Keluarga tak solat

Assalamualaikum semua. Niat aku bercerita bukan nak buka aib keluarga aku, tak. Aku tak tau dah nak cerita dekat sapa. Sebab aku tak tau nak cerita macam mana. Aku rasa macam manusia paling munafik. Tolong nasihatkan aku ye, aku tak kuat.

Aku student perempuan dekat uni tempatan. Umur aku 22. Aku ni dilahirkan dalam keluarga yang aku tak tau la nak cakap mcm mana. Nak kata senang, selalu je parents aku takde duit. Nak sambung degree hari tu pun merata2 mak aku cari dana. Mintak baitulmal, mintak derma sana sini. Last2 mak aku gadai gelang emas dia kat kedai cina. Depan aku cina tu potong gelang tu. Pengorbanan mak. Sedih wey. Masa tu mak aku tak kerja. Then bila masuk sem 1 mak aku ckp dia nak kerja cleaner. Hancur hati aku. Sbb aku kesian. Mak aku dah dekat 50tahun. Baru terkial2 nak start kerja.

Bapak aku pulak, dia kerja driver utk satu company ni. Dia selalu sakit2 sekarang. Satu je bapak aku ni, dia boros. Mak aku selalu mengadu kat aku bapak aku gaji dgn OT dekat 3k, tapi dia bg kat mak aku 1.5k je sebulan. Duit tu la buat belanja dapur, duit tu jugak lah bayar bil. Lps tu bila tgh2 bulan bapak aku mintak belanja dari mak aku hari2 pulak. Tak tau mana pegi duit yg lebih. Sbb tu mak aku decide nak keje.

Jgn salah paham. Mak bapak aku memang baik. Apa kitorg nak semua dapat, walaupun lambat ataupun kurang sempurna. Cumanya, dorang tak solat. Dorang pun tak penah marah ke apa ke kalau kitorang adik beradik tak solat. Aku anak sulung btw. Bapak aku cuma berapa tahun kebelakangan ni dah start solat. Dia belajar mengaji, dgn solat. Itupun dah akhir waktu baru nak solat. Ok lah dari takde.

Mak aku pulak, lagi lah. Tak solat terus. Mak aku selalu sakit2 dan sbb penyakit dia tu, dia selalu terkencing tanpa sengaja. Dia mmg tak dpt tahan. Seluar dia selalu bau hancing. Sejak dpt penyakit tu mak aku mmg tak solat langsung.

Aku pulak, duduk rumah sewa dgn kwn2 uni aku. Dorang mmg solat semua. So aku pun taknak la jadi the odd ones, aku pun solat la sekali. Tp bila dorang takde, aku jadi malas nak solat. Allah. Apa lah perangai aku ni. Quran jangan citer lah, susah betul aku nak pegang. Ada sekali tu kwn aku tegur yg aku jarang or tak penah mengaji. Aku pun tak penah terpikir pasal nak mengaji. So aku jadi malu. Jadi sentap. So sem dpn tu aku start mengaji. Aku tak tau la aku mengaji tu sbb aku malu dgn kwn aku ke ataupun sbb aku ikhlas. Lebih teruk lg, bila cuti, aku tak solat langsung kat rumah. Aku kembali dengan habit lama aku. Sbb takde org tegur. Quran mmg tak lah aku nak pegang.

Aku rasa kecewa dgn diri sendiri. Adik2 aku pun dah lama aku tgk tak solat. Aku nak solat, aku mmg rasa bersalah. Ni bulan Ramadan ni aku rasa setan tu mmg betul2 dah train aku baik punya. Sampai aku rasa berat sgt nak solat. Aku terfikir jugak. Maybe sebab aku satu family tak solat sbb tu kitorg hidup susah. Sbb mcm tak berkat.

Dari segi study, org pandang aku mcm pandai sbb aku cepat tangkap. Tapi bila exam aku selalu careless or tak leh jawab. End up aku tak score mana2 paper. Tak penah dean list. Semua org hairan. Kot. Haha.

Tlg la aku bg tips mcm mana nak bg aku dgn keluarga aku bg rajin solat. Kdg2 tu bila ada family gathering aku malas nak pg. Sbb aku punya family tak solat. Aku malu. Harini family aku berbuka dgn nenek aku. Nenek aku byk kali tegur suruh kitorg solat, dia kata tak berkat puasa kalau tak solat. Tp bapak aku je yg solat. Bukan aku tanak, tp aku tanak family aku fikir, dpn nenek aku aku solat, padahal dekat rumah, haraaaaaaaammm. Sekian.

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

22 Comments

  1. syukur dah pandai solat tu. solatlah.
    kat hostel tanpal peringatan hukum tak solat bagi setiap waktu tu. baru beringat sikit. mengaji pn tahu. bagus tu.

    careless mgkin sbb Allah nak awak berharap pada Dia.
    kang.

    dah x solat. bijak plak tu. nanti bajet plak.
    haha

    so. kembalilah solat.
    dalam solat tu. doakan ibubapa sekali.

    Allah yang pegang hati2 deme
    lau nenek suruh solat. pergi lah solat.
    walaupun orang judge. akak solat sebab nenek suruh.

    sekurang2nya lepas satu dosa x solat..

    paksa paksa dulu
    ikhlas ikhlas kemudian
    insyaAllah.

    paksa sampai jadi biasa
    nanti ikhlas lah.

    all the best dik
    moga jadi mukmin berjaya dunia akhirat

    kak sulung tu bonus
    untuk create suasana family
    nanti adik2 tgk akak solat. adik2 akan tgerak nk berubah mcm mana kakak berubah.

    biar kita start dlu.

    eh. panjang nye komen
    k. dah habis. haha

  2. Solatlah walau terpaksa. Mungkin dgn rase terpakse tu akan dtg ilhlas satu ari nt. Dlu ak pn mls, then ak tertanya2 knp dgn aku ni, mase study pn dpt roomates semua memg x solat, yg sorg tu ak pnah la npak dy solat sekali 2, yg lg 2 org tu lgsh x pernah, so lg ak mls. Padahal mak abah ak rajin solat, complete 5 waktuu. Jadii, ade satu ari tu ak terbaca, ape pon keadaanye, solatlah walau terpaksa, mungkin dlm terpaksa tu nt dtg ikhlas. Goodluck babe ! Try harder k

  3. Slow2 sis, yg penting solat dulu sis, lepas dah rasa berat nak tinggal solat, rasa berdosa, try baca quran pulak, tak baca surah2 panjang pun xpe sis, baca juzu amma je, yg penting slow2, nnti tak terbiasa, dan kita akan rasa berat nak buat sume tu last2 tinggalkan balik, yg penting solat sampai rasa berdosa kalau tak solat, and the rest motivatekan diri sekali, cakap la, aku mampu buat, aku kuat dan sebagainya. May Allah bless you sis. The first timer always the hardest, Alah bisa tegal biasa :D

  4. Puasa tapi tak solat. Amalan baik kita tergantung kalau tak solat. Solat dosa yang paling besar selepas murtad. Dalam kata lain, tak solat satu waktu dosanya lebih besar dari berzina, mencuri dan lain lain lagi. Try bayangkan sehari 5kali tak solat . Berapa dosa besar dh dapat? Kalau sorang tuh berzina sehari 5kali tapi solat 5waktu dan situasi kedua dia tak berzina tapi tak solat 5waktu. Yang mana lagi teruk? Renung renungkan lah ya.

  5. Alhamdulillah awak patut rasa bersyukur sebab Allah hadirkan rasa bersalah dalam diri awak sebab meninggalkan solat.Berdoalah kepada Allah semoga sentiasa diberi petunjuk dan hidayah kepada diri sendiri dan keluarga agar dapat menunaikan solat 5 waktu.

  6. Akak,gunakanlah hari yang berbaki dalam bulan Ramadhan ni dgn muhasabah diri sebaiknya. Sebanyak amalan yang lain kita lakukan, walau kita tak solat, amalan lain tu ibaratnya akan burn macam tu shj. Sayangkan? Coz solat inilah perkara yg pertama yg Allah akan soal di akhirat kelak. Sye nasihatkan,akak kena cuba balik cari apa tujuan yang sebenarnya kena tunaikan solat ni ? Cuba dalami dan fahami ilmu-ilmu berkaitan solat supaya ilmu tersebut akan menambahkan kefahaman akak untuk bersolat :) Cuba tunaikan solat tu dgn keadaan diri yang rasa hina, anggap kita ni nothing tanpa Allah ?! Fikir Allah dah bagik banyak sgt dah nikmat kat kita, kenapa perlu bongkak utk bersujud dan bersyukur kepada Allah ? Ingatlah yang solat tu merupakan tanda hadiah kita kpd Allah atas segala nikmat yang Allah dah kasik kt kita .

  7. Dekat kan diri dengan orang orang yang baik dan why not pilih sorang kawan awak untuk bimbing awak . awak boleh luah kan dekat dia . Semoga Allah permudahkan segala urusan awak . Teruskan usaha Dan teruskan berdoa . Doa anak kepada ibu bapa terus sampai

  8. Solat ni memang kena paksa diri.tak suka macamna pun,malas tahap syaitonnirajim pun kena buat jugak.

    Tak susah pun nak solat ni,anggap je tu tanda terima kasih kita pada Allah.
    Logik r kan,orang bagi ko hadiah ko ucap terima kasih tak?lebih kurang macamtulah.

    Jangan salahkan syaitan klow kte malas nak beribadah.dah memang keje dia hasut manusia.keje kita kena lawan hasutan setan2 ni,buat benda2 baik.

  9. Betul. Solat kene paksa pada awlnya in sha Allah kemudiannya akan jd ikhlas. Mula2 walupun buat akhir2 waktu. Lepas tu pelahan2 mula awl waktu.

    Nak kongsi satu cerita.
    Masa saya jd fasi di masjid negeri, ada pesrta dr johor. Dia confess yg famili dia tak solat. Tak tutup aurat, tp lepas dia join progm masjid dia dpt kesedaran tu. Then dia berubah utk solat dulu. Walau masa tu famili dia tak solat. Dia kata mmng dia rasa malu sbb famili dia tngk dia pelik. Smpi perli lg.” Eleh kejab je tu” tp dia ttp istiqomah. Lama2 sorg2 ikut dia solat. Mula2 mak dia, then adik dia, dn sekarg satu famili da boleh solat sama2, siap prgi surau lg solat jemaah. ( Alhamdulillah ). Kemudian dia pelahan blaja tutup aurat. Dan Alhamdulliah dpt feedback positif dr famili.dn now mak dn adik2 perempuan dia da tutup aurat.

    Terkejut cmpur syukur gak bila jumpa dia dekat mall bru2 ni. Dan dia cerita kisah famili dia dgn penuh rasa bahagia skrg.

    The point is, bila sis nak berubah jgn peduli apa org nak kata. Sis berubah dulu in sha Allah famili sis yg lain akan menyusul. Sis doa bnyk2.

  10. Hmmm..sis lebih fikirkan pandangan manusia dr pandangan Allah…kalau sis nk buat, buat je sis…xperlu tunggu org lain suruh atau sebab malu…kerana, SOLAT ITU WAJIB ke atas orang Islam….haa…kalau sis rse solat tp x ikhlas, xpe teruskan…pahala dpt ke x tu kiraan Allah…yg penting buat solat tu, dosa mungkin tak ada…wallahualam…

  11. paksa diri solat, jahat macamna pun kita banyak dosa manapun kita solat. Guru selalu pesan solat solat solat dan solat, first memang akan rasa terbeban tapi lama-kelamaan kita jadi takut untuk tinggalkan solat. Yang penting usaha, kalau tiada usaha Allah pun tiada bagi jalan keluar buat kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *