Kenali Negara Kami

Asalamualaikum pembuka kata, apa khabar sahabat2 ku malaysians smuaa

Nak habak mai kat hangpa smua, cek bukannya dari mana2 universiti tempatan korang…cek dri negeri seberang nun jauh sana…iaitu Brunei Darussalam

Tujuan saya nak post kat sini bukan apa, nak mengeratkan silaturahim antara kita semua

Saya sukaaaaa sangat baca confession korang kat sini, very unique lah your story, ada yg seram, ada yg mcm drama swasta, ada yg sedih etc…..but that is life kan

Aku paling kagum dengan korang semua sebab korang tak bash sang confessor walaupun confession tu memang teruk sangat2, korang bagi semangat, motivasi, solution and that is why aku selalu tabik spring kat korang!!!

Ujian itu datang daripada Allah Ta'ala, Ujian itu ertinya Allah sayang kat kita…

Korang semua mesti tau kan, setiap manusia tak akan lepas daripada dugaan…macam tu jugaklah dengan kmi kat sini, orang ingat Brunei Darussalam tu semuanya org senang, kaya-raya etc…

Tapi tak, kami bukan semua golongan yang senang…more to…golongan sederhana…dan tak dinafikan memang ada golongan susah d Brunei * every country mesti ada golongan susah lah, its a fact*

Alhamdulilah kami dikurniakan dengan pelbagai kelebihan given by our government dan dikurniakan raja yang berjiwa rakyat…itu bukan bererti kami toksah berusaha sbb kelebihan dan keutamaan itu boleh hilang sekelip mata dan hidup ini perlu usaha dan jangan terlalu bergantung terhadap orang lain

Tapi yang saya boleh bangga dengan my country Brunei Darussalam is:

Most of Orang Brunei sangat prihatin terhadap orang lain, baik, peramah, sopan santun …*i said most of sbb bukan smua nya cantik perangai* hahaha

Kalau nak cari ketenangan, Brunei is the place for you, its true!

Brunei tak kaya dengan building2 mall yang banyak…tapi kalau korang nak tau, D Brunei paling banyak masjid….serious! Korang nak ke kampung pendalaman pun ada at least 2 masjid, tak ada alasan tak sembahyang kalau kat brunei sebab masjid everywhere!!

(Sori terkeluar landasan sikit, nak promo lah juga my beloved country, manatau korang nak ke sini)

Tapi tak kiralah Brunei, Malaysia,Indonesia or Singapore…kita semua asal dri satu rumpun iaitu melayu…memang sikap orang melayu akan saling tolong menolong antara saru dengan yang lain…Ini adalah medium yang terbaik untuk menyatukan kita semua as One nation, to help each other punya problem regardless of what religion, race, colour or gender!! And saya doakan semoga medium ini akan kekal lama untuk menolong generasi yang akan datang

Salam sayang dari Brunei Darussalam

– Mr Dee

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

52 Comments

  1. awat orang brunei cakap macam orang kedah… saya orang kedah.. selamat berkawan kita.. boleh bagitaw mak ceq… ceq ada kawan di brunei.. orang kedah pon baik2 taww.. peramah nie tak yah nak cakap la… hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *