keluarga malu sebab tak sambung belajar

admin hide tolong hide nama,penat aku pikir kod rahsia nak letak dekat nama tu.

aku lepas spm tak sambung belajar, terus kerja dgn meniaga sikit2. ada la sebab2 aku xsambung yang pasti bukan sebab aku malas tahap nak mam.

boleh la lepas minyak keta, hal rumah sikit, hulur orang tua sikit, simpan sikit2.

satu hari aku balik kerja, mak aku cakap dia jumpa dgn mak budak sekolah aku dulu.

anak dia dah dok German pastu mak dia tanya aku dok mana, mak aku tak jawab.

dia kata dia malu. anak orang lain sibuk belajar, aku sibuk kerja.

aku diam ja. aku cakap "dah takpa la rezeki depa kat sana..rezeki kita sini.Asal halal.."

haritu aku puasa. serta merta aku kenyang sampai ke esok..(tipu ja..aku mencekik gak malam buta tu)

tapi ekceli,aku tak pernah rasa marah pun mak aku cakap lagutu tapi aku sedih dengan diri aku sendiri.

aku tau mak pak aku hanta sekolah penat2 mesti la nak aku berjaya macam adik beradik aku hat lain. tapi apa ja aku dapat..

mungkin sekarang aku anak "looser" tapi aku harap sangat satu hari aku boleh buat mak pak aku bangga.

doakan aku boleh bawa mak pak aku pegi mekah na. doakan aku boleh bagi semua apa yang mak pak aku nak..sebab aku tau mak pak aku banyak berkorban tak pernah nak hidup mewah even mampu sebab dia lebih utamakan anak2.

mak pak, anak sayang mak pak. dunia akhirat. maafkan anak..

p/s ;
ada tak yang sama dengan aku?
apa korang buat? jangan kata ko tak sambung belaja sebab gatai nak nikah/malas pastu dah tu malas pulak nak cari alternatif lain, setakat kerja makan gaji ja..aku terajang sat lagi.

engkorang yang belajo tinggi melangit jangan dok kecam sangat, aku tauaku tak berpelajaran tapi bab taboh orang aku berpelajaran gak.

kbai

– 9121

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Dik, akk sbnrnya kagum dgn adik sbb adik ambil keputusan hala tuju hidup adik. InshaAllah lama2 family akan faham. Mungkin kalau adik bincang apa plan kehidupan adik dgn mak n ayah, maybe pndgn diorg akan berubah. Wlpn adik x sambung bljr, x bermaksud adik x perlu cari ilmu. Cthnya ilmu berniaga ataua apa2 skill la. Ilmu ni kita boleh dpt kat mana2, x semestinya nak smbg bljr prgkt tinggi je. Akk doakan niat murni adik tu di kabulkan Allah…aminnn..

  2. Kita sama la…tiap kali nak sambung blajar ada saja halangan… smpi sekarang pun still ada semangat nak study ni….tapi takpa la tadak rezeki kot tu dia mai kot lain (ayat nak sedapkan hati ja

    • Belum terlambat aien.kalau nak sbg.belajar baik ambi yg.menggunakan skill. Ada rezeki buat berniaga sendiri.ini cuma cadangan sj.

    • Thanks Ele Reba i mmg meniaga jgk skrang ni blajar tak tgi gji sikit so kena pikir utk tmbh lg pendapatan…dah lama tak nmpk you ????

    • Yea sy.pun dah lama tak nampak km.sy.ingat km.dah pindah.km.masih kerja tmpt.lama ke berniafa sj.sekarang.? Samalah berniaga sikit2. Belajar tak tinggi tak apa9 selagi ada kemahuan di situ ada jalan. kalau bljr.tingi2 tp.tak dpt.kerja yg.setimpal .kadang2 sy.kasihan jg.tgk.kawan2 tp.nasib seseorang /rezeki tu di tgn.tuhan

  3. Letakkan satu target dlm tempoh 5 tahun, apa yg bro/sis nk capai. Go for it. Buktikan pd famili. Buat apa yg kita suka. Banggakan famili dgn kejayaan kita, jika bkn dlm pelajaran, mgkin dlm bisnes. :)

  4. Hang tak sambung belajar pun, aku sure hang boleh berjaya. Banyak weh pahalaa hang boleh dapat sebab jaga mak pak hang. Takpe bro, hang keja apa pun yang penting halal bro. Semoga hang berjaya dunia akhirat bro. Jangan hang takut , rezeki Allah pasti datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *