Kena tendang sana sini

Ni kali kedua aku post dalam ni. Esok hari last add drop dah. Tapi sekarang ni study plan aq kos lain. Status pown kos lain. Aku sebenarnya sedang tukar kos tapi dengan bersyarat kena lepas 3 subjek wajib yang ditetapkan.

Setelah kak Diyan post dalam iium online, tentang masalah add drop yang berlaku. Aku rasa peluang semakin malap gelap gelita. Patutnya Uia beritahu siap-siap dalam offer letter,dia kena kata la kalau subjek full untuk sem ni awak tidak boleh tukar. Ni tidak dah la kena bayar Rm100 untuk tukar. Pastu esok jummat last dah. Pastu lagi dah la minggu depan boleh buat manual tapi kena bayar. Paling paling pastu aku kena maki ngan mak pak aku. Dia kata pastu camana???? Dia kata kalau tidak boleh esok gak tunggu apa lagi dekat Uia.

Angkut beg blah dari Uia la kata dia. Buang masa ja dah la tidak buat apa. Mendidih telinga pecah otak aku kerana masalah ini. Aku ulang alik kot dari AMAD– HS–It. Semua bagi jawapan hampa. Semua kata mungkin petang ni esok dah siap.Maafla aku terpaksa marah.Aku bukan tidak mahu belajar tapi mahu. Disebabkan macam ini aku menjadi bengang dengan UIa.

Paling best sekali credit hours sem ni 1.5.Diulangi 1.5!!Paling tidak pon bagi la aku add subjek kos lama. Ni kos lama pon tidak boleh.Tambahan lagi kos baru. Benda ni boleh membuatkan anda gila. Aku tidak sangka nak tukar kos sampai camni sekali lagi.

Aku mohon admin post confess ni untuk para pelajar yang nak tukar kos,
Aku harap korang pikir dulu sebelum nak tukar & siap sedia dengan masalah macam aku.Mungkin malam ni malam terakhir aku berada di Uia.Tidak sangka sampai jadi camni. Macam bola ja kena tendang sana sini.

– Byebye Uia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *