Keluarga Su4mi Terpaling Alim

Mereka akan kata… Baik orangnya… Bagus alim… Pergi masjid buat taklim… Tapi bila ada ceramah ustaz lain lari juga… Suami aku dulu…

Siapa yang tahu, tak duduk sebilik tidur sebantal, lelaki yang nampak alim dari luar sebab pernah ikut jemaah beserban berjanggut, itu hanya luaran..

Lepas dia ikut jemaah dia simpan janggut, aku suka lelaki berjanggut baru nampak lelaki tapi kalau dah panjang serabut, lain macam.

Jika dia betul alim tak apa, ni dengan janggut berjubah hisap rokok, nak kata apa. Baca bismillah ke hisap rokok tu, aku rasakan yang suka makan asap ni berkawan dengan jin..

Dia akan marah kalau aku keluar rumah walau sekadar siram pokok bunga tak pakai tudung labuh… Tapi… Dia sebenarnya suka tengok video yang orang tak pakai apa tu boleh pula..

Aku dah pakai tudung bidang 60. Dia nak aku pakai tudung labuh tutup punggung macam ustazah ah tapi labuh lagi.. stoking wajib..

Purdah pun dia nak aku pakai sebab keluarga dia memang budaya begitu tapi aku kata aku tak selesa sebab aku kerja pejabat.

Hairan juga aku malu pakai purdah sebab aku kagum dengan pempengaruh Fyen Jamal dan artis cantik Nelofar dari seksi boleh berhijrah berpurdah.

Sebab aku katalah purdah tak wajib dan aku tak cantik jadi jangan susahkan ikut syariat..

Dia marah aku, kata aku ni menjawab.. menyesal kahwin dengan aku, adik angkat dia tu lagi lawa lagi baik walaupun dah ditebuk tupai.. Dia banyak adik angkat perempuan. Bohsia.

Keluarga dia memang terpaling alim dalam kawasan perumahan tu… Ayahnya berjanggut panjang dan emaknya berpurdah… Adik beradiknya tiga masuk madrasah, tiga sekolah biasa.

Yang tiga madrasah tu mulanya aku rasa yang terpaling alimah lah rupanya tidak…

Merekalah yang paling sedap mengata orang, paling beli benda subhah.. sekarang buat perniagaan sunnah tapi ada sedikit perguna nama untuk anak tahfiz..

Kerana terpaling alim, terpaling baik, terpaling rajin, terpaling kaya, aku tak boleh terima orang golongan A++ ni, aku bodoh sikit, malas sikit, miskin sikit…

Eh, tak bolehlah asyik terasa hati je duduk tepi pintu.. Nangis hujung bucu katil memerap tak keluar ke dapur sebab tak tahu nak masak apa… Huhu. Lapo.

Sungguh mana masuk.. Aku extra introvet plus anxiety. Bukan tak pandai masak tapi bila duduk rumah orang jadi janggal. Mereka masak jenis merewang lepas subuh dah ke dapur, aku bangun lambat.

Mereka sembang bab ulama, bab kitab… Sebab aku bodoh aku macam tak tahu apa.. Mereka sembang macam aku tak ada, baik aku tak payah ada. Aku suka duduk majlis ilmu tapi bukan jenis ni kot.

Mereka masak macam macam kalau aku usik nak tolong jadi salah, lari rasa.. kemudian mereka sindir kenapa tak sedap biasa sedap..

Satu hal lagi, suami mereka kaya boleh beli macam macam pergi sana sini, suami aku tak ada duit.. malu… Malu nak duduk sekali…

Disebabkan keluarga suami aku tu terlalu alim tersangat A, aku tarik diri untuk selalu ada.

Waktu semua berkumpul balik kampung sebab aku ni tak sama rentak aku rela tak balik.. Malu lah macam tak tahu apa tak pandai apa, mereka baik je tapi aku ni yang rasa rendah diri.

Untuk tidak terlalu lama keruhkan keadaan mereka pun dah benci sikap aku, aku minta dilepaskan dari kelompok mereka. Aku nak hidup cara aku, sederhana…

Aku tak salahkan mereka, ini salah aku. Aku tak boleh duduk dengan keluarga terlalu alim sempurna.. Aku tak suka dihukum dihina..

Tapi macam yang aku katalah.. itu luaran. Sama macam media sosial itu luaran. Tunjuk yang baik saja.. siapa tahu apa masalah dalaman.

Syukur mereka dah tak kecewa tengok kekurangan aku dan aku dah tak pening fikir nak jaga hati mereka.. Aku nak jaga hati aku dan keluarga aku je..

Aku tak sempurna tapi mencari insan yang mahu menyempurnakan.

Terima kasih. Salam sakinah, mawadah wa rahmah.

– Rahsia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *