Asalamualaikum dan selamat hari raya
Apa yang aku nak cerita kat sini adalah aku budak yang lurus, aku tak tau kenapa aku macam ni aku bukan tak bersyukur tapi entah?
Mak dan arwah ayah aku pun pernah cakap yang aku ni lurus dan terlalu baik sangat,mak aku pernah pesan jangan terlalu baik nanti orang perguna dan kesannya terjadi sewaktu aku form1 waktu tu aku sekolah menengah agama ada sorang kawan minta duit kat aku untuk beli rokok, aku tak tau apa yang aku fikir masa tu aku terus bagi ja kat dia duit tu, dan perkara ni diketahui adik aku sebab benda tu jadi depan rumah terus dia bagitau mak aku waktu tu mak aku takda kat rumah tak silap lepas adik aku beritahu tu adik aku kata mak aku menangis dan malam tu aku kena sebat dengan arwah ayah aku perhhh
Dan teringat juga waktu aku sekolah rendah, kawan aku ajak ponteng mengaji dan ajak main game dekat mana pun aku dah lupa waktu tu aku tak tau kebetulan duit 50 ringgit ada dalam beg aku duit tu tokwan aku bagi waktu balik kampung sengaja aku simpan dalam beg kalau aku bagitau mak nanti mak simpan,balik pada tadi aku pun main sepuas puasnya tiba tiba waktu balik hah kau tau arwah ayah aku lagi sekali melepaskan libasan perhhh
Sejak tu aku bersendirian aku dah tak nak kawan dengan sesiapa lagi aku menyesal ada kawan sampailah aku form3, ada sorang cikgu tu ajak aku masuk silat, jadi aku ambil peluang ni yelah lupa nak bagitau aku jugak selalu kena buli kat sekolah dulu orang suruh buat macam macam yelah BUDAK LURUSkan, setahun aku ambil ilmu dari guru tu sampai lah satu masa dia ada masalah keluarga aku dengan guru tu sangat baik,aku panggil dia cikgu aku kawan baik dengan anak dia dan dia selalu bawa aku pergi macam macam tempat kiranya aku ni murid kesayangan dan sejak tu aku tak rasa sunyi ada kawan dan cikgu yang baik
Tapi…berbalik pada cerita cikgu aku tu dia ada masalah dengan mentua dia dan anak dia pun mula benci dia,dia dituduh ambil dadah dan dia bercerai, sampai sekarang anak dia masih tak boleh terima dia tapi macam mana pun aku baik dengan kedua duanya, dan aku masih lagi teringat pesan cikgu aku tu sebelum dia pergi dia kata jaga diri jangan terlalu percayakan orang AWAK TU LURUS. Cikgu tu berkata sambil menangis itulah kali pertama aku tengok guru silat yang aku kenal seorang yang agak garang menangis sebab aku,sebab aku yang lurus dan kami dah tak berjumpa lagi
Dan sejak tu aku kembali sunyi,tak dak siapa yang mahu kawan dengan BUDAK YANG LURUS,kadang aku selalu menangis waktu malam kenapa aku lurus sangat, aku selalu bertanya pada diri sendiri kenapa aku terlalu lurus sampai orang sekeliling pergunakan aku, dan sejak tu aku tak percayakan sesiapa sebab aku tak nak dipergunakan lagi, tapi benda tu sampai umur 19 sekarang Alhamdulillah ok sikit
– Aku budak LURUS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Sedikit nasihat utk diri aku gak… Kalau benda yg diorg ajak tu benda yg tak baik… Hang tolak…
Kalau benda yg diorg ajak tu benda baik… Hang proceed…
lurus dgn ngok tu tak sama.
Dunia memang macam nie. Jangan terlalu percayakan orang lain.
Abis jugak aku bace. Fuh! *sedut inhaler*
Emy Shahiza
Nasib baik sy jenis tak lurus ?
Kn ak sruh wt tepon mg jd pembaris
Tahikkk ?
Dik..kna pandai beza baik dan buruk..carilah jalan yg lurus..hihi
Better lurus drpd menipu.
Kau boleh ubah slow2 ni. Memang ambik mase, tapi bende tu tak mustahil. Kau kena tetapkan pendirian kau dan ianye terletak pada beza baik buruk, kalau bende org suruh buat tu baik, kau teruskan tapi berpada2. Kalau kau sedar bende tu elok, try lawan tp berpada2 la.