Kembalilah abah – 3:47 PM

Kembalilah abah

Abah,
Smartphone tu kami beli untuk abah senang berhubung dengan kami. Senang kami nak dengar suara abah, abah dengar suara kami. Kami rakam gelagat cucu-cucu abah, kami hantar pada abah, buat tatapan abah kalau2 rasa rindu pada cucu. Kami install semua application agama, Almathurat, Al Quran, waktu2 solat..semualah. Semua untuk kesenangan abah.

Bila ada smartphone, ada whatsapp. Alhamdulillah, pagi2 abah hantar, 'Assalamualaikum semua'. Kami balas, kami letak emoticon smiley. Moga abah terhibur. Lepas tu, rupa-rupanya, abah dah maju sikit. Dengan whatsapp, abah jumpa kawan lama abah. Kawan sekolah menengah dulu. Hmm, takpa la. Bagus la. Abah sembang dengan kawan2 lama.

Tapi abah,
Tadi nak search something kat google pakai phone abah, baru type sikit, suggestions yg keluar, MasyaAllah. Berderau darah. Maafkan adik, adik tak dapat tahan diri, adik selongkar lagi phone abah. Adik cek browsing history abah. Ada juga history yg bukan2. Adik cek group2 whatsapp abah. Rupanya abah masuk dalam group alumni 'jantan' sekolah abah. Adik baca conversation, semua berbaur lucah. Adik sedih, adik scroll2, nampak gambar yg dah di delete, tp gambarnya ada dlm conversation dlm keadaan blur. Blur pun, nampak juga bayangnya gambar apa. Ampunkan abah aku Ya Allah.

Abah,
Umur abah, dah lebih separuh abad. Kepala abah tu, bukan setakat penuh uban, uban pun dah gugur. Abah dah tua abah. Tak ingat kubur ka? Maafkan adik. Bukan adik nak mendoakan abah mati. Tapi semua orang akan mati. Dan adik nak abah nanti mati dalam husnul khatimah. Dan kita sekeluarga akan berjumpa semula di syurga.
——————————–
——————————–
Kawan2. Ini adalah surat yg x sampai pada tujuannya. X sanggup aku nak sampaikan pada abah aku. Tapi aku nak korg sedar, masalah keruntuhan akhlak sekarang bukan pada muda mudi shj. Tapi yg tua bangka pun dah banyak. Golongan ni culture shock. Korang hati2 la. Jangan la bagi smartphone canggih sangat pada mak ayah korg. Biar la diorg pakai 3310. Xpe, biar jarang diorg tgok muka anak cucu, dari kerap tengok benda lucah. Laki tetap laki. Perangai sampai tua pun sama. Tolong doakan, abah aku, dan mak abah orang lain yg dah jadi mangsa 'group whatsapp alumni' supaya mereka kembali ke jalan benar. Mereka bukan orang2 yg terang2 buat jahat. Mereka dah 60 tahun hidup dalam keadaan normal. Cuma baru2 ni ja jadi macam tu. Tu pasal kami hilang arah, nak tegur macam mana pun xtau. Korang doakan ya.

– Anak Abah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *