Aku seorang abang kepada 4 orang adik. Dahulu isu ini tidak timbul. Mak bekerja sebagai seorang ustazah di sekolah rendah. Masalah bermula apabila kami berpindah ke sebuah negeri baru. Mak juga bertukar sekolah. Di sekolah baru, mak berkenalan dengan seorang ustaz yang juga mengajar di sekolah itu. Ustaz tersebut meninvite mak ke group whatsapp sebuah jemaah (wahabi). Mulai dari saat itu, idea dan pegangan mak berubah. Segala permasalahan akan dirujuk ke dalam group itu. Ayah juga dimasukkan ke dalam group itu dan akhirnya juga turut berubah. Dalam pada itu, saya cuba menasihati dengan memberikan list ustaz yang dikatakan wahabi kepada mak, tapi mak tidak mengendahkan. Mak cuba menunjuk ajar anak-anak dengan fahaman baru tetsebut. Saya memang tidak terusik tetapi adik-adik sudah mula terpengaruh.
Pada satu ketika, kami pulang ke kampung rumah nenek untuk berhari raya. semasa kami sekeluarga berjalan-jalan di kota mencari barang, kami berhenti untuk makan. Pada ketika itu, sudah hampir habis waktu solat zohor, tetapi mak kata mak tidak solat dahulu kerana mak jamak solat zohor dan asar. Setahu saya, mak telah 7 hari di rumah nenek, maka mak tidak boleh jamak lagi. Adik juga kebingungan, saya berkata tidak boleh jamak lagi kerana kita sudah dikira menetap sebab telah melebihi 3 hari dan memang dalam perancangan kami akan duduk di rumah nenek selama lebih 8 hari. Mak kata jamak boleh 18 hari dan ia sohih. Saya kata ustaz azhar idrus dan lain-lain ustaz tidak pernah kata jamak boleh lebih sehingga 18 hari. Dalam kitab fiqh assyafie juga tidak disebutkan jamak boleh sehingga 18 hari. Itu satu tentang fiqh.
Ini pula berkaitan aqidah. Mak dan ayah ada membuka facebook seorang ustaz. Mak lihat isteri saya ada like facebook ustaz berkenaan. Pada waktu makan tengahari, mak berkata pada isteri yang ustaz itu tidak betul kerana mengatakan Allah wujud tidak memerlukan tempat. Saya tidak tahan lagi dan saya tidak tahu untuk berbuat bagaimana. Mohon bantuan dan cadangan.
– Abang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit