Kenapa Ibuku Begitu? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kenapa-ibu-ku-begitu/).

Terima kasih atas segala komen yang diberikan. Ada juga seorang dua memberikan komen positif, terima kasih sangat. Yang lain lebih kepada negatif.

Ramai yang salah faham mengatakan saya adik beradik tak bersyukur ada mak dan tak tau jaga mak. Astaghfirullahalazim. Kami lah selama ni yang mengemas mencuci memasak.

Tak pernah kami tak tunaikankan tanggung jawab kami sebagai anak2. Terutama Abanglong. Abanglong memang anak yang sangat bertanggugjawab.

Bukan tak nak ambik maid, masalahnya mak dan abah dah tak bagi amik maid, katanya masalah warga asing sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Itu pun kami adik beradik ikut.

Kami tak pernah suruh ibu jadi hamba kami kena masak kena kemas. Memang hari2 saya dan encik suami yang sediakan segalanya. Abah dan mak memang cukup makan minum tinggal dengan kami.

Luahan hati aku hanyalah sekadar kami adikberadik ni rindu nak rasa masakan mak. Kamu semua tak pernah ada di tempat kami ya sedap mulut mengata macam2.

Kamu semua mungkin mak menjadi ibu rumah. Tapi bukan kami. Last aku sangat happy dulu masa darjah 6. Itu lah last aku masih boleh merasa masakan mak.

Aku membesar dengan melihat mak lebih pentingkan kerjaya sebagai Pengarahnya , kami adikberadik membesar dengan masak sendiri. Abah pun masak sendiri.

Kamu semua mulut sedap bercakap tapi tak tau apa yang kami lalui. Ibu mertuaku pun seorang bekerjaya, guru besar lagi. Tapi sekali sekali bila kami pulang ke Shah Alam, mama sediakan juga makanan kegemaran anak dia (suami aku).

Umur mama sama dengan mak. Salah ke aku sebagai anak mak, rindu nak rasa masakan mak. Salah ke?

Aku selama hidup dah lebih 30 tahun ni selalu masak sendiri dan masak untuk abah dan mak… kadang kala terasa nak jamah masakan mak.

Masih terasa di lidahku masakan mak masa aku darjah 6 dulu. Aku suka sangat lauk ikan adam pedas masakan mak. Sangat sedap.

Yang bahagian untuk suami mak… ya, aku tak malu nak bgtau yang sejak mak aku naik pangkat dan bila dah jadi Pengarah, semua berubah.

Ibu saudaraku pun Pengarah di sebuah negeri, tapi dia selalu pastikan makan minum suaminya terurus. Walaupun bukan masak tiap2 hari, tapi hujung minggu makngah masak untuk suami dan anak2nya. Lain dengan family ku. Aku dan abang2 yang masak sendiri.

Aku tak kisah sangat untuk kami ni, tapi untuk Abah. Bukan untuk aku dan suami aku memang kami hari2 masak. Aku memang tak ceritakan keseluruhan nya kerana tak sanggup nak buka aib keluarga. Tapi kamu semua bukan di tempat kami.

Kami membesar dengan mak yang “boss” dalam segala hal. Kami akur, abang long aku tu sampai kan tak kawin lagi dah sebab mak kata tak perlu kawin lagi selagi mak hidup. Sebab tu dia membawa diri ke Singapura.

Gelas mak minum air kopi pun dia tak cuci. Kamu semua senang lah cakap sebab kamu semua tak rasa apa yang aku rasa. Apa kamu akan buat bila gelas mak minum dari awal pagi sampai ke malam dia hanya biarkan atas meja. Aku dan suami 4 bulan jaga Abah dan Mak aku dah lama sabar.

Aku ni doktor on call selalu. Memang pulang tu penat tapi selalu gagahkan diri kemas dulu semua benda. Aku pernah minta mak tlg cuci gelas mak je . Abah pun cuci gelas dia. Sebab aku dan suami ku pergi bekerja pulang ke rumah tengok penuh sinki, kadang tu dah ber”basi”.

Untuk pengetahuan semua yang duk mengata kat aku , ni aku nak bgtau aku dan suami keluar rumah pagi2 dah siapkan makan pagi, suami ku dah siapkan lauk untuk tghari, aku selalu masakkan nasi dulu siap2.

Semua dah siap untuk abah dan mak. Mak hanya cedok nasi masuk dlm pinggan dan makan. Itu pun kadang2 lauk atau makanan pagi dibiarkan basi di bawah tudung saji bila aku pulang lewat petang.

Suami aku yang cuci semua benda tiap2 hari kalau aku on call di hospital. Anak aku pun tak pernah bagi mak aku jaga tak nak susahkan dia aku hntar pada childcare, suami aku sanggup tak kerja sementara untuk jaga anak sebab PKP hari tu sebab tak nak susahkan Abah dengan Mak.

Aku sebagai frontliner kat hospital, penat tau tak. Aku sedih juga majority semua tukang komen ni tau bagi komen yang negative sahaja.

Ya kamu semua bukan di tempat aku dan adikberadikku, memang lah kamu sedap mulut mengata pada aku dan abang2 aku. Aku hanya minta tolong tengokkan anak kecilku sekejap saja sebab aku nak masak di dapur, mak sibuk dengan hp nya.

Sekerang mak sibuk dengan group persatuan pengarah2 pula. Meeting sana sini. Mak kalau pulang ke rumah selepas keluar bermeeting hujung minggu terus masuk ke bilik.

Keluar dari bilik hanya untuk minum atau makan… macam tuan besar, makan2, pinggan tinggal kat sinki, abah pun tau cuci pinggan dia.

Kamu bukan tau apa pun, kami suami isteri memang sediakan semua untuk abah mak kami. Tak perlu kamu nak hina aku dengan suami aku kata kami anak derhaka bagai.

Mak aku ni semua benda dia mintak dari aku dan abang2 ku memang kami tunaikan. Handbag baru, kasut baru, nak rantai gelang emas baru, nak kereta baru.

Semua aku dan abang2 ku pastikan kami sediakan untuk mak. Sebab apa? Sebab dia “MAK”. Abah amat jarang mintak. Pernah sekali je abah mintak nak baju melayu “Arron Aziz” hahaha itu pun dia tak berkenan sebab kain tak sedap katanya.

Mak kamu semua mungkin mak yang sempurna. Aku dan abang2 rindu mak yang dulu. Mak yang sayang kami, mak yang hormat suami, mak yang humble.

Sekarang mak masih dalam dunia “boss” dia. Aku pernah tanya kenapa mak tak pegi masjid, mak dah pencen boleh join group kat masjid tu, mak kata kat aku “itu urusan mak”.

Tapi mak ada masa keluar sana sini untuk meeting dan berassociation. Mak suka sepahkan rumah. Rumah dia dulu pun dia suka sepahkan. Rumah aku pun dia suka sepahkan.

Maksud aku sepahkan ni ialah contoh, dia baca buku atau majalah.. kat mana dia duduk kat situ je dia tinggalkan buku tu, tak reti simpan kat tempat asal.

Lagi satu bila dia buat cake sebab mak buat cake untuk bawak ke persatuan dia (bukan aku yang suruh) berkecah satu dapur tu dia biarkan aje semua barang2 atau apa jua peralatan bersepah kat dapur tu.

Kamu semua tak lalui senang lah kamu cakap. Setiap minggu mak akan ke persatuannya dan setiap minggu lah aku dan suami akan kemas balik apa dia tinggalkan.

Yang aku paling sedih, ya untuk kek ke persatuan pengarah2 mak ada masa buat, tak sakit badan buat, tapi untuk cuci pinggan atau gelas mak minum pun payah, atau nak masak untuk abah walau satu lauk pun payah.

Aku ingat lagi masa tu aku pulang ke rumah mak (abah kata dia lapar, mak aku boleh suruh abah makan tghari dengan kek yang dia buat tu?) aku cepat2 ke dapur bukak peti tengok apa yang ada aku masakkan lauk tghari untuk abah. (Of course untuk mak sekali lah).

Aku sedih… aku rasa hidup aku tak macam orang lain yang ada mak. Aku sedih tengok abah. Aku malu pada suami aku… dia melihat segala-galanya. Aku cuba yang terbaik untuk mak, abah, suami dan anak aku.

Aku rindu mak aku yang dulu, mak yang hanya pegawai biasa dalam kerajaan. Mak aku bukan lagi mak aku yang dulu sejak dia naik pangkat sehingga pencen.

Aku sedih tengok Abah. Abah dari dulu baju basuh sendiri, baju gosok sendiri, makan minum cari sendiri. Tapi abah sangat sayangkan mak dia tak pernah complaint. Sebab tu aku kata kalau lelaki lain dah lama cari perempuan lain. Tapi sebab dia Abah aku, lelaki yang baik.

Sekarang ni dah mereka dah tua memang lah aku dan abang2 pastikan semua terurus dengan baik untuk Abah dan Mak.

Kamu semua tak berada di tempat aku dan abang2 aku memang lah kau orang semua tak tau dan sedap mulut hina aku macam2 mengata aku kat komen macam2.

Aku hanya mampu berdoa supaya mak diberikan kesihatan dan dirahm4ti Tuhan. Tapi… lagi sekali aku nak tanya KENAPA IBUKU BEGITU?

– Laila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *