Sila rujuk confession berikut, (https://iiumc.com/melayu-
Rasanya wartawan bebas keliru antara istilah sosialis dan komunis.
Sosialis ialah satu konsep ekonomi di mana semua warganegara akan bekerja utk pembangunan negara dan hasil kekayaan negara akan dibahagi semula kepada warganegara. Ia adalah lawan kepada kapitalis yg memberikan kuasa pekerjaan dan pembangunan ekonomi kepada golongan korporat.
Komunis pula merangkumi aspek yang lebih besar, ia melibatkan politik, ekonomi dan sosial. Salah satu ciri utama komunis ialah total control oleh kerajaan (politik), sistem sosialis (ekonomi) dan tiada agama persekutuan / ateis (sosial).
Apabila rakyat menuduh dap sebagai komunis, bukanlah bermaksud rakyat menolak polisi ekonomi dap, kerana rata2 rakyat memang mahukan ekonomi sosialis. Tetapi rakyat rasa komunisnya dap itu pada aspek sosial iaitu menolak konsep agama persekutuan.
Kesilapan lain wartawan bebas ialah mengatakan dap parti sayap kanan. Setahu saya sayap kanan maksudnya golongan konservatif dan di malaysia ni tidak lain tidak bukan ialah umno/pas. Malah dap sering kali melabel diri sendiri sebagai leberalis dan liberal ni sudah terang2 maksudnya kiri.
Seterusnya, wartawan bebas silap bila kata parti buruh tidak popular di UK. Mereka pernah menerajui tampuk pemerintahan selama beberapa penggal di bawah Blair dan Brown sebelum dijatuhkan golongan Tories.
Malah sekarang mereka merupakan pembangkang paling kuat dalam parlimen dan saya menjangkakan Jeremy Corbyn akan menang pilihan raya akan datang, hehe…
Wartawan bebas mungkin ingin membuat perbandingan dari aspek ekonomi dalam komunis (iaitu sosialis) tetapi sebenarnya dalam iklim ekonomi dunia sekarang, susah nak jumpa negara yang mengamalkan total sosialis atau total kapitalis.
Rakyat Malaysia mahukan campur tangan kerajaan kerana seperti yang kita lihat banyak masalah apabila golongan korporat terlampau berkuasa contonya isu kos kesihatan yang melampau dan student loan yang cekik darah di US.
Dalam masa yang sama kita juga perlu berhati2 jika semuanya ditanggung kerajaan seperti NHS di UK yang semakin lama semakin tenat dan tak dapat diurus dengan baik.
Jadi saya rasa melabel sesuatu ekonomi sebagai “komunis” sangatlah tidak tepat kerana ada sahaja negara2 liberal yang mempunyai polisi2 ekonomi persis sosialis seperti negara Nordic. (Sistem yang juga dipanggil “social democracy”). Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.
Moga bermanfaat.
– Umar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit