assalamualaikum. harap admin publish confession aku nih.
nak share apa yg aku rasa.
skrg ni aku belajar degree. then, kawan kawan aku ada yg sambung degree gak, and ada yang tak. then, aku ni dulu sekolah area kampung. so nak kata semua kawan2 aku ni sambung belajar lepas spm tu, tak la. banyak je yg terus kerja lepas spm.
then sekarang ni, umur dah awal 20an, jumpa la kawan lama2. aku taktau nak gelak ke sedih tah. ada segelintir dorg cakap
"gaji aku dah besar. takyah belajar tinggi pun boleh je idop"
"at least aku takde hutang ptptn, takde menyusahkan mak bapak"
dan lagi. dorang kata belajar tinggi2 lg perempuan, buat apa? last last masuk dapur. dok rumah jaga anak. benda ni pun pernah la mak kawan aku jumpa aku kt pasar, dia tanya aku belajar lg ke. bila dia kata perempuan belajar tinggi2 pun masuk dapur, tetibe rasa down.
salah ke perempuan belajar tinggi?
aku bukan family senang. ayah oku. mak suri rumah tp part time kerja kt rumah. so takde lah sampai rasa susah sgt. aku pun time cuti sem selalunya kerja part time juga. mak aku selalu pesan kat aku, "takyah dengar apa orang cakap. mak tak mampu nak bagi harta kat kau, mampu sara kau belajar tinggi je. nak tengok anak2 mak kalau boleh sambung belajar"
lagi aku anak sulung. tahu lah harapan mesti tinggi menggunung. at least jd contoh kt adik adik.
pastu skrg rasa mcm terpinggir pun ada dengan kengkawan yg dah kerja. kalau jumpa sembang projek la, nak kumpul duit kahwin, shopping macam2. segan bila lepak nak bayar duit makan je, dorang cakap "eh takpa. aku bayar. student kan, paham" taktahu la nk kata, bukan aku takde duit lgsg. haha
aku tgh plan nak sambung master, tu pun kalau pointer okay. tapi kekadang decision tu berubah bila aku teringat balik org kata apa kat aku. belajar tinggi2 dah pahal katanya. lgpun, aku ada gak la survey fees untuk further master. mahal jugak. pernah la aku suarakan nk sambung master tp part time la. buat by research sambil tu kerja la. mak aku kata tak payah, dia kata takyah kerja dulu. sambung terus kalau ada rezeki. nanti dia cari duit nak tlg support aku sambung. serbe salah aku rasa bila mak cakap mcmtu .
aku pun kalau ikot hati, malas nak sambung. sebab ya, rasa menyusahkan mak bapak. dorang pun duit cukup2, lg nak sara aku. tapi tula. pening pikiaq.
then, lagi satu, skrg ni kan trend kawen awai. kengkawan baya aku majoriti nak kawen dah. tak pun ada steady partner. bila datang kenduri je soalan tipikal mula diajukan. bosan kot sebenarnya nak jawab. kalau ada jodoh, ada la. bukan aku tak jemput hangpa pun kalau aku kawen. kalau takdak, doa ja la bagi ringan jodoh. kalut sgt pasaipa. huh
so, konklusinya.
aku harap plan aku tercapai nak sambung master w/o menyusahkan mak bapak (harap mak aku bg aku kerja dulu)
lagi, jangan ingat perempuan belajar tinggi2 tak berguna. lagipun, aku percaya, ilmu yg kita dapat time belajar dulu berguna jugak in future. bagi aku, lebih baik kalau kita belajar ilmu tu berguru. ya, ilmu boleh didapati dimana2 sahaja. google je kan senang katanya? tapi bg aku, belajar berguru dengan org yg lebih arif, itu lebih baik. :))
dan doakan semoga aku dpt jodoh yg baik dan boleh bahagiakan aku dunia akhirat. hiks
– cik bubu