Keliru- Demi kebaikan dia atau demi kebaikan aku ? – 7:46 AM

Keliru- Demi kebaikan dia atau demi kebaikan aku ?

Salam, Harap admin approve confession sy ni. Thanks. Sorry lah panjang sikit haha.

Sy ada story nak share dan nak minta pandangan semua orang. Untuk makluman, Sy bukanlah student Uia tetapi student Ipta lain. btw, saya lelaki. Saya ni bukannya jenis yang alim atau baik sangat, tapi saya biasa-biasa sahaja.

Saya ada berkawan dengan sorang sis Uia ni since 3 tahun lalu iaitu semenjak sebelum dia masuk CFS lagi. Now dia study dekat kampus Gombak. Cerita dia macam ni, mula-mula saya kenal dia melalui Blog dia, kemudian kami friend dekat fb setelah saya add dia. kemudian Instagram. Masa awal-awal tu cuma rapat cenggitu ja, tapi lama-lama kami jadi agak rapat dan dia lah yang selalu dengar luahan pasal segala jenis masalah saya. Masalah kecil ke masalah besar ke, selalu dia yang kena dengar masalah tu semua. Dan dialah yang selalu support jatuh bangun saya. Even kitorang tak pernah jumpa depan2 pun. Contact pun bila ada keperluan sahaja, contohnya bila dia ada problem atau bila saya ada problem. Tak keterlaluan kalau saya katakan yang saya ter-jatuh hati dekat dia dalam diam, saya rasa dia tak tahu perkara ni. Tapi saya takkan bagitahu atau confess minta couple atau seangkatan dengan semua benda-benda tu, sebab saya tahu dalam islam pun kita tak boleh ber'couple'. Kalau boleh saya nak jaga diri saya dan kalau boleh saya nak jaga diri dia jugak.

Sehinggalah november tahun lepas, saya dimasukkan ke hospital akibat demam yang berpanjangan dan doktor bagitahu bahawa saya suspek cancer. Kecewa, takut, bimbang. Semua depression tu hanya Tuhan je yang tahu. Masa keadaan depress tu lah saya ter-cerita pasal benda suspek cancer ni dekat dia. Yelah sebab selama ni ada problem je saya cerita dekat dia. Dia terkejut, dan dalam masa yang sama dia support gila2 dan bagi cheers macam2 dekat saya even semasa dia dalam final exam weeks. Saya suruh dia focus dekat final exam dia, dan saya perlu focus dekat rawatan saya dulu. Dalam masa yang sama memang niat saya nak jauhkan diri dari dia. Tapi tak boleh, macam ada something yang tak benarkan saya jauhkan diri. Rasa berat sangat nak blah macam tu je. Sampai satu masa tu boleh pulak termimpi pasal dia. Masuk ni dah 5 kali saya mimpi pasal dia. Tak tahu kenapa. Paling teruk, bila semua benda yang saya buat rasa serba tak kena. Rasa bersalah tu menghantui saya bila saya jauhkan diri dari dia. Sampai saya terpaksa tipu dekat dia, saya cakap saya dah semakin sihat, dan dalam masa yang sama saya cuba jugak untuk jauhkan diri dari semua orang terutama dari dia. Dan kat sinilah masalah sebenar yang buat saya keliruuuuuu.

January 2016, saya disahkan cancer early stage *masih ada harapan lagi bro*. Tapi dia taktahu pasal ni, saya buat-buat cerita dan pelbagai alasan untuk sedapkan hati dia. Masa ni saya rasa macam dah putus asa dalam hidup, tapi takdelah sampai rasa nak bunuh diri, nauzubillah. Cuma kat sini, yang buat saya keliru ialah patut ke saya jauhkan diri dari dia ? Atau perlu stay buat macam takde apa-apa berlaku? Tak sanggup bro nak tipu dia lagi.

Saya tahu dia menangis, tahu sangat. Sebab dia perasan yang saya cuba jauhkan diri dari dia. Sebenarnya saya jauhkan diri dari dia adalah demi kebaikan dia. I repeat, demi kebaikan dia. Sebab saya rasa, dia tak layak dengar saya bercerita pasal penyakit saya ni. Saya rasa, she deserves untuk hidup happy macam orang lain, happy enjoy cuti etcc semua tu. Happy dikelilingi oleh her family dan kawan2 yang lain. Dia tak layak untuk berasa sedih, risau, rasa bersalah dan nangis2 semua tu.

Persoalannya kat sini, rasa bersalah tu menghantui saya sebab saya main 'blah' macam tu je. Saya tahu dia sedih sangat2. Tapi saya buat semua ni demi kebaikan dia. Tapi itulaaaaaah rasa bersalah sangat2 ni. Saya rasa saya macam salah buat keputusan. Sebab saya rasa saya dah lukakan hati seorang perempuan. Hati perempuan kan rapuh.

So gaisss macam mana ni ? Keliru lah.

– I still care

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *