Kenapa Rashid jadi popular? – 4:50 PM

Kenapa Rashid jadi popular?

Aku bukan pengguna tegar FB ni. Selalunya bila aku bukak FB ni, aku banyak scroll page, baca mana yang patut dan kalau best, aku like dan komen. Aku bukan seorang yang suka nak post hal2 yang aku buat, mana aku pergi, apa pendapat aku tentang macam2 dan lain2 lagi. Bagi aku, FB adalah tempat aku nak dapat isu2 semasa, tentang pengetahuan baru dan tengok gambar dan video tujuan bersantai2.

Semenjak2 bila aku tengok FB ni kan, aku rasa muak gila tengok banyak post2 dari orang2 yg bajet soleh solehah menceritakan keajaiban mereka bersedekah kemudian dapat balasan yang tak dijangka sekian2. Aku pon dah bosan tengok post2 orang yang bajet besederhana la kononnya berkahwin guna hantaran biasa2, berpelamin tisu, berarak guna beg sebagai ganti bunga, hidangan bajet dan lain2 lagi tu sambil tu banding2 dengan kahwin orang lain. Aku pon lagi pelik dengan orang2 yang gemar update aktiviti hariannya tolong orang sana, tolong orang sini, semuanya tentang diri dia yang tolong, macam nak bagitahu banyak betul pertolongan dia kat orang lain.

Aku tak nafikan ada orang2 macam ni niat mereka suci murni nak mengajak orang lain mencontohinya, menyebarkan kebaikan yang dilakukannya dan seterusnya jadi pedoman pada masyarakat. Tapi bila banyak perkatakan tentang diri, tak pernah ke mereka takut bila di dalam hati hadir sekelumit tentang bangga diri, riak lagi takbur? Bila ustaz2 dok berceramah kat pentas surau, masjid, aku jarang sekali dengar ustaz tu canang2 apa dia buat pagi tadi, apa dia tolong orang petang tadi, apa kebaikan yang dia dah buat selama ni.

Orang yang berilmu banyak petik kisah kebaikan orang lain untuk dijadikan insipirasi dan lebih mantap lagi memetik sendiri dari kisah2 Rasulullah SAW yang kita dah tahu banyak sangat sempurna. Orang alim sentiasa nak menyorok2 kebaikan yang dia lakukan sehingga ada seorang ulama tak ingat nama, seperti yang diceritakan di dalam kitab Talbis Iblis karangan Ibnul Jauzi ,menyorok2 quran yang dibacanya apabila tetamu datang ke rumahnya. Tapi bagaimana cerita ni tersebar? Sebab tetamu tu sendiri yang ternampak dan menyebarkan kebaikan si ulama ini.

Orang tahu kebaikan si Yus Raja Lawak tu lepas dia meninggal la bai, dia langsung tak canang kat satu dunia mana dia menderma kat sekian tempat sekian tempat. Arwah Ahmad Ammar pon langsung tak dikenali sewaktu hayatnya akan jasa2nya yang ditaburnya masakan dia bukan kaki heboh, lapar perhatian orang. Arwah TG Nik Aziz bukan selfie kat depan rumah serba ringkas pastu cerita ketawadhukan diri dia la, itupon orang ramai yang dok ceritakan.

Sebab tu hadirnya watak si Rashid cerita tentang kebaikkannya. Orang suka watak ni sebab dia ni nobody. Pada aku, Rashid ni jadi popular sebagai response kepada kehendak orang ramai yang nakkan satu platform penceritaan, perkongsian dan teguran yang datang dari satu akaun profil yang anonymous. Berceritalah Rashid akan seribu kebaikkannya tapi si Rashid tetap Rashid, langsung takde kredit pada watak ni. Bagi aku, Rashid ni menjadi ikon bagi membunuh orang2 yang bajet diri mereka ni hot, nak jadi popular dan jadi ikutan ramai.

Sekian. Hanya sekadar pandangan aku, sila jangan kecam teruk2 sangat k

– Aku bukan Rashid

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *