Kemalangan Senawang: Apakah yang dapat dipelajari?

Baru-baru ini, tular berita kemalangan di S* yang meragut 3 nyawa. Apakah yang dapat kita pelajari daripada isu ini?

1. Manusia akan ‘bias’ dengan kepentingan masing-masing.

– Kakak Pemandu Jazz hanya menjalankan tanggungjawab menjadi sistem sokongan adiknya. Namun, jika adiknya benar-benar bersalah, tindakan membela itu dari satu sudut tidak membantu pun adiknya. Ia malah menyebabkan adiknya mendewasa tanpa sikap tanggungjawab. Takdir bukan alasan untuk menutup kesalahan dan berlepas tangan daripada tanggungjawab ya.

– Saya teringat apabila halaju jalan persekutuan direndahkan semasa sambutan Tahun Baru Cina lalu, juga golongan-golongan yang suka membawa kenderaan dengan laju. Ada yang bising, tidak berpuas hati kerana terpaksa memandu dengan perlahan. Ya, hidup ini ada banyak tuntutan yang perlu dilakukan dengan cepat. Namun, apa gunanya tuntutan itu berjaya dilaksanakan, jika melanggar peraturan dalam proses? Bukankah Tuhan nampak segalanya? Bukankah salah satu ‘jobskop’ yang datang dengan lesen itu memandu dengan selamat dan mematuhi peraturan semampunya? Ya, kita semua mahu tiba ke destinasi dengan cepat, tapi yang lebih utama SELAMAT. Sudah tentu ada sebab halaju ditetapkan sedemikian.

2. Kita marah kerana pemandu kereta itu melanggar peraturan, kita suci sangat?

Beberapa kali dalam perjalanan ke mana-mana tempat, saya perhatikan kenderaan melanggar lampu merah dan melanggar halaju (terutamanya di sekolah-sekolah yang halaju sepatutnya 30 KM/h). Walaupun pelajar sedang belajar di dalam kelas dan bukan waktu masuk/keluar sekolah, bagi saya, itu bukan alasan untuk membawa laju-laju di kawasan sekolah. Hatta tempat menuntut ilmu itu terletak di jalan besar. Hal ini kerana, mungkin ada pelajar yang perlu hadir jam 10 pagi untuk latihan pertandingan atau kelas luar waktu, contohnya.

Itu belum lagi bercerita tentang golongan yang melanggar lampu merah, terutamanya pagi-pagi saat mahu pergi kerja.

3. Rentetan daripada point ke-2 tadi, ingatlah. Anak-anak lebih banyak belajar daripada pemerhatian berbanding dengan teori yang ‘diceramahkan’.

Maka, jangan hairan jika anak-anak melanggar peraturan, andai kita sendiri melanggar peraturan. Contoh mudah, kita melanggar lampu merah saat mahu menghantar mereka ke sekolah. Itulah yang akan mereka ikut, berbanding “jangan langgar lampu merah dengan sengaja,” yang sering diceramahkan, baik oleh guru mahupun kita sendiri.

4. Mengecam memanglah dapat melegakan emosi sendiri. Akan tetapi, adakah dengan mengecam boleh menghidupkan semula mangsa yang meninggal dunia?

Ya, secara asasnya, yang bersalah layak dikecam. Akan tetapi, apakah yang dia dan kita semua boleh buat dengan kecaman itu? Apakah kecaman memberi solusi?

Benar, kita semua ada kekangan dalam mematuhi peraturan 100 peratus. Akan tetapi, alangkah eloknya jika kita mematuhi peraturan seboleh yang mungkin,

Apa-apa pun, saya berharap isu ini menjadi titik tolak agar kita semua menjadi lebih baik. Tujuan berita dan peristiwa adalah untuk diambil pengajaran, bukan sekadar mengecam mereka yang bersalah.

– Ef En (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Berita kemalangan yg videonya dah ‘viral’ dari ‘dashcam’ seorang driver tu jelas menunjukkn pemandu hond* j*zz tu memandu laju, melanggar peraturan lampu isyarat dan dlm pd tu xde lesen memandu pulak.. mmg ad juga kalanya (cth nya di tgh mlm), ada juga msenya kita ‘langgar’ lampu merah tu.., tp dgn kepastian mmg tidak ada kenderaan lain yg lalu dan dgn perlahan2 bergerak.., atau pon sesaat setelah lampu merah, kerana selalunya ada 2 saat selepas lampu merah, baru lampu di simpang yg lain tu hijau.. tp sebaik2nya bla lampu dah ‘kuning’ tu, siap sedia lah nk berhenti, utk keselamatan semua pihak, mmg dah itu undang2nya.. sbb tu dlm ‘kursus’ sebelom dpt lesen tu dah ditekankan oleh penceramah, dan semasa ‘test’ teori & on the road dgn anggota JPJ, perkara ini sht diambil perhatian.. oleh krn pemandu tersebut pon x ada lesen memandu, sbb tu dia x tau dan tak rse perkara ni penting kot.. lg satu d pihak ibu-bapa, klau dah nmpak ank tu kehulu kehilir bwak kreta, tlg la dia amk lesen kreta, (bukannya soal tak mampu, beli kreta utk ank pon diorang mampu).. tp utk dia sedikit sebanyak ‘aware’ tentang undang2 jlnraya dan keselamatan org lain.. dan kpd mereka yg bermotosikal, walau pon kita dah ‘hafal’ perjalanan dan lampu isyarat di mana2, tlg tunggu betul2 hijau, baru gerak, sbb saya pernah ada kwn yg accident, semata2 krn dia terdulu bergerak sesaat dua dari lampu yg belom hijau.. ambil iktibar semua, dari kejadian ini; 3 nyawa yg hilang x mungkin hidup kembali, yg memandu pon cedera jugak, kalu didapati bersalah, mngkin kna hukum or denda dan tidak dibenarkan memandu dsb.. so, bersabar, berhati2 dan bertibangrasa lah di jalanraya.. begitu lah yg pernah arwah kawan saya pesan.. wallahu a’lam bissawab n al-fatihah utk yg terkorban.. wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *