Assalamualaikum. Aku harap admin boleh post confession aku ni supaya ramai orang lebih tahu dan berhati2. Terima kasih admin kalau confession aku berjaya disiarkan.
Sebenarnya aku terfikir nak buat confession ni sebab dah meluat tengok orang buat MLM ni taknak ngaku dia buat MLM. Korang, MLM tu bukan shortform untuk malam tau. Tapi abbreviation untuk Multi Level Marketing. Atau bahasa mudahnya, orang atas makin kaya, orang bawah jadi mangsa. Nama pun multi level kan.
Ada sekali ni member aku tetiba pm tanya nak join tak biz dia. Aku dah tahu tu MLM. Tapi aku layankan aje, cumanya aku tak berapa minat dengan apa yg dia buat. Aku pun tak join la.
Sampailah tahun 2014 menjadi saksi kebodohan aku. Masa tu aku baru dapat keje. Excited pegang duit banyak setiap bulan sampai gelap mata buat loan. Loan bukan setakat seribu dua, ada la dalam berpuluh k. Aku percaya kat member punya pasal, aku pun join pelaburan (skim cepat kaya) emas dia. Kebetulan kawan aku yg lain dok yakinkan aku, aku pun jadi positif la.
Masa tu aku rasa setakat bulan2 bayar 300 lebih apalah sangat. Yelah, baru 10% je daripada gaji aku. Kalau sekarang jangan kata 300 lebih, 30 ringgit pun berkira. Aku rahsiakan benda ni kecuali dari suami aku. Rahsiakan kebodohan orang kabo. Sekarang masih rahsia sebab korang bukan tahu pun aku sape hahaha.
Elok lepas aku join, tetiba ada isu emas tersontot. Adussssss apa yg aku dah buat ni? Jangan kata untung, modal pun tak dapat balik wehhh. Agen yg merangkap member aku tu entah hilang ke mana. Senyap sunyi je. Wasap apa sume memang dah tak balaslah. Yg aku sakit hatinya, dia boleh buat selamba je lepas lesapkan duit aku. Update jual ni la tulah. Eh duit aku bila nak pulang?
Benda MLM ni boleh buat putus kawan weh. Bila aku fikir2 balik, rasa bengang sangat sebab 300 lebih aku bayar bulan2 selama sepuluh tahun tu sia2 je. Betul2 sia2. Mahal betul harga sebuah kebodohan aku.
Nasihat aku untuk adik2 yg baru keje ni, takyah la korang nak join MLM ni. Kalau orang kata tu MLM, korang caya jelah. Takde ruginya. Ni yg terbaru ni dok sibuk orang bongkarkan AJ as MLM. Ramai kawan aku yg join AJ ni menggelupur, nafikan yg diorang ni bukan MLM. Kalau bukan MLM, kenapa mesti ada agen yg leburkan sampai 20k untuk beli lesen? Ngaku jelah. Kalau kau taknak ngaku pun takpe. Tapi tolonglah jangan perdayakan orang lain untuk join korang. Boleh kata separuh friend aku kat fb ni join AJ. Aku kesian sebab aku tahu rasa diperbodohkan tu macam mana.
Akhir kata, takde cara mudah nak dapat duit weh. Money doesn’t grow on trees y’know. Kau nak duit, kau kena keje, biar sampai macam zombi pun (aku la tu). As simple as that.
Oh dan member yg tipu aku tu, satu sen pun aku tak halalkan weh! Kau pepandailah fikir k. Kau ni baru betul orang kata gunting dalam lipatan, kawan makan kawan. Amacam? Kenyang tak?
– Mangsa Skim Cepat Kaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit