Kenapa Cikgu Suka Pilih Budak Kelas Depan Untuk Pertandingan

Dulu masa aku sekolah rendah, aku selalu tertanya-tanya, kenapa cikgu tak pilih aku untuk pertandingan sekolah, kenapa aku selalu tak terpilih untuk persembahan?

Ada pertandingan yang aku dapat masuk, ada pertandingan aku tak dapat masuk. Ada pertandingan yang aku masuk, menang dan ada pertandingan yang aku masuk, kalah.

Jadi bila aku jadi guru, tahun 2015, aku volunteer kat Ketua Panitia, aku bagitahu dia yang aku nak latih pasukan Action Song untuk sekolah.

Sebab, pertandingan ini memerlukan ramai peserta jadi aku boleh bagi peluang kepada ramai murid untuk join pertandingan.

Jadi, bermula di situ lah aku kumpul pengalaman melatih murid untuk pelbagai pertandingan koakademik, Action Song, Choral Speaking, Story telling dan pelbagai persembahan peringkat sekolah.

Berbalik kepada tajuk di atas, kadang- kadang aku dalam dilema nak bagi peluang tak dekat murid lemah?

Dulu bila dekat sekolah besar, masa tuh sekolah masih ada amalan streaming kelas.

Jadi, bila aku bukak audition untuk pertandingan, aku buka peluang untuk semua budak tapi, setiap kali pemilihan, memang budak budak kelas depan jelah yang terpilih.

Sebab kenapa? Sebab budak budak nih cepat pick up. Cepat belajar. Cepat tahu nak selesaikan masalah macam mana. Cepat adapt.

Dan sekarang ini, aku bertugas di sekolah kecil, tapi, dekat sini, budak budak yang sama jugak yang masuk pelbagai pertandingan.

Sebab budak budak tuh ada semua ciri yang ak dah taip di atas, cepat belajar, cepat adapt, bijak.

Budak tuh pun sapu semua pertandingan dekat sekolah. Apa apa pertandingan koakademik, sukan memang nama budak budak yang sama je lah yang naik.

Jadi kali ini, untuk persembahan peringkat sekolah, aku cuba bagi peluang kat budak lemah. Aku bagi dia peluang, sebab aku nampak dia macam ada bakat, tapi..

Even dah 2 minggu berlatih, dia masih lagi tak boleh buat. Pada hari persembahan, dia boleh lupa step.

Dan.. Dia sorang je yang lupa, jadi rosak lah persembahan itu dan aku rasa sangat menyesal sangat sebab pilih dia.

Sejujurnya memang aku rasa sangat menyesal sebab pilih budak yang lemah. Aku patut dengar cakap rakan guru ak- jangan pilih dia, sebab dia jenis lambat pick up.

Masa latihan ok, tapi masa persembahan, huru hara! Seriously aku malu sampai skarang.

Aku rasa tak nak pilih dah budak lemah masuk persembahan atau pertandingan. Menyesal!

– Cyc (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *