Kembali kepada yang SATU – https://iiumc.com/forumv2/
Assalamualaikum, tq kepada admin sbb apprv post saya ni.
Pertama sekali saya bukan pelajar uia,cuma saya sering jugak baca post2 dalam ni dan saya terasa untuk post jgk..
erm,ok sebenarnya saya dah lama pendam persoalan ni sorang2, saya tak faham dengan keadaan yang terjadi sekarang di dalam kalangan ahli agamawan kita. Kebanyakan mereka sekarang saling berbalah antara satu sama lain, sama ada dalam bentuk tuduhan la,perli la,dia wahabi dia aswj, bahkan ada yang berani tunjuk jari bahawa si fulan masuk neraka dah macam dia tu Tuhan.astaghfirullah.., hmm,aku ni seorang yang boleh dikatakan masih baru dalam agama,banyak lagi bab2 agama yg aku perlu belajar.Para ahli agamawan diluar sana, saya mohon, tolonglah jangan berbalah, fikirlah apa pandangan orang yg bese2 macam saya ni, terkadang saya sering termenung keseorangan bila baca post2 fb berkenaan perang dingin antara ahli agamawan ni.saya rasa mungkin ada pihak yg akan pandang negatif terhadap "anda" dan mungkin sekali terhadap AGAMA kita.saya sangat sedih, Adakah nabi ajar kita menuntut ilmu supaya dapat ego dan bangga dengan ilmu yg dimiliki?.tidak kan…ilmu yg kita ada sekarang jika dibandingkan dgn ilmu Allah Ta'la amat jauh sekali bezanya.Kita semua hamba Dia,matlamat kita hanya satu iaitu syurga. Jika ada sebarang kekeliruan atau salah faham tentang ilmu masing2, rujuklah kepada al-Quran, mukjizat nabi kita yg agung kemudian as-sunnah,para ulamak muktabar yg masih ada,gunakn mereka dgn sebaiknya. Ingatlah, usia dunia pn dah tak lama, macam2 perkara yg sudah terjadi kt luar sana. kita sendiri kt dunia ni pn tak tahu sampai bila. Nabi tidak pernah ajar kita untk menunjuk kan sikap sedemikian rupa. Sampai sini saja perkongsian saya setakat ni. Saya nak nasihat lebih2 pun tak boleh, rasa diri ni tak layak tp ini lah luahan saya.
– Mr.Sad