salam.
keluarga aku boleh dikatakan konservatif. or dalam bahasa lain tradisional, or orang sekarang kata..kolot. membesar dalam keluarga konsrvatif serba sedikit menjadikan aku pun sedikit konservatif. by the way, aku perempuan.
selama aku hidup, aku tak pernah rasa apa yang orang rasa. yes, aku ada mak n abah yang baik, cukup ilmu agamanya alhamdulillah. takda masalah dari segi harta. serba serbi cukup. tapi satu benda yang aku nak sangat rasa; kebebasan.
aku tak pernah bersukan selain daripada p.jasmani dekat sekolah. sebab masa zaman sekolah parents kata benda tu xpenting untuk aku involve.mereka kata itu kan sukan lelaki.. so, bila masuk u aku jadi segan nak bersukan depan orang, dengan keadaan satu sukan pun tak tahu. even kena lari 100m pun aku segan. dalam hati teringin sangat nak bersukan lasak macam perempuan lain, hoki, futsal.. tapi sebab tak biasa dan parents pun tak bagi sampai sekarang..
aku ada satu hobi, berjalan dan meneroka. bila aku pergi satu-satu tempat, aku suka tengok keadaan orang, sekeliling, cara diorang hidup n so on.. aku suka pergi kedai-kedai lama, perpustakaan lama.. tengok buku-buku lama.. dan aku ada satu cita-cita iaitu mengembara solo. sebab, minat aku ni orang xsuka. setakat ni aku xjumpa kawan-kawan aku yang jalan setakat nak tengok orang n cara hidup. yes, tempat-tempat cantik pun aku suka tengok, tapi to see the culture is my biggest interest. jadi, dalam hati aku, teringinnn sangat nak berjalan solo kat tempat2 aku sebut tadi.. tapi, parents aku tak bagi.. bahaya sebab aku perempuan katanya.. well, zaman sekarang kan trend perempuan travel solo..aku jadi sangat2 jeles dengan diorang sebab why their parents can understand them but not mine?
hiking pun aku teringin.. panjat gunung, panjat bukit, tengok langit.. masuk hutan sana sini tengok air terjun.. tapi, parents aku xpernah kasik.. alasan yang sama.. aku kan perempuan..
lama-lama, aku jadi takut nak buat semua ni..hidup aku just untuk good result and rumah..aku hanya keluar rumah dengan parents.. tak berani nak buat satu benda sorang-sorang.. sampai satu masa aku ada doa, Ya Allah, aku nak kawin so laki aku boleh bawak aku pergi semua tempat yang aku nak tanpa parents aku risau and the cannot say no anymore..hahaha.. tapi, itu mustahillah sebab aku ni dengan lelaki pun xberkawan sangat, apekan lagi nak jumpa jodoh.. lagipun, lelaki mesti rasa perempuan macam aku ni membosankan. takde ape yang menarik. ok out of topic plak.
aku harap sangat parents aku bagi aku kebebasan sikit.. especially part travel solo tu.. aku tau dorang bimbang tapi aku dah besar kot… i never hated my family, even sometimes i wonder why they cannot be like others parents.. yang semua anak dia buat boleh.. guys.. maybe korang boleh bagi aku idea to slowtalk, or anything for me to feel free.. sebab aku sebenarnye sangat penat tak boleh buat apa aku suka.. and one day, if i have the chance to become a parent, i dont want my children to be like me..
tq
#snowwhite
– snow white
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Gl. :) Ibu bapa di dahulukan. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kamu sekeluarga.
Pg travel dengan ibubapa
pelik, family dah cukup bahagia pun tak nak bersyukur? banyak lagi confession lain, parents cerai berai, abang tak bertanggungjawab asyik minta duit pada emak, selalu kena pukul, family kucar kacir tak ada pegangan agama yang kukuh… yang hang ni pula duduk complain pasal tak boleh nak travel solo???! bersyukurlah dapat family penyayang dan amat take care pasal hang lol, tak faham aku ada manusia macam ini, hang ingat parent hang nak kongkong hang sampai bila? diaorang tahu la masa bila sesuai dah anak sendiri, nanti bila hang dah ready dah kawin semua pi la travel puas puas.. pastu jangan pula post kata rindu family lah semua tu
Jangan la ckp macamtu . Kita takde kat situasi dia , kita tak tahu apa dia rasa . Kalau aku ada kat tempat dia pun rasa kosong je , sumpah bosan .
part travel sorang utk zaman sekrg please “jgn”.. bhaya.. dan bersyukur.
Kan best kalau sy kenal awk dlm real life sbb sy pon sama mcm awk, teringin nak mengembara n buat aktiviti lasak. Yes, mmg betul duduk dekat rumah n hidup utk dpt good results je sngt membosankan haha. Sy pon harap dpt suami yg boleh bwak sy jln2 tp tulah dgn laki pon sy jarang bckp haha.
Dlm islam pn xsyorkn pmpn jln sorg2 tanpa teman.U should be thankful hv parents like them.. Alhmdulillah.1 more thg so call konservatif is not boring at all. U r wt u thnk u r. Just enjoy time with fmly now. Later u ll realize insyaAllah
Pm me.nti i bwak u travel n hiking same2.
Don’t worry.pasti ada hikmahnya..
My parents yang bukan jenis conservative sangat pun tak bagi I travel alone. Everytime I travel for fun/work, my parents ada my friends/colleague punya numbers and also flight details. Diaorg akan hantar and jemput I kat airport. Your parents are like that because they love you and care about you. Suruh your parents carikan jodoh.
Baca buku. Economy skrg bukan stabil. Save your money on education and investmebt. Bazir duit je travel lewlz.
Oooo…ok esk g hiking g..sile2…g g..
Nk travel alone pasai pa.. cari la kwn2 yg suka travel… pi sama2… x pon ajak family sekali… mereka begitu sbb mereka syg,,,
Saya juga bila travel ska tgk culture org…malah saya sanggup spend 2 hari meneroka sebuah muzium/istana lama. Malangnya, belum jumpa geng sekepala yg suka explore muzium hahaha
nanti.dah jadi parent u will know why they did that ..OK.
Org yg dok marah2 ni x paham maksud dia ka. Dia bukan x besyukur dgn parents dia. Dia bukan merungut bnda x penting kat kita. Dia tnya PENDAPAT dan mntk IDEA. Jgn la nak marah sgt, amboih xleh ditanya lgsung. Dia ada keinginan. Dia ada cita2. Dia ada hobi. Dia tu manusia.
Utk confessor, kita punya minat yg sama. Jenis yg suka dig knowledge baru, sentiasa ada perasaan ingin tahu. Suka bnda2 vintage. Suka merantau. High5 kita boleh geng.
Sy pon xboleh bebas sgt. Apatah lg both of my parents ni polis. Adik bradik sy pon ada yg anti dadah, keje penjara, polis. Sgt2 protective I tell you. Bukan salah dorg, kalau sy jadik dorg pon sy akan jadik protective.
Tp sekarang sy berjaya buat dorg bebaskan SIKIT dan dapat jadik independent skrg sejak sy masuk college. First time sy dapat hiking, first time sy dapat jalan2. At first sy buat semua dgn kawan2. Patu lama2 baru boleh buat sorg2.
Antara caranya adalah, prove to them that you have grown up dengan cara tunjuk yg awak berani, sentiasa alert. Kalau awak jenis malu2 jenis awkward, nnt dorg x confidence nak lepaskan awak centu je. 1st step, beranikan diri besukan dgn kwn2 awak. Jadik active and loud, bg org nmpk mcm awak tu pandai jaga diri. So that parents awak akan slowly percayakan awak.
X perlu tggu kawen baru boleh bebas. Kalau nak experience semua bnda tu, awak boleh je cari group ramai, train diri dulu utk travel or hiking beramai2. Group campur laki pompuan ramai. Sbb kalau pompuan smua takut parents awak xberani pulak sbb xde laki utk protect.
Bg sy, x payah slowtalk or whatsoever dgn parent awak. Prove to them dgn action. Tunjuk yg awak dah mature. Maybe pada padangan dorg awak still nmpk mcm their lil princess :)