Keluh Kesah – 7:14 PM

Keluh Kesah

Mungkin keadaan kehidupan kita hari ni yang sempit buatkan saya terfikir, betul kata setengah orang. Duduk di universiti ni, bagai tiada tujuan. Duduk sini, tiada makna dan yang paling menyedihkan, duduk di sini mendatangkan lebih banyak kesusahan dari kesenangan.

Setengah orang sudah pun mula berhenti dan bertukar laluan ke jalan yang lebih memudahkan. Hati saya ni rasa, geram sebab kalau boleh nak ikut. Tapi setiap kali saya nak pergi, saya selalu toleh belakang melihat harapan ibu ayah dan keluarga.

Saat kita sangat memerlukan, duit pula semakin kecik. Saya bukannya orang senang. Bila duduk sini, saya memang nak guna duit. Mungkin setakat nak keluar pada hujung minggu tu saya boleh elakkan, tapi kos makan hari2, yuran, topap lagi, tiket bas pulak. Kadang terpaksa tahan lapar sebab hati ni tak kuat nak telefon ibu minta duit.

Tapi kawan kawan, begitu lah hidup. Sungguh Tuhan kata dunia bukan syurga untuk orang yang beriman. Ia takkan pernah sampai kiamat pun, dunia takkan berhenti menguji kita. Cuma apa yang saya terkilan bila ada setengah orang memandang remeh dekat kita yang masih menggunakan jalan yang disediakan, yang mereka gelar "cliche" ni.

Ya saya faham, setengah orang ada "will" untuk buat laluan hidup sendiri. Tapi jika saya tiada that "will" perlu ke buat saya rasa teruk?

Mungkin pada pendapat mereka, jalan mereka lebih baik, tetapi itu tidak menidakkan keberadaan saya di uni juga merupakan sesuatu yang baik. Yang paling saya tak tahan, siap persoalkan niat saya, "ada kat universiti ni untuk apa? nak degree ke nak kejar ilmu?". Ya Allah. Jika saya hendakkan degree saya boleh bayar orang buatkan untuk saya, sekarang banyak dah khidmat seperti ini ditawarkan. Saya bole keje cari duit, kumpul duit beli degree.

Orang seperti mereka, dengan fikiran mereka membuatkan 'value' mahasiswa dan mahasiswi itu hilang. Kita dipandang remeh. Saya dekat sini bukan hidup senang lenang. Saya masuk kelas diajar oleh orang yang sangat berkelayakkan tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Tambah lagi belajar kat uia yang memang balance dunia dan akhirat sedangkan saya pelajar sains pun kene belajar ilmu berkaitan dengan agama Islam. Saya tak faham macam mana mereka masih boleh persoalkan "Apa yang aku belajar kat sini langsung tak boleh dipraktikkan". Diorang pandang saya ni seolah saya tidak matang memikirkan masa depan semata mata sebab saya terlalu mengikut tradisi berzaman; nak berjaya masuk uni, nak keje baik masuk uni.

Sedih.

Sini saya kongsikan, sebenarnya jika kita lihat Bumi ini dari jauh nampak senyap dan tenang walhal dalamnya penuh dengan perkara yang melukakan. Kejayaan yang sebenar, bukan terletak pada berapa banyak duit seseorang itu ada, tetapi kebiasaanya orang yang berjaya dia akan ada duit. Dan, janganlah kita menilai kejayaan itu hanya atas pencapaian. Tapi nilai lah ia dengan "improvement" yang kita lakukan. Lihatlah kejayaan itu lebih daripada sekadar betapa banyak duit kita boleh kumpul. Lihat ia seolah olah memenuhi harapan yang tersayang dan menjadi hadiah yang tidak ternilai.

Semoga berjaya semua orang.

– Kama

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *