Salam korang. Aku baru je kena tipu dgn sorang mamat ni kt mudah.my. alkisahnya nk mencari hp secondhand. Harga rm350. Lps nego,dpt la rm300. Mamat tu siap suruh bg details siap2 utk pos hp. Lps bank in duit kt dia,dia ckp nnt dia dah pos brg masa lunch hour and akan bg tracking no lps habis kerja. Tp sampai mlm xbg2. Whatsapp pun xdelivered.
Sedihh sgt ada jgk hamba Allah sanggup menipu bulan puasa ni. Ada x cara nk dpt blk duit tu? Sape2 yg ada pengalaman kena tipu and dpt blk duit,please help :-(
– tipah tertipu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Pernah baca confess macam ni sebelum ni. Tak silap, ada orang advice : pegi bank, cakap tersalah bank in. Termasuk akaun number salah. Jgn cakap kena tipu beli online, mmg bank tak layan.
Haaa ini yg org komen sebelum ni. Kalau x berapa tepat sorry.
Pernah dgr juga cmni
xle pakai
Awal sangat. Baru sehari. Tapi kalau sampai harini masih tak reply dan tak delivered. Baru report
Caranya.
1. Buat report polis. Bagi la details kt polis. So make sure you save all the deal informations between you and the seller. Account number. Whatsapp conversation. No tel. Etc
2. Call bank. Cakap tersilap masukkan duit.
Ni kena cepat. Sebab kalau awal boleh lagi bank tarik balik duit tu.
So, asap. Call bank dan cakap nak balik duit yang tersilap masuk akaun. So penting untuk simpan detail akaun dan nama pemegang akaun bank pencuri tu.
Pencuri biasanya tak pakai akaun sendiri.
Dan. Polis pun normally tak layan sangat kes ni. Just masuk kes dan dia akan cakap susah la nak dapat balik. Just bagi nasihat je.
Lain lah kalau kau ni anak dato or ahli politik. Memang kejap je dia cari. *opsss bukan kutuk tapi realiti sebab aku pernah kena. Ye la kita kan rakyat biasa. Mana la orang ambil kisah sangat. Kalau kutuk pemimpin je sampai ke twitter boleh cari. Hahaha.
So, itu saja lah aku boleh tolong kau. Cuba la ikut langkah yang aku bagi tu.
Aku prefer kau call bank dulu.
Sebab takut bank nak kau tipu report kau cakap silap masuk akaun je.
Sebab ada procedure dia.
Nuratila Zailani cmna eh kau buat ritu
Tang polis tu stju sgt. Huahaha. Mmg realiti. Kalau org biasa2 nih takyah la harap dia nak layan sangat. Lagi2 kalau kes cmni. Balik2 nti kita gk yg kena dgn dia. Hhuhuhu. *realitinya mmg begitu*
Maaf ea. Tp yg call bank n ckp salah masuk duit tu sy pena try dan bank x bleh buat pape once duit tu da masuk acnt lain. Wpn kita call pd hari yg sama.
Sorry bro. Kalau ko kata silap transfer, bank akan bagi ko contact number mamat yang ko silap transfer tu. Dari situ ko pandai2 la deal. Kalau mamat tu tak nak bagi balik, end of story.
Kalau ko bayar pakai kredit card. Ko ada masa sehari untuk cancel payment dan bank akan refund. Ini sebab bank ada mechanism untuk hold payment dalam tempoh sehari. Kalau lebih dari sehari, ko tak boleh buat apa dah.
Kalau nak beli apa2 online. Carilah tempat yang ko bole bayar guna paypall. Inilah method paling selamat aku penah tengok. Kalau seller antar barang kemek sikit pun ko bole dapat full refund dan free return shipping.
Hurmm..sedih la byk dh kes mcmni..Moga terhindari dr perkara mcmni..mudah.my mmg lubuk scammers.
report polis?
Lagi satu advice.
Kalau nak beli di mudah better buat COD.
Jumpa face to face dengan seller. Tak lah kena tipu. And boleh check quality item yang kita nak.
Dan kalau nak online pulak. Tengok alamat dia.
Tips.
1. Tengok alamat dia di mana. Biasanya scammer akan letak alamat dia di tempat yang susah untuk orang cod.
Contoh macam sabah dan sarawak. Sebab kalau buyer semenanjung mmg tak kan nak cod sampai sana.
Contoh lagi. Alamat yang agak terpencil. Bukan kawasan bandar.
Bukan nak cakap seller semua drpd bandar. Tapi itu trick mereka supaya customer takkan cod.
Contoh dia buat cod hanya di Kuala Nerang kedah. * aku ambil contoh K.Nerang sbb aku duduk kedah. Dan tempat tu ja contoh yang aku tahu. Tempat yang susah nak pergi. Jauh.
Ataupun seller tak letak alamat penuh. Sekadar letak nama daerah dan negeri.
So kalau awal2 dah tengok alamat mencurigakan. Elakkan berurusan dengan mereka.
2. Tengok cara mereka layan.
Kadang2 bila kita cuba tanya details mereka seperti alamat dan no ic. Mereka akan elak dan marah. Perbualan seorang scammer pun kdg2 kita boleh tahu. Janji manis yang over
3. Tipu. Cakap dekat mereka mahu cod.
Kemudian jika mereka kata OK. Set kan dalam beberapa hari.
Dalam beberapa hari tu baru ubah balik cakap nak online saja.
Normally scammer akan elakkan cod. So awal2 mereka akan bagi alasan seperti busy kerja, takda masa, etc.
Itu saja lah tips yang boleh aku bagi untuk elakkan scammer. Moga bermanfaat dan ambil pengajaran.
Yang sudah biarkan sudah. Bukan rezeki kau tu. Takpa nanti Allah ganti. Doa banyak2 sebagai insan teranaiya. Doakan scammer tu insaf juga. Dan halal kan duit tu, in case tak dpt balik. Dpt juga pahala sedekah.
report kpdnkk.. klu polis rasanya kerugian beribu2 baru mereka ambil tindakan
Dkat mudah mmg kena selalu berjaga sbb yg menipu ni usually dtang dari sindiket. Aku pun hampir2 terkena dulu, jual laptop second skali dia nak deal harga laptop baru. Siap bagi no fon, dah whatsapp semua, tergerak hati nak trace no tu. Alik2 no nigeria, suruh aku pos barang dekat tripoli. 1 lagi diorg akan hntar emel dari bank pihak diorg yg mngatakan duit dah bank in etc. Start dari aku dh tak caya dah.
Memula Report polis. Pastu tunjuk report polis tu kat seller (guna no.phone lain).. Mayb dia da block no awk. Ugut nk viralkan.. Biasa klau ada detail account dia, boleh trace nama, ic, alamat smua tu… Report tribunal, buka fail rm5 je x silap…
Klau ckp ngn bank salah transaksi, dia akn mntk no.akaun asal yg awk nk transfer, klau lain sgt rasanya tak boleh jgk kot..lupa ada kwn gtau ari tu..
Sy pun pernah kne tipu di mudah dgn mudahnya. jumlah wang yg dikebas rm700 byk tk? Mstilahh byk… aktiviti segelintir org melayu yg nk cepat kaya. xde lain nk menipu org je. dia xtahu ke, kita ni pun sesak gak nk cri duit. Haishhh sabor jelah.
Nombor akaunnya mana? Sebarkan
Muhamad hafizi 162393808522…ni no akaun penipu jgk…sy bli PSP kt mudah bln 12 thn lps kt mudah dgn dia ni…smpai skrg x pos
orang menipu ni kadang2 number akaun dia takkan tipu.
untuk kes ni sebenarnya polis tak boleh buat aper -aper pon. pergi kt tribunal pengguna & buat report secepatnye.. if ade lebih detail tentang pesalah lebih baik
Kalau proses jual beli kt mudah better cod je terus. Boleh gak check condition barang tu sndiri macam mana before betul2 deal nak beli..
Len kali cod je…jgn prcaya pos
Xde harapan dah. Lain klau ada semua detail scammer tu
Up
Sdgkn COD pn org leh kne tipu nikan plak pki pos..
buat si confessor, please read this,, there is possibilty u can get back ur money
https://magicalips.com/2015/06/cara-dapat-balik-duit-jika-ditipu-peniaga-online.html
Buat report polis, then buat report kat bank yg awk bank in tu… sbb kawan sy pernah kene cm tu, nsb baik sikit je dlam rm50.. tp kbtulan mak dia kerja dgn bank negara… meme kene la org tu, merayu2 nk no. akaun kawan sy tu utk dia transfer balik duit tu…
akak penah kena and dapat balik duit…caranya…viralkan muke die and detail dia…kalau ada la…no tepon die pun letak besar2…and report polis…kalau ade kawan keje bank lg senang nk dpt detail penipu tu thru akaun bank
hari tu pernah baca, kalau kena tipu, pergi bank bagitau kita salah bank in duit kat akaun tu, jangan cakap kena tipu..rasanya nanti bank akan contact org tu suruh pulangkan ke camne
Bt report tribunal..
Alhamdulillah,setakat ni tak penah lagi aq kena tipu berjual beli kat mudah.my.Sama ada aq jual@beli barang,memang prefer cod.belek barang sampai puas depan seller baru bayar.
Tak dinafikan,ada je scammer yang suka ambil kesempatan.so,lain kali kena lebih hati2.