Kemanisan Dalam Beribadah

Malam malam begini mengingatkan aku nostalgia malam malam di rumah sewa di Seri Kembangan dahulu semasa satu fasa di zaman PKP.

Bila mana malam sunyi sepi, semua premis tutup awal dan rakyat hanya dibenarkan berada di rumah sahaja. Sesekali ada polis yang meronda kawasan taman kami.

Selepas isyak, aku dan housemate2ku selalunya akan lepak lepak di atas sejadah.

Kalau tak, di meja makanlah kami sambil borak borak kisah kehidupan masing masing, tarbiyyah di hospital, hari ni kena marah apa dekat hospital, kes kes menarik yang kami attend dan sebagainya.

Ada hari tertentu, ada housemateku yang rajin akan ajak kami belajar pasal Quran.

Ye lah kadang kadang bila baca Quran kita tak paham pun apa yang kita baca, lebih lebih lagi kita bukanlah lidah arab.

So harapkan terjemahan melayu yang kat tepi tu. Tu pun kadang kadang ‘apa eh maksud ayat ni’. Lama lama kita hanya baca sahaja tanpa faham maksud sebenar ayat yang dibaca. Akulah tu.

Selalunya apa yang kami buat ; kami akan belajar tadabbur Al Quran sambil mendengar recording tafsir yang disampaikan oleh Ustaz Kamarul Salam @ Ustaz Salam.

Beliau ni antara ustaz favourite aku, dia bukanlah ustaz selebriti yang terkenal di kaca televisyen tetapi terkenal di medium medium tertentu.

Selalu ceramahnya agak santai dan terselit jenaka yang mencuit hati.

Dan sekarang beliau berkhidmat sebagai pensyarah di salah satu universiti di Brunei.

Berbalik pada kisah housemateku tadi, bila kami berpisah dan berpindah rumah disebabkan masing masing dah dapat penempatan,

Aku pun lupa dah rutin dengar recording ni dan bila aku tergerak hati untuk bukak balik tadi, rupa rupanya semua juzuk tadabbur dah lengkap.

Nampak sangat la aku dah lama tinggalkan rutin ni. Sebab seingat aku waktu tu baru ada recording di awal2 juzuk. Huhu. Rasa ouch di situ.

So untuk tahun baru ni,aku berazam balik untuk dengar recording dan nak ajak korang sekali supaya sama sama kita lebih faham Al Quran dan membuatkan kita semakin khusyuk dalam solat dan merasai manisnya dalam beribadah.

Lain weh perasaan dia bila kau faham apa yang kau baca dalam solat.

First sekali, boleh bukak telegram dan cari page Tadabbur Quran UQY.

Dekat pinned komen, korang boleh tengok beberapa senarai juzuk dari juz 1-30, sinopsis setiap juzuk dan ada jugak recording hadis dari kitab riyhadusolihin.

Cara yang aku buat,

1/ Tilawah page alquran tersebut dahulu.

2/ Dengar recording tafsir page yang dipilih sambil baca terjemahan maksud di Al quran.

3/ Cuba ambil ibrah dan fikirkan pengajaran yang kau boleh amalkan dalam kehidupan.

Recording tafsir sangat sekejap. Satu page dalam 15-30 minit sahaja. Ustaz Salam akan ulas ayat by ayat dan sangar mudah difahami.

Korang boleh juga dengar sambil sambil sangkut dalam jammed ke,antara maghrib dan isyak/ selepas subuh atau mana mana waktu yang korang lapang lah.

Boleh ajak pasangan kita dan ahli keluarga yang lain jugak supaya bukan sahaja kita seorang yang jadi paham dan bagus tapi bilamana kita jugak dapat fahamkan keluarga kita dengan Quran.

Lebih lebih lagi kalau tengok banyak isu semasa yang menampakkan institusi kekeluargaan yang semakin kelaut,

Contohnya artis berpakaian seksi dan menyokong anaknya berpakaian seksi juga, isu content content merepek demi viral dan isu terbaru yang menaikkan amarah semua perempuan termasuklah aku.

Itu sahaja untuk hari ini,doakan moga Azam 2023 ku tidak kelaut seperti azam-azam terdahulu.

– Dr Ayyash (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *