Assalammualaikum
Aku ni seorang gadis dan baru 19 tahun tapi rasa mcam dah taknak hidup. aku pelajar sem 3 uitm tapi aku quit smua gara² aku rasa aku ada depression.
Msalah ni mula dari aku skola menengah lagi tapi aku berjaya pulih berkat bantuan kawan². Lepas aku habis sekolah aku tak kerja aku duduk rumah je. Aku pernah mintak kerja dan dapat kerja tapi mak aku suruh aku berhenti sbab takde transport nak hantar aku pegi keje. Aku rasa kecewa gila sbab tu la titik mula aku nak belaja brdikari, cari duit, kenal dunia luar. Mgkin pada org lain mcam bodo je aku nak sentap sangat tak dapat kerja tapi aku ni seorang introvert. Aku ni pulak anak bongsu jadi gerak geri aku dikawal smpai aku rasa mcam aku ni dikongkong. Dah lah aku tinggal dgan mak ayah aku je. Dorang pulak dah berumur, tak bole drive so aku memang sepanjang takde kerja tu aku duduk kat rumah dan specifically dalam bilik. Tiap² hari buat benda sama. Bangun,mandi,makan,solat,main fon dan tidur.
Makin hari aku rasa aku ni mcam bangkai hidup,lifeless gila,aku hilang semangat,passion smua benda lesap dari diri aku.
Tiba² abang aku ckap aku dapat tawaran masuk uitm. Akak aku suruh aku terima sbab dia ckap kos aku dapat tu bole mnjamin kerja yg bagus. Tapi aku masih tak stabil lagi masa tu. Malas nak pikir jauh aku pun terima jela dan belaja la kat uitm tu kos sains komputer. Mula² okay je, lama² aku mula rasa pressure aku ni tak pandai cari kawan, dapat classmate pulak smua otak geliga aku ni pulak jenis lambat pickup. Dapat roommate pulak jenis suka ajak kwan rmai² masuk bilik pastu memekak memang stress namati rasa.
Mula lah aku depress balik, dan aku nak kongsi depress ni satu perasaan sedih/malas yang melarat. Sejenis aku kalau depress aku taknak buat ape² pun, taknak org ganggu aku senang citer aku nak baring je kat katil aku. Tapi kat uni ni mana bole kau nak terperuk dalam bilik je kan. Kene pegi agm la aktiviti kolej la. makin aku paksa diri untuk jadi aktif dan normal mcam org lain makin aku rase macam sesak nafas. Akhirnya result sem 1 aku teruk. Aku fail 3 paper so aku repeat untuk sem 2. Bila naik sem 2 pun sama jgak aku fail 2 paper yg sama so cgpa aku rendah gila. Akak aku suruh aku quit je sbab dia tgok aku pun mcam dh taknak belaja.
So aku skarang jadi lah sperti aku yg dulu tak kerja tak study duduk kat rumah semata. Msalah dy skarg ni aku bukan tak pandai or malas. Cuma bila aku depress aku tak kuat nak lawan diri aku sndiri. Aku pun dah takde semangat nak buat ape² , takde life goal.Aku nak berubah aku pernah jumpa kaunselor dulu. Dy ckap nak berubah ni perlukan sokongan tapi family pun taktau aku ada depression. Aku malas nak citer nan dorang sbab dorang memang tak peka bab psychology ni ada kang aku ni dikatanya penipu. Kawan² aku yg dulu tu pulak dah habis skola smua buat haluan memasing mmbuatkan aku takut nk percayakan orang lagi.
Tolong la aku. Aku nak hidup bahagia, normal macam remaja lain. Aku penat hidup asyik debelenggu kesedihan.Aku nak future yang bagus so aku takkan menyesal nanti.
– Bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Kesiannya.. berubahlah.. kuatkan mental. mintak sgguh2 dr Allah Taala.. cuba cri hobi yang lain, memasak ke, menjahit ke, apa2 yg blh dibuat di umah.. dr situ, cuba ceburkan diri dgn bisnes.. org mcm awk ni, jenis susah nak campur dgn org, mmg akn ada mslh kalu keje dgn org, so, better keje sndri..
Awak kena dapatkan rawatan psikologi. rawatan psikologi bukan bermakna awak gila. Jangan salah faham. Dikuatiri awak ada mengidap Bipolar Disorder. Ini adalah satu gangguan biasa yang terjadi pada manusia biasa, tapi kadang-kadang dia tak sedar. Saya ada kawan yang mengidap Bipolar Disorder ni. Penyakit kemurungan yang datang sekali sekala. Walhal hidupnya baik-baik sahaja.
Jumpa kaunselor n bw parent skali. Kna saling mnyokong. Chaiyok2
Sebab dah jumpa kaunselor kan, jadi kalau bole cuba beritahu ahli keluarga. Mungkin beritahu abang or kakak dan minta mereka beritahu mak ayah dan ahli keluarga lain. Cuba cerita semua masalah, dekatkan diri pada Allah. Solat sunat pun cuba buat. Pilih kawan yg baik2. InsyaAllah akan pulih.
weh pm aku. aku pun baya ko je dn depressed tu smua org ad tp mgkin ko trlalu pndam tkdpt nk luahkn. jom ah sini aku tolong ko hadap masa remaja kita yg tkdpt nk ulang ni dgn bnda2 molek skit kahkah
Main Dota sis , start boleh Cari kawan . Kalau depress pun boleh maki teammate takpun opponent . series . Haha . Berubahla pelan2 , Cari sorg kawan dulu rapat dengan sorg kawan InsyaAllah Nnt akan jumpa kawan lain ✌️
Cer pergi mana2 hospital..masuk wad2 icu..xpun pusing semya wad yg ada..especially yg kronik..masa tu baru rasa alangkah berharganya sebuah kehidupan. Alangkah bersyukurnya Allah bg nyawa sedang ramai manusia lain yg setiap detik dan saat mnta dipnjgkan nyawa mereka.
Klu aw nk share blh pm sy..
Baca buku. Habiskan masa kamu dgn baca buku. Buku yang bermanfaat dan ilmiah. Kamu akan rasa hidup ni sgt luas.
Sains komputer eh?haha…sama la kita..tapi saye habeh dah.
As for ur issue…
First and foremost,try habeskan dulu degree.jaga pointer.jangan sampai kena dismiss.fail,repeat, extend tu benda biasa.takyah risau.
Second,i really cant help u about ur depression other than if u want to talk,feel free to pm.saye penah alami depression(kot) but bila sedih or what,saye just bayangkan ada orang lagi susah dari saye,saye belajar bersyukur dengan hidup and everything back to normal.thats my case.
Express yourself sis. Jangan pendam sorang2. Cari sesuatu yang memang sis nak buat dalam hidup sis. Introvert tak bermakna pasif. Setiap orang ada kelebihan sendiri.Try to find the meaning of life.Moga sis berjaya dalam hidup.
Kau kena cari benda yg letak kau jauh dari comfort zone. Keluar dari rumah tu. Aku pun macam kau dulu. Sejak masuk U, aku tak pandang belakang dah. Jarang balik rumah. Sebab kat rumah, aku akan mula depress mcm tu.
Dah di-diagnos ada depression atau hanya jiwa yang memberontak? Ayat awak “awak rasa”. Umur 17 – 19 tinggal ngn mak ayah, rasanya masih norma rakyat Malaysia. Mungkin mak x bg kerja sebab dia berharap awak sambung belajar. Betullah keputusan mak awak x bg kerja jika alasan xde kenderaan. Org tua ni mereka fikir jauh lg, maybe tak berbaloi dengan pendapatan yg dapat dengan nak naik kenderaan awam atau apa, dan mungkin dia bimbang keselamatan awak. Parents paling faham anak mereka. Awak sendiri akui awak introvert. Dan whose knows apa lg personaliti awak yg lain yg buat parents awak x benarkan awak kerja buat masa tu. Banyak benda blh dibuat di rumah pun. Sikap awak pun memainkan peranan bila awak fail belajar. Carry marks assignment agak byk utk lulus. If awak blh tulis ni, awak masih mampu berfikir. Ya maybe awak ada depression. But ia blh diubati. Dan saya x nafikan ada depression yang teruk yg akan menjejaskan kehidupan. Tp dr penulisan awak, awak terlalu byk mengkritik dan memberontak. Nak future yang baik bermula dr sendiri. Ramai org yang mengalami depression berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. Depress 24/7 ke sampai rasa terganggu sentiasa? Mesti ada masa awak depress, tp ada masa juga awak oke. Hidup dalam komuniti, suka x suka, kite kena cuba bergaul sedikit sebanyak. Jangan bergantung pd org utk mencari kebahagiaan awak. Of course la kwn kwn adik buat haluan masing2 lepas skolah. Masing2 ada kehidupan. Apa kaitan takut nak percaya pd org? Mereka ada sakiti awak ke? Dan jika sentiasa tertekan cuba cr jalan keluar. Jumpa kaunselor atau pakar psikiatrik. Depression, bipolar dan semua ni biasa dah zaman skrg. X perlu malu nak seek for helps. If rasa x sampai situ lg, cr buku motivasi. Dan cuba volunteer kerja amal, tgk kehidupan insan lain yg jauh lebih byk masalah dan kekurangan. Hargai apa yg awak ada. Berusaha. Saya bkn nak kritik awak, tp nak awak lihat dr perspektif lain juga.
//
Dan tambahan, awak bimbang family xkan faham jika awak benar2 ada depression. Dr penulisan awak setakat ni, nampak gaya abang dan kakak awak concern dengan awak dan blh dibawa berbincang. Sebagai permulaan kongsi apa awak rasa dengan mereka. Tp jgn nanti nasihat awak x suka dengar awak salahkan mereka pulak. Kdg2 kebenaran tu pahit utk ditelan. Tp biasanya yg pahit tu la berkesan.
Bangun tengah malam solat sunat 2 rakaat, mengadu kat Allah, dlm masa sama sibukkan diri utk dalami agama, cari kawan2 yg boleh bimbing ke arah itu, yg penting kena start buat slow2, n cuba istiqamah.. Sori boleh advise bab ni shj, kdg2 org susah nak terima klu dah masuk bab agama ni, tp for me byk masalah yg menimpa masyarakat bertitik tolak pada kurangnya ilmu dlm agama dan jauhnya hubungan kita dgn Allah..
Depression ini boleh dirawat dan sembuh. Kalau depression yang mengganggu aktiviti harian seperti sis alami, pergi jumpa physiatry di hospital swasta atau kerajaan. Physiatry doctor ini membantu memberikan ubat untuk kita lebih tenangkan diri, bantu fokus supaya aktiviti routine kita dapat dijalankan. Cerita secara transparent apa yang terjadi dan doktor tu pasti dapat membantu.
Depression kalau tak dirawat segera, boleh jadi kronik dan menyebabkan penyakit lain seperti high blood pressure dan lain2. Apa yang doktor bagi tu, makan dan dekatkan diri dengan allah. Solat 5 waktu cuba untuk sentiasa habiskan. Bila kita ada dua support ini, kita dah boleh balance diri kita.
adik..depression not a small problem..pada stu tahap klau adik tk move on skang adik akn start lost.. bla brlaku mcm tu it already late dik.. sometime bkan diri x nak berubah tpi body kita manusia ada limit..introvert ke extrovert ke x memainkan peranan.. be who you are.. x salah jdi introvert sbb rmai je org introvert nie yg berjya…
Turn back to Allah.. just turn back to Allah
Aku pernah dalam depress mcm ko ckp.. X nk buat ape2.. Xnk org ganggu aku.. Xnk org tau aku wujud pn kt situ.. Nk baring tidur je atas katil.. Mkn pn malas.. Aku cut semua contact no.. Media sosial semua aku x buka.. Org msg, pm, aku xbalas.. The pain is real.. Depress punya pasal.. Masa tu mmg aku nk give up, nk quit blaja.. Last2, apa aku buat, aku bgun mlm.. Byk bca Quran, byk kn hubungan dgn Dia.. Pastu, aku cari balik matlamat hidup aku.. Cari balik minat aku.. Aku join NGO yg bg mkn kt homeless semua tu.. Aku sibukkan diri baca buku motivasi.. Dan aku survived .. 4 tahun utk aku nk habiskan master aku (org lain 2 thun je)..