kawan saja and tak boleh lebih. Dia memang ada cakap yg dia ada perasaan sayang tu tapi there is no result. So just be fren.