Assalamualaikum semua.. Maaf kalau ayat aku berterabur dan memeningkan. Aku tak pandai nak berkarang sangat hahahaha.. Aku cerita dari mak ayah dulu lah ya.
Aku Nur berasal dari KL berumur 32 tahun (bukan nama dan umur sebenar).
Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, aku dibesarkan bagai tatang minyak yang penuh. Takde cacat cela pun, kasih sayang, pakai, duit semua cukuplah.
Tapi aku ada mak ayah yang jenis orang nak kena dengar cakap dia je. Melenting jangan cakap small things pun nak tempik. Tak kisah depan orang ramai pun masih kena ya.
Kadang tu rasa macam eh kenapa? Bukan tak buat cuma kadang tu nak berehat 5 minit je pastu dah kena marah.
Aku seorang anak yang memang dengar je cakap mak ayah aku semua benda aku akan ikut mungkin ada la benda yang terpesong sikit kan biasalah muda sikit.
Tapi tu lah.. Bila kita dah terbiasa macam tu, bila aku dah berkahwin aku masih kena dengar cakap diaorang sedangkan tanggungjawab dan peranan aku sebagai isteri tu kena dengar cakap suami kan?
Tapi tidak ya. Musnahkan sangkaan korang. Kalau aku dengar cakap suami nanti mula la diaorang buat muka.
Kita ni tau mak bapak kita tak cakap tapi dok jaja kat adik beradik lain pastu sorang datang bagitau oh mak ayah cakap macam ni macam tu. AKU PENAT!
Mak aku pulak kalau orang lain jumpa ‘eh mak kau baik je, mak kau ok je, dengarla cakap dia mak kau baik.’ Allahuakbar takkan dia nak tunjuk perangai sebenar kat orang kan?
Kita jumpa mak mentua pun kita acah acah konon ayu? Konon terpaling sembahyang cukup 5 waktu kan? Terpaling ya makcik saya akan jaga anak makcik macam mana mak saya jaga saya.. Ahhhh sudah lah hahahahaha.
Lepastu mak aku ni drama queen. Aku kerja kadang tu tinggalkan anak aku kat dia sebab pengasuh ada benda penting nak settle.
Sharp masa aku balik ha mula la cakap budak tu nangis nonstop budak tu itu ini buat perangai la, padahal anak aku OK. Kita tau anak kita macam mana sebab kita hadap dia bukan orang luar.
Entahlah diaorang tak faham kita bekerja dengan orang, masa dengan keluarga pun kadang ada takde. Cuti sesuka hati nanti lama lama kena buang kerja kan? Dengan keadaan aku yang tak berapa sihat ni aku terasa macam diguna gunakan oleh keluarga.
Mana dengan jaga anak, mana nak jaga suami, mana nak kerja dengan orang, dengan tak sihat. Suruh datang rumah harihari kena kemas rumah, masak, tolong jual makanan, pergi sana sini. Baru nak rehat dah kena buat kerja.
Aku tunjuk malas sikit dah kena tengking. Aku penat tau SEBENARNYA. Bukan main main punya penat. Dengan nak hadap dengan kakak yang toxic lagi!
Jenis ayah aku pulak sayang sangat dekat anak aku mana mana aku nak pergi nanti mesti dia suruh tinggal. Kami ni jenis tak nak susahkan mak ayah sebab diaorang dah tua beb 70++ tapi masih bekerja sebab ada business sendiri.
Alhamdulillah mereka sihat tubuh badan dan kuat! Tapi tu lah kita tinggalkan anak kat mak ayah orang lain pulak buat muka TAIK!
Jangan disebabkan perangai lama aku yang orang sibuuuuuuk jaja cerita tu kau lupa kebaikan yang aku pernah buat. Anak anak kakak abang aku jaga masa aku single dulu..
Lepastu bila diaorang dah besar panjang aku tak boleh bawak diaorang jalanjalan? Mula la buat muka ya.. Ingat aku ni bodoh nak suruh bebudak tu buat bebukan? Aiyoooooo…….
Seriouslaaa. Aku bukan makcik pakcik yang pengaruh anak anak menakan buat bebukan. Aku larang lagi adalah. Yang sorang benda tak kena buat muka. Yang sorang lagi? Korang takkan percaya apa yang dia dah buat.
Aku sebenarnya tak nak cerita takut ada yang terasa. Tapi aku nak bagi warning benda ni ada aku tukar tukar sikit ya. Maaflah nanti diaorang terbaca aku pulak yang kena.
Ok macam ni. Aku tak pernah percaya yang mulut dia longkang suka FITNAH, TAMBAH CERITA dan BURUKKAN adik beradik sendiri.
Aku ni jenis adik beradik aku rapat ada masalah sikit cerita TAPI TAK SEMUA. Mungkin kadang tu terlepas cakap so cerita je lah.
Ya masa muda mudi kita ada zaman jahiliah masing masing kan? Aku tak cakap aku baik. Aku memang bukan orang yang baik pada aku lah.
Suka pergi club, merokok, minum arak, dadah, suka curi barang dan lainlain lah. TAPI TU DULU. Aku tak buat dah sejak aku berjumpa dengan suami aku.
Aku stop semua benda dalam masa yang sama. Siapa cakap tak boleh stop? MENTAL KENA KUAT! Lagi lagi kalau kau dah terjerumus dalam DADAH.
Mental kau kena set. Letak dalam KEPALA OTAK, aku boleh dan paling penting SILA JAUHKAN DARI MANUSIA YANG BEGITU. Zaman sekarang ni susah sebab kita ter sangat please orang.
Kita ikut cakap orang, orang suruh hisap dadah kau buat kau ikut. Orang suruh kau merokok kau pun ikut sebab tak nak kena palau. Pergi mampos dengan orang macam tu.
Back to story.. Selepas aku berkahwin macam biasa aku dan suami buat hal sendiri. Tapi yelah kalau orang dah jenis BUSUK HATI dia cakap kat kakak aku yang lain, jauhkan lah dari Nur tu.
Dia bukan baik sangat, haritu kantoi dengan akak dalam bilik dia ada pekakas hisap dadah. Ha lepas dah kahwin tu sibuk nak menyewa kat rumah condo. Bukan ada duit pun Nur tu.
ASTAGAAA. Yang kantoi tu benda dah lepas sebelum aku jumpa suami aku. Aku pun dah bertaubat dah. Aku fikir mak ayah aku je, kalau kantoi macam yang lain macam mana?
Keluar masuk balai mak ayah yang tanggung. Tapi aku ni buat hal sendiri. Aku kantoi pun aku hadap sendiri SATU SEN pun aku tak minta orang. Aku tak minta tolong sorang pun dalam adik beradik.
Orang cakap salah orang kita nampak, salah sendiri buta. Tu baru mulut puaka. Belum lagi laga laga kan keluarga sendiri dan sihir kan adik beradik sendiri? Yaaaaaa korang mesti terkejutkan wujud ya manusia macam ni dan tak mampos mampos lagi.
Salah seorang dari kami terkena. Bila jumpa ustaz dia cakap keluarga sendiri buat dan abang aku sendiri tahu sebab ustaz suruh mereka jauhkan diri dari ‘dia’ tu. Ustaz tak bagitau direct but mereka tahu sendiri dari segi ciri ciri yang ustaz tu bagitau.
Dah aku penat nak menaip ni nanti ada masa Nur cerita lagi ya kalau dapat sambutan lah hehehehe. Korang doakan Nur kuat ya nak hadap dugaan yang Allah bagi ni.
Sekian dari,
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit